KITAB DARUL EHSAN

KITAB DARUL EHSAN Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Ahlan Wasahlan. Kepada semua ulat buku yang tegar. kami

📚 Tafsir At-Thabari - Taqrib Wa Tahzib📘Karangan : Al-Imam Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir Al-Thabari (838 - 923 M)📕Tahqiq ...
20/03/2021

📚 Tafsir At-Thabari - Taqrib Wa Tahzib

📘Karangan : Al-Imam Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir Al-Thabari (838 - 923 M)
📕Tahqiq : Ad-Duktur Solah 'Abdul Fattah Al-Khalidi Hfizahullah (1947 M / 1367 H - Kini)
📗Cetakan : Dar Al-Qalam, Dimasyq
📙Bil Jilid : 7 Jilid

Kitab Tafsir جامع البيان عن تأويل آي القرآن atau panggilan yang masyhur adalah Tafsir Al-Thabari karangan Al-Imam Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir al-Thabari Rahimahullah yang lahir di kota Amul yang merupakan ibu kota Thabaristan, Iran. Beliau lahir pada akhir tahun 224 H. Imam al-Thabari sudah menghafaz al-Quran pada umur tujuh tahun.

Tafsir al-Thabari dikenali dengan Tafsir bi al-Ma'thur. Antara keistimewaan kitab-kitab Tafsir bi Al-Ma'thur adalah didatangkan dengan tafsiran ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain, hadith Nabi Muhammad SAW, kalam para Sahabat, Tabi'in dan mereka yang selepasnya. Disebabkan itulah Tafsir Al-Thabari dan Tafsir Ibnu Kathir merupakan kitab tafsir yang terbaik kerana diantara metodologi tafsiran yang terbaik adalah Tafsir bi Al-Ma'thur.

Penulis tafsir kontemporari berkenaan Ayat-ayat Ahkam & Sofwah Al-Tafasir, Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni memberikan pendapat bahawa kitab Tafsir Ibn Jarir termasuk tafsir bi al-ma’thur yang paling agung, paling benar dan paling banyak mencakupi pendapat sahabat dan tabiin serta dianggap sebagai pedoman pertama bagi para mufassir. Begitu juga dengan apa yang dinyatakan oleh Manna’ al-Qattan, bahawa kitab tafsir al-Thabari merupakan tafsir paling besar dan utama serta menjadi rujukan penting bagi para mufassir bi al-ma’thur.

Semoga bermanfaat. Siapa yang berminat boleh PM ya, InsyaAllah. Stok yang ditahqiq oleh Syeikh Solah Al-Khalidi Sangat Terhad.

📚 Tafsir Al-Munir - Aqidah - Syari'ah - Manhaj📘Karangan : Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili (702 H - 774 H)📗Cetakan : Dar Al-F...
12/03/2021

📚 Tafsir Al-Munir - Aqidah - Syari'ah - Manhaj

📘Karangan : Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili (702 H - 774 H)
📗Cetakan : Dar Al-Fikr
📙Bil Jilid : 17 Jilid

Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili lahir di Dair' Athiyah, Utara Damsyiq, Syria pada tahun 1932 M. Beliau menuntut ilmu dalam bidang Syariah di Universiti Damsyik selama 6 tahun dan lulus pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau berhasil menyelesaikan pengajiannya di Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Pada tahun 1959, beliau berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang undang-undang dari Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima kedoktoran (PhD) dengan kepujian dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Sebuah Kajian Perbandingan Meliputi 8 Mazhab dan Undang-undang Sekular Antarabangsa".

Pada tahun 1963, beliau mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University). Beliau kerap mengisi seminar dan acara television di Damsyik, Emirate Arab, Kuwait, dan Arab Saudi. Ayah beliau adalah seorang Hafiz Al-Quran dan mencintai As-Sunnah

Tafsir Al-Munir adalah hasil karya tafsir tebaik yang pernah dimiliki umat Islam era moden ini. Buku ini sangant laris di Timur Tengah dan negara-negara di Jazirah Arab. Karya ini hadir sebagai rujukan utama di setiap kajian tafsir di setiap majli ilmu.

Di dalam tafsir ini, pendekatan yang digunakan oleh pengarang adalah dengan menerangkan perbahasan-perbahasan penting dalam mengkaji Al-Quran samada dari sudut linguistik, hukum-hakam, sosiologi yang mendekatkan pemahaman ayat kepada realiti kehidupan sosial. Antara yang lain adalah :

1. Manhaj (Metode) penyusunan tafsir ini, menggabungkan dua metode tafsir iaitu Tafsir bi al-Ma'thur dan Tafsir bi al-Ra'yi.

2. Penjelasan kandungan ayat secara terperinci dan menyeluruh.

3. Dijelaskan sebab turunnya ayat (Asbab an-Nuzul) dan hubung kait di antara surah dengan surah.

4. Di setiap pembahasan ayat, diperincikan penjelasan dari segi qira'at, I'rab, balaghah dan mufradat lughawiyyah.

5. Tafsir ini merujuk kitab-kitab tafsir yang masyhur dengan berbagai manhajnya.

6. Tafsir ini menghapus riwayat-riwayat Israiliyat.

7. Menjelaskan hukum-hakam yang berkait dengan ayat al-Quran.

8. Menerangkan kisah-kisah para Nabi dan peristiwa-peristiwa besar Islam, seperti perang Badar dan Uhud, dari buku-buku sirah yang masyhur.

9. Disusun mengikut tajuk bagi memudahkan kepada pembaca membacanya.

Semoga bermanfaat,

Siapa yang berminat untuk memiliknya, boleh PM ya, InsyaAllah

Alhamdulillah, antara tempahan kitab dari customer di Malaysia.Siapa yang menginginkan perkhidmatan belian kitab Mesir, ...
10/03/2021

Alhamdulillah, antara tempahan kitab dari customer di Malaysia.

Siapa yang menginginkan perkhidmatan belian kitab Mesir, boleh berhubung dengan kami, InsyaAllah.

Semoga bermanfaat.

📚 Tafsir Ibnu Kathir - Tahzib Wa Tartib📘Karangan : Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir Rahimahullah (702 H - 774 H)📕Pentahqiq :...
04/03/2021

📚 Tafsir Ibnu Kathir - Tahzib Wa Tartib

📘Karangan : Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir Rahimahullah (702 H - 774 H)
📕Pentahqiq : Ad-Duktur Solah 'Abdul Fattah Al-Khalidi Hfizahullah (1947 M / 1367 H - Kini)
📗Cetakan : Dar Al-Faruq, Amman Jordan
📙Bil Jilid : 6 Jilid

Tafsir Al-Quran Al-'Azim ataupun dikenali sebagai Tafsir Ibnu Kathir ini dikarang oleh seorang tokoh ulama yang lahir pada awal kurun ke-8 hijrah iaitu 702 H di Damsyik, Syria. Nama penuh beliau adalah Ismail bin Umar bin Kathir ataupun lebih dikenali sebagai Ibnu Kathir. Kathir diambil daripada nama datuknya. Beliau digelar dengan panggilan Abu Al-Fida. Antara gelaran yang lain adalah Al-Hafiz kerana beliau merupakan seorang ulama hadith yang menghafaz beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW dan sejarawan Islam.

🔸 TAFSIR BI AL-MA'THUR

Antara metodologi kitab Tafsir yang disusun oleh beliau adalah Tafsir Ibnu Kathir dikategorikan oleh para ulama sebagai Tafsir bi Al-Ma'thur. Antara keistimewaan kitab-kitab Tafsir bi Al-Ma'thur adalah didatangkan dengan tafsiran ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain, hadith Nabi Muhammad SAW, kalam para Sahabat, Tabi'in dan mereka yang selepasnya. Disebabkan inilah Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir At-Tabari merupakan kitab tafsir yang terbaik kerana diantara metodologi tafsiran yang terbaik adalah Tafsir bi Al-Ma'thur.

🔸 TEGAS TERHADAP RIWAYAT ISRAILIYAT

Imam Ibnu Kathir sangat teliti dalam meletakkan riwayat-riwayat hadith kerana beliau adalah pakar dalam bidang hadith. Disebebakan itu, sekiranya terdapat riwayat israiliyyat, beliau akan tegas menjelaskan dan mengkatogorikan kepalsuannya. Pandangan dan sikap beliau terhadap riwayat israiliyat adalah :

1. Sekiranya riwayat israiliyyat itu sahih dengan apa yang diajarkan oleh Islam, kita wajib menerima dan meyakininya.

2. Sekiranya riwayat israiliyyat itu bercanggah dengan ajaran Islam, kita wajib menolaknya.

3. Sekiranya riwayat israiliyyat itu didiamkan, maka sikap kita adalah tidak meyakini 100% dan tidak menolaknya 100%. Sebagaimana dijelaskan di dalam hadith :

“khabarkanlah oleh kamu tentang bani Israil kerana hal itu tidak mengapa bagi kamu...“ (Hr Bukhari)

Hadith yang lain ; “janganlah kamu sekalian membenarkan mereka dan jangan juga mendustakan mereka” (Hr Bukhari).


🔸 TAHZIB WA TARTIB

Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi Hafizahullah merupakan ulama dari Jordan yang banyak mengarang kitab-kitab yang berkait dengan Ulum Al-Quran Al-Karim. Beliau juga telah mentahqiq dua buah kitab tafsir yang masyhur dinamakan Tafsir At-Tabari Taqrib Wa Tahzib dan Tafsir Ibnu Kathir Tahzib Wa Tartib.

Di dalam muqaddimah Tafsir Ibnu Kathir yang ditahqiq oleh Syeikh. Syeikh Solah ada menyebutkan bahawa isi dan syarahan dari Tafsir ibnu kathir yang asal dicetak dalam satu potongan atau satu perenggan sahaja. Tidak ada pembahagian isi dan tajuk dalam syarahan tafsir tersebut sehingga menjadikan pembaca sukar dan penat untuk membacanya. Maka Syeikh Solah mengambil inisiatif untuk menyusun dan membahagikan tajuk mengikut tafsiran ayat.

Syeikh juga menjernihkan dan menggugurkan riwayat-riwayat israiliyyat dan khabar yang tidak pasti kesahihannya, hadith-hadith yang tidak sahih lagi maudhu' (direka-reka) dan riwayat yang berulang, bacaan qiraat syaz yang tidak sahih. Syeikh juga berhati-hati dalam menjaga tanda baca samada koma, noktah, tanda seru, tanda soal dan perenggan-perenggan yang saling berkait antaran satu sama lain.

Syeikh membandingkan dua buah kitab tafsir ini dari sudut hadith sahih yang diriwayatkan. Hadith-hadith sahih yang yang terdapat di dalam tahqiq Tafsir At-Tabari sebanyak 700 hadith. Adapun di dalam tahqiq Tafsir Ibnu Kathir lebih banyak sehingga mencapai lebih daripada 3800 hadith sahih.

Kesimpulannya, Tafsir Ibnu Kathir ini dapat membantu pembaca yang ingin mentadabbur kalam Allah SWT. Ini kerana disertakan banyak riwayat-riwayat hadith yang sahih, riwayat sebab penurunan ayat dan surah, perbahasan-perbahasan yang telah dibahagikan mengikut tajuk yang mudah.

Jadi, siapa yang berminat untuk memilikinya, boleh menghubungi saya, InsyaAllah. STOK TERHAD

Semoga bermanfaat kepada pencinta Al-Quran Al-Karim

Wallahua'alam.

Muhammad Syukri Rosli
04 Mac 2021

📚 Al-Mustolahat Fi Al-Quran Al-Karim - Al-Ma'ani Wa Ad-Dalalat (6 Jilid)(المصطلحات في القرآن الكريم - المعاني والدلالات)...
20/02/2021

📚 Al-Mustolahat Fi Al-Quran Al-Karim - Al-Ma'ani Wa Ad-Dalalat (6 Jilid)
(المصطلحات في القرآن الكريم - المعاني والدلالات)

📘Karangan : Al-Ustaz Ad-Duktur Muhammad Amahzun
📗Cetakan : Dar Ibnu Kathir

Kitab ini menerangkan definisi bagi beberapa istilah yang dirakamkan di dalam al-Quran. Pengarang meletakkan definisi dari sudut bahasa & Istilah mengikut kefahaman nas-nas yang berbeza. Kemudian pengarang juga menerangkan kesimpulan definisi tersebut.

Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi Hafizahullah pernah menyebutkan di dalam pengajiannya bahawa setiap istilah di dalam al-Quran memberi definisi yang berbeza-beza walaupun dari sudut terjemahan adalah sama.

Sebagai contoh, lafaz الإنسان ، الإنس ، البشر ، الناس sekiranya kita faham secara terjemahan membawa maksud manusia. Tetapi menurut penerangan daripada al-Quran, ia membawa maksud yang berbeza.

Antara istilah yang dibahaskan adalah
Istilah al-Istiqamah (الاستقامة)

Ia membawa definisi yang berbeza-beza di dalam nas al-Quran.

🛡️ Terdapat 13 makna ISTIQAMAH. Antaranya :

1) Istiqamah mengikuti jalan yang jelas
2) Istiqamah mengikuti jalan yang lurus (Hidayah)
3) Istiqamah mentaati ajaran Islam
4) Istiqamah mengikuti kebenaran
5) Istiqamah tidak mensyirikkan Allah SWT

Sesiapa yang berminat untuk membeli kitab ini boleh hubungi saya ya.

Mudah-mudahan ia dapat menjadi rujukan & membantu dalam mentadabbur pedoman al-Quran yang mulia ini, InsyaAllah.

Wallahua'lam 🤲🏻

AlhamdulillahAntara kitab karangan " Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi" yang dibeli oleh customer Siapa yang berminat...
19/11/2020

Alhamdulillah

Antara kitab karangan " Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi" yang dibeli oleh customer

Siapa yang berminat untuk apa-apa kitab yang masih ada stok boleh PM di Messenger ya.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah.

Terima kasih.

Assalamualaikum wbtAhlan kepada semua teman-teman di Facebook yang mengunjungi page kami. Semoga kita semua diberkati da...
19/11/2020

Assalamualaikum wbt

Ahlan kepada semua teman-teman di Facebook yang mengunjungi page kami. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah kami di 'Kitab Darul Ehsan' membuat perkhidmatan membeli kitab-kitab yang diambil daripada Mesir.

Sesiapa yang berminat untuk membeli kitab daripada Mesir boleh PM di Messenger kami ya. InsyaAllah.

" Membaca Adalah Manhaj Kehidupan "

Address

سوق السيارات-souq El Sayarat, Al Hay Al Asher, Nasr City
Cairo
29W7+FVNASRCITY

Telephone

+601135676021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KITAB DARUL EHSAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category