Kosmetik Viral MuaBellaz & Bella Park

Kosmetik Viral MuaBellaz & Bella Park 1 stop centre cosmetic / beauty & health Open agent

* Makeup viral
Hot stuff � Mua Malaysia �

05/09/2026

Umur 30–39 ni pelik. Keluar malam malas.
Duduk rumah bosan. Nak beli benda fikir komitmen. Tidur lambat menyesal. Tidur awal rasa rugi weekend🫠

05/09/2026

Bacaan untuk membungkam perselisihan musuh bacalah 7x bayangkan orang yg berselisih lalu tiupkan
"Bismillahirrobbi Allohu Allohu Allohu Laa Ilaha Ilallah.."

04/09/2026

Doa agar hati kusyuk dlm solat,
Allahu ya Ghafur Ya Qadir.
(Ya Allahu Ya Ghafuru Ya Qadiru)
Baca 21 kali sebelum tidur.. Insya Allah hati kusyuk pada-Nya.

04/09/2026

Jika anda Stress : Kopi kosong " Americano "
Dark Chocolate 30-50g
Yogurt+Buah+Granola
Berries cold smoothie
Hot dark choc drink
Enjoy Sihat♥️

Bacaan Rumi😇🤲Qāla īsā bnu Maryama-llahumma Rabbanā anzil 'alaynā mā'idatam-minas-samā'i takūnu lanā 'īdal-li'awwalinā wa...
04/09/2026

Bacaan Rumi😇🤲

Qāla īsā bnu Maryama-llahumma Rabbanā anzil 'alaynā mā'idatam-minas-samā'i takūnu lanā 'īdal-li'awwalinā wa ākhirinā wa āyatam-minka warzuqnā wa Anta khayrul-rāziqīn.

Terjemahan Bahasa Melayu🤍💚

"Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang kami yang ada sekarang dan bagi orang-orang yang datang kemudian; dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu; dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jua sebaik-baik Pemberi rezeki." - [Surah Al-Ma'idah - ayat 114]

Satu hari nanti kau akan sedar, kau bukan rindu hidup lama kau.Kau cuma rindu versi diri kau yang wujud pada waktu tu.Ve...
04/09/2026

Satu hari nanti kau akan sedar, kau bukan rindu hidup lama kau.

Kau cuma rindu versi diri kau yang wujud pada waktu tu.

Versi kau yang boleh tidur lena tanpa terlalu banyak fikir.

Yang boleh percayakan orang tanpa mencari tanda-tanda dia akan pergi.

Yang boleh ketawa tanpa perlu berpura-pura semuanya okay.

Yang tak perlu fikir seribu kali sebelum cakap,
“Takpa.”

Kita selalu fikir kita rindukan seseorang.

Rindukan tempat.

Rindukan masa lalu.

Rindukan zaman yang dah lepas.

Padahal kadang-kadang yang paling kita rindukan ialah diri kita sendiri sebelum hidup mengajar kita terlalu banyak perkara.

Mungkin kita tak perlu kembali menjadi orang tu.

Mungkin kita cuma perlu ambil semula sedikit demi sedikit apa yang pernah hilang.

Ketenangan.

Keberanian.

Kelembutan.

Kepercayaan pada diri sendiri.

Sebab menjadi dewasa bukan bermaksud menjadi semakin keras.

Kadang-kadang menjadi dewasa adalah belajar menjadi lembut semula, tanpa menjadi bodoh lagi.

Popia Carbonara. Senang jak buat janji rajin 😋️Bahan inti:2 biji bawang putih3 biji bawang merah1 paket sosej/isi ketam1...
04/09/2026

Popia Carbonara. Senang jak buat janji rajin 😋
️Bahan inti:
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket sosej/isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam/daging Ramly
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam,GulaPerasa
Sedikit butter &
1 sudu besar minyak masak

️Cara:
1.Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.
3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.
4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.
5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.
6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.
7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. Siap.

Kredit resepi: Ida Zai

Cuti sekolah bukan sekadar masa untuk berehat 😊 Jadikan ia peluang didik anak dengan ilmu, ibadah dan akhlak. ❤️Tak perl...
03/09/2026

Cuti sekolah bukan sekadar masa untuk berehat 😊 Jadikan ia peluang didik anak dengan ilmu, ibadah dan akhlak. ❤️

Tak perlu aktiviti mahal, yang penting masa berkualiti bersama. 🌿

Korang paling s**a buat aktiviti yang mana dengan anak-anak waktu cuti sekolah? 👇

Kek coklat anti gagal tak perlu mixer, tak perlu blender. Farah pernah buat jual kek ni, rata2 customer ramai yg repeat ...
03/09/2026

Kek coklat anti gagal tak perlu mixer, tak perlu blender. Farah pernah buat jual kek ni, rata2 customer ramai yg repeat & ckp sedap. Farah pernah juga share resepi ni kat fb dulu, dpt views lebih 1 juta. Harini farah nak share lg sekali cara farah buat kek coklat. Baca betul2 & jgn derhaka resepi ye.

Cara buat kek coklat :
✅Ayakkan dlm bekas besar (s**at bahan2 guna measurement cup, kedai eco ada jual)

💐 1 cup serbuk koko
💐 1 1/4 cup tepung gandum
💐 1 sudu kecil baking powder
💐 1 sudu kecil baking soda

✅Kacau sekata semua bahan2 tu, kemudian masukkan :

💐 1/2 cup gula
💐 3 biji telur gred A
💐 1 sudu kecil esen vanila
💐 1 cup susu cair
💐 3/4 cup susu pekat
💐 1 cup minyak

✅Kacau sekata semua bahan2, wajib guna whisk. Jgn guna senduk ye.
✅ Sapu minyak pd acuan, farah guna acuan kek standard bentuk bunga, size 5.
✅ Tuang dlm bekas acuan, dlm 170g-180g, akn dpt 6 bekas kek size 5.
✅ Panaskan air dlm pengukus. Bila air dah menggelegak, Kukus kek 30 minit (api sederhana).
✅ Wajib tutup kek dgn aluminium foil atau tutup penutup pengukus dgn kain, supaya air kukusan tak menitis atas kek.
✅ Lepas 30 minit, cucuk kek dgn garpu. Kalau tak melekat kek dkt garpu, maksudnya kek dah masak.

Topping coklat (double boil/microwave) :
1 cup coklat coin beryls
1 cup susu cair/susu full cream
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air)
1 sudu besar mentega/butter/marjerin

✍️ cairkan coklat coin & tambah susu. Api slow je. Bila adunan dah cair & sebati, masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan coklat. Bila dah pekat, masukkan butter. Utk bg coklat berkilat & cantik.

✍️ jgn tuang sos coklat panas2 atas kek. Sejukkan dulu sos, baru boleh tuang.

Siap! Selamat mencuba!

Empunya resepi: Fara atika

🍚NASI LEMAK KUNING UTARA + AYAM MASAK MERAH 🍗CUBA GAIS GERENTI JADI TAU.. 🥰😋💛Nasi Kuning:3 cawan beras + 1½ cawan santan...
03/09/2026

🍚NASI LEMAK KUNING UTARA + AYAM MASAK MERAH 🍗
CUBA GAIS GERENTI JADI TAU.. 🥰😋

💛Nasi Kuning:
3 cawan beras + 1½ cawan santan + 1½ cawan air + 1 sudu kecil kunyit /pewarna kuning + garam + gula + daun pandan + serai + halia.

👉 Masukkan semua bahan, masak hingga nasi tanak. Gemburkan.

❤Ayam Masak Merah:
Ayam + garam + kunyit, goreng separuh masak.
Tumis bawang besar + bawang putih + halia + serai + cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam & sedikit air.

👉 Masukkan ayam, masak hingga kuah pekat & meresap.

Siap! Hidang bersama timun, telur rebus & sambal. 🤤

Address

Bandar Utama Batang Kali
Batang Kali
44300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124632893

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kosmetik Viral MuaBellaz & Bella Park posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kosmetik Viral MuaBellaz & Bella Park:

Shortcuts

Share