Damia Sales Gallery2

Damia Sales Gallery2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Damia Sales Gallery2, Shopping & retail, Kg Buloh Poh Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Sepasang RM 50 free pos semenanjung3 pasang rm120 free pos ❤️❤️ Yg berminat terus pm ye..0166164660
22/10/2023

Sepasang RM 50 free pos semenanjung

3 pasang rm120 free pos

❤️❤️


Yg berminat terus pm ye..
0166164660

22/10/2023

Assalamualaikum & Selamat pgii Sahabat , smga stiasa dlm lindungan & Redha Allah swt..🤲

Stok menjelma lgiii with model cilik..❤️❤️
04/01/2023

Stok menjelma lgiii with model cilik..❤️❤️

22/08/2022

BAKSO SEDAP

Bahan:
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai (2 batang) - 1 blend 1 diketuk
Halia
Lada Hitam biji
Biji ketumbar
Rempah sup ayam
Kiub Pati Ayam
Bebola daging (frozen)
Garam
Gula
Ajinamoto / perasa
Bihun (dicelur)
Suhun (dicelur)

RESIPI CABAI BAKSO

Cili thai merah (pedas)
Cili burung(kalau ada)
Bawang putih
Bawang merah
Cuka

Blend bahan- bahan ni semua dan masak atas api sederhana pekat (nak perasakan terpulang masukan gula dan garam) tak nak pun tak pa

KUAH 👇

Blend bahan- bahan iaitu bawang merah,bawang putih,halia,serai,biji lada hitam,biji ketumbar dengan sedikit air..

Cara - cara :

Tumiskan serai yang diketuk.Kemudian baru masukan bahan yang dikisar tadi..tumis sehingga naik bau..

Masukan rempah serbuk sup ayam,kiub pati ayam,dan perasakan secukup rasa dengan garam,gula dan ajinamoto kalau nak. Dan masukan air secukupnya.

Dah didih baru masukan bebola daging . Lepastu celurkan bihun dan suhun dengan air panas. Hiaskan dengan daun sup ,daun bawang,bawang goreng ,taugeh dan yang penting cabai nya.

Credit : Cik Merpati Putih

Sesuai utk wt gift pd yg tersayang, hadiah kt tunang,  wt hantara. Kawin @ boleh guna utk kgunaan sendiri..   #016616466...
19/08/2022

Sesuai utk wt gift pd yg tersayang, hadiah kt tunang, wt hantara. Kawin @ boleh guna utk kgunaan sendiri..


#0166164660

19/08/2022

Telekung Cotton Sulam..

10/08/2022

Pau sambal special.😋😋😍😍

Resepi Pau Sambal.

1pkt yis
1 cawan air suam
2 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat
3 cawan tpg gandum
2 sudu mkn butter/ margerine
1 biji telur
Secubit Garam

Campur semua bahan dan uli sampai doh jd elestik atau doh dh licin dan cantik.
Adun doh tu dlm 10minit atau 15minit untuk hasil yg cantik.

Rehatkan 10 minit doh biar jadi 2×ganda dari asalnya. Bila doh dh mengembang,
Bentuk kan doh tadi jd bulat2.
Susun kat loyang yg telah di taburkan dengan tepung* untuk mengelakkan doh melekat kt loyang.
Rehatkan dlm 10minit atau tunggu saiznya dh 2×ganda.

Panaskan minyak dgn api sederhana.
Bila doh dh kembang, sedia untuk digoreng.
Biar masak sebahagian itu baru lah terbalikkan ya.

Bahan2 untuk Sambal Tumis.

Cili kering - agak2 dlm segengam
Bawang besar- 4biji
Bawang putih- 4 ulas
*ikut banyak mana yg diperlukan ya untuk buat sambal.. kalau nk lebih..lebihkan bahan2 nya.
Garam dan gula pasir secukup rasa.
*Daun pandan untuk aroma wangi.

Panaskan minyak
Blender bahan2 tadi tumis hingga pecah minyak dan btl2 garing.
Dah ok masukkan gula dan garam dan biarkan masak hingga sambal itu kering.
Dah siap....
Nak sedap lg goreng ikan bilis taburkan kt sambal tadi.

Tips.
Untuk hasilkan sambal yang tahan lama dan sedap. Masak dlm lingkungan 4 -6jam bergantung pada banyak mana sambal itu.

Bila semua dah siap.. pau dan sambal dh siap jadi belah kan pau tu sapukan sambal tu kt tengah2 pau dan letak timun.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

Kredit: owner

10/08/2022

Kek coklat moist
Bahan A:
1 cwn serbuk koko (guna yg dark lg sdp)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kcau hingga x berketul.
Bahan B:
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di atas.
3 biji telur gred A
1sk esen vanila
Cara-cara:
1) Masukkan telur sebiji2 ke dlm bahan A.. setiap kali msukkan telur mix 1 minit..
2) Masukkan esen vanila..
3) Masukkan bahan2 yg diayak dan mix sebati..
4) Sapu minyak pada loyang size 8.. mmg sje guna loyang besar nk bg kek nipis😁 lapik baking paper tuangkan adunan..
5) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye... Utk toping plk, Ira xdk sukatan main agak2 rse ok, manis smua tu.. kek choc ni klau pahit2 skit bru ad umphhh😜
Topping:
Serbuk koko
Susu cair
Susu pekat
Shortening @ minyak sayuran
*masak ats api perlahan.. tnggu kek dh sejuk bru tuang ats kek..

Kredit: Nurul Syafirah

Address

Kg Buloh Poh Ketereh, Kota Bharu
Kelantan
16450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Damia Sales Gallery2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share