23/07/2026
D E S I G N I R I S
Walaupun dah nak kahwin esok lusa, ramai lagi mereka di luar sana yang tidak faham tentang perbezaan mas kahwin dengan wang hantaran. Konsep yang mereka faham ialah dua-dua ini harus diserahkan kepada pihak wanita, tapi secara keseluruhannya, mereka sendiri tak faham. Sebenarnya masyarakat kita ini terlalu terikut akan trend terkini.
Mas kahwin (Mahar), menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.”(Surah An-Nisaa-Ayat 4)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)
Namun, mas kahwin adalah mengikut negeri. Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, ini bermakna, perkara berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Justeru itu, mas kahwin yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.
Wang hantaran p**a merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.
Manakala, wang hantaran p**a bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.
Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalah WAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalah TIDAK WAJIB.
Seperti yang dijelaskan di atas, mas kahwin adalah hak milik isteri sahaja, maka terp**ang kepada isteri untuk membelanjakannya. Kebanyakkannya membeli barang kemas, terp**ang kepada kehendak masing-masing.