Unifield Technology College

Unifield Technology College Kolej usasama UITM,UTM dan Kemahiran Sumber Manusia.. Bhd. Pengambilalihan ini masih mengekalkan nama syarikat pengurus iaitu YAG College Sdn.

LATAR BELAKANG
Kolej Teknologi Unifield sejarahnya bermula dengan tertubuhnya sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali oleh Institut Yayasan Alor Gajah. Institusi ini ditubuhkan pada 11 Julai 1997

Seterusnya pada 11 Mei 2002, berdasar kepada pembangunan dan perkembangan positif, institut ini telah menukar nama secara rasminya kepada Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah. Menerusi perkembangan

dunia pendidikan tinggi, Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah ini telah diambilalih pada penghujung tahun 2009 oleh sebuah syarikat yang kukuh namanya di sektor pendidikan tinggi KN Education Sdn. Pelbagai peningkatan dan pembaharuan telah dicapai dibawah pengurusan baru iaitu termasuk penukaran nama institusi kepada Kolej Teknologi Unifield, yang mana telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 6 Januari 2011. Selain itu, institusi kami mula mengorak langkah dengan menjalankan program sendiri iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perhotelan. Kini institusi kami pesat berkembang di dalam A.Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka iaitu di dalam sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di Melaka. Pihak kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan A.Famosa Resort bagi menjadi salah satu agensi atau badan yang mempunyai hubungan langsung dengan program Diploma Pengurusan Perhotelan. Selain ituA.Famosa Resort mengukuhkan lagi kerjasama dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar kami. Demi memenuhi keperluan negara dari segi tenaga kerja dan kemahiran serta kemajuan IT, keutamaan telah diberikan kepada kursus-kursus yang berasaskan Sains dan Teknologi. Kolej ini juga dalam usaha untuk memperlbagaikan bidang kursus dan meningkatkan lagi kemudahan pembelajaran bagi memastikan ianya sejajar dengan kemajuan Sains dan Teknologi terkini. Selain dari itu, program lain yang dikendalikan adalah usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Address

Clubhouse Villa Beverly Hills Condominium, A'Famosa Resort Malaysia, Jaan Kemus, Simpang Ampat
Alor Gajeh
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unifield Technology College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unifield Technology College:

Shortcuts

Share