08/02/2022
Empal berasal daripada Bahasa Indonesia iaitu daging goreng. Empal Daging merupakan salah satu masakan khas atau terkenal di Indonesia dan terutamanya di daerah Bogor. Kota Bogor adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Kota ini terletak 54 km sebelah selatan Jakarta dan wilayahnya berada di tengah-tengah wilayah Kabupaten Bogor.
Resepi hidangan asli Empal Daging Bogor yang menyelerakan ni sudah diadun bersama rempah-ratus yang bermutu tinggi bagi menghasilkan hidangan istimewa dan menggoda.
Penghasilan menu Empal Daging Bogor ini memerlukan proses yang banyak dan rumit bagi mengekalkan keaslian menu tersebut.
Resepi ini menggunakan daging lembu yang perlu direbus atau diungkep bersama rempah ratus hingga empuk. Salah satu keistimewaan masakan ini adalah kerana daging ini direbus bersama rempah ratus di dalam satu tempoh masa yang panjang untuk memberikan rempah tersebut meresap hingga ke dalam tekstur dan menjadikan dagingnya lembut.
Selepas mendapat tekstur yang lembut, daging empal ini perlu
diketuk dan digoreng sebelum disajikan. Menurut sejarahwan, menu empal ini sudah dikenali temui sejak abad ke-15 Masihi. Teknik ini
berasal daripada wilayah Priangan yang terdiri dari kawasan Jawa Indonesia. Menu ini kebiasaannya disajikan pada majlis keramaian seperti kenduri atau pada hari raya.
Sesuai disajikan bersama sambal penyet. Selain itu, menu ini amat sesuai dimakan bersama lemang, nasi impit atau nasi putih.