Telekung Hiqmah - Aish.co

  • Home
  • Telekung Hiqmah - Aish.co

Telekung Hiqmah - Aish.co Telekung eksklusif yang selesa dan cantik, mewah dengan rekaan sulaman yang lembut dan indah. Alami k

New arrival batch 3.0
20/02/2022

New arrival batch 3.0

Khusyuk bukan salah satu syarat sah solat tetapi kena ingat, untuk dapat kesempurnaan dalam solat kena khusyuk.Firman AL...
14/11/2021

Khusyuk bukan salah satu syarat sah solat tetapi kena ingat, untuk dapat kesempurnaan dalam solat kena khusyuk.

Firman ALLAH dalam Surah Al-Mu’minun ayat satu dan dua memberi maksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

Sebahagian ulama berpendapat kusyuk adalah termasuk sebahagian daripada perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia dalam solat.

Tapi sedih juga bila ramai orang memandang rendah tentang kekhusyukan dalam solat dan menganggap ia suatu perlakuan mudah.

Ada yang sekadar melakukan pergerakan anggota badan dan cukup syarat sah rukun solat sahaja. Khusyuknya tak ada.

Kadang-kadang dalam solat sempat lagi kita terfikir tentang urusan harian yang tak ada kesudahannya, sedangkan solat yang dilakukan bukanlah mengambil masa lama, sekadar 5 hingga 10 minit sahaja.

Mari kita cuba lawan nafsu kita supaya jadi lebih khusyuk dalam beribadah dan semoga segala ibadah kita diterima Allah SWT

Aamiin

Semua pasti sudah jelas dengan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Secara umumnya, kewajipan solat 5 kali sehari dan ...
07/11/2021

Semua pasti sudah jelas dengan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Secara umumnya, kewajipan solat 5 kali sehari dan semua perkara fardhu yang lain perlu dididik bermula sejak seseorang itu baligh.

Ini juga sesuai dengan tuntutan Nabi Muhammad SAW melalui hadith baginda bahawa anak-anak sepatutnya diperintahkan untuk solat seawal usia 7 tahun lagi. Ajarlah anak solat sejak mereka kecil lagi supaya selepas baligh mereka sudah tidak liat untuk menunaikannya sendiri.

Sabda Rasulullah SAW, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka.”
(HR Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)

Sememangnya nak didik anak solat pada usia yang muda sangat memerlukan kesabaran. Tetapi jika dari kecil telah kita didik dengan amal ibadah maka anak-anak akan membesar dengan sekurang-kurangnya rasa takut pada Allah SWT.

Semuanya bermula dari kita sebagai Ibu Bapa.

Wallahua'alam

Bila ada kesempatan berdoa, terus angkat kedua belah tangan dan berdoa. Senjata yang terhebat bagi seorang muslim adalah...
04/11/2021

Bila ada kesempatan berdoa, terus angkat kedua belah tangan dan berdoa. Senjata yang terhebat bagi seorang muslim adalah DOA.

Sama ada termakbul ataupun tidak, setiap doa yang baik pasti ada balasannya. Jika tidak di dunia ini, di akhirat nanti setiap doa yang kita pohonkan secara ikhlas, akan datang kepada kita dan membantu kita menghadapi Mahsyar yang sangat terik dan mendebarkan.

Berdoalah dengan ikhlas dan mengikut turutan yang diunjurkan oleh para Ulama' iaitu;

1. Memuji Allah dan Rasulullah
2. Minta dimasukkan kedalam Syurga dan di jauhkan dari Api Neraka
3. Mohon Kematian yang diredhai dan husnul khotimah
4. Minta diampuni dosa silam, kini dan masa mendatang
5. Diberikan Taufiq dan Hidayah.
6. Dijauhkan dari Fitnah Dunia ini
7. Diringankan Azab di akhirat kelak
8. Bebas meminta apa sahaja yang baik.

Semoga sentiasa kita meletakkan pengharapan kita kepada Allah dan bukan makhluk ciptaan Allah SWT. Berdoalah.

Semoga dengan berdoa, titik hitam dalam hati kita akan hilang sedikit demi sedikit. Kita berdoa bukan kerana kita baik, tetapi kita nak Allah terima kebaikan dan keihklasan kita berdoa.

InshaAllah

Tiada yang lebih berhak untuk kita mengharapkan rezeki selain daripada Yang Maha Memberi Rezeki. Kita buatlah bagaimana ...
01/11/2021

Tiada yang lebih berhak untuk kita mengharapkan rezeki selain daripada Yang Maha Memberi Rezeki.

Kita buatlah bagaimana pun tetapi hanya Allah SWT yang berkuasa untuk memberikan rezeki melalui insan-insan yang datang kepada kita. Mungkin majikan, atau ibu bapa, adik beradik dan sahabat. Itu adalah hak Allah untuk menentukannya.

Kita p**a jangan pernah putus asa kerana tugas kita adalah:

Doa, Usaha dan Tawakkal.

Sama seperti setiap amalan yang ada khasiatnya, berdoalah dengan menggunakan nama Allah SWT dengan harapan yang baik-baik. Luruskan niat setiap kali meminta kepada Allah.

Semoga rezeki kalian lancar pada hari ini dan InshaAllah amalan kalian akan diterima Allah SWT.

Menjadi Ibu Bapa bukan semudah mempunyai anak kemudian menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Mendidik ...
31/10/2021

Menjadi Ibu Bapa bukan semudah mempunyai anak kemudian menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Mendidik juga adalah salah satu kemestian bagi ibu bapa.

Anak-anak itu ibarat kain putih yang menunggu dicorakkan dan sebagai ibu bapa kita menjadi pelukis atas kain itu. Elok lukisan kita maka akan kelihatan elok lah dimata orang yang melihat.

Anak itu anugerah yang mahal dan ramai yang menginginkan sehingga cekal mencuba bertahun-tahun namun ada yang masih tak dapat lagi. Maka bagi yang sudah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah ini, jangan p**a kita biarkan mereka tanpa hala tujuan.

Pimpinlah mereka

Semoga kita dapat mencorakkan anak kita dengan akhlak yang baik dan terpuji. Semoga mereka sentiasa menjadi yang terbaik dalam kehidupan mereka. Moga sentiasa menjadi insan yang Soleh dan Solehah di dunia yang mencabar ini.

InshaAllah.

Golongan wanita yang sudah menjadi isteri paling senang nak masuk Syurga hanya perlu jaga beberapa perkara sahaja sepert...
29/10/2021

Golongan wanita yang sudah menjadi isteri paling senang nak masuk Syurga hanya perlu jaga beberapa perkara sahaja seperti yang diriwayatkan didalam hadith:

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang istri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, niscaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan'."

[HR Ahmad :26363]

Dalam hadith tadi jelas memberitahu yang seorang isteri kalau menjaga beberapa perkara mereka boleh memilih masuk syurga mengikut pintu mana yang mereka s**a iaitu:

1. Solat 5 Waktu
2. Berpuasa di Bulan Ramadhan
3. Jaga Kehormatan Diri
4. Hormat Suami

Begitu mudah bagi wanita untuk masuk syurga kan? Macam mana kalau masih belum bersuami? Ikutlah Ibu dan Ayah. InshaAllah selamat dunia dan akhirat.

Begitulah.

PROMO FREE POSTAGE..BELI 2 PASANG TELEKUNG NI BOLEH DAPAT FREE POSTAGE..JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA.
28/10/2021

PROMO FREE POSTAGE..

BELI 2 PASANG TELEKUNG NI BOLEH DAPAT FREE POSTAGE..

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA.

Ada wanita yang selalu kita sedar sedikit sibuk sehinggakan nak buat amalan dipagi hari macam Solat Dhuha pun tak sempat...
28/10/2021

Ada wanita yang selalu kita sedar sedikit sibuk sehinggakan nak buat amalan dipagi hari macam Solat Dhuha pun tak sempat. Sudah menguruskan keluarga kemudian perlu pergi bekerja dan balik kerja terus menguruskan keluarga.

Mana waktu nak membuat Amalan ya?

Jangan bersedih wahai wanita, sungguh apa yang kalian lakukan jika niat kerana mendapatkan keredhaan Allah, ganjaran pahala yang besar buat kalian. Allah SWT sangat adil dan sayangkan hambaNya.

Ada amalan dzikir yang boleh dilakukan yang pahalanya sangat besar buat kaum wanita yang tidak sempat buat Amalan dipagi hari dengan syarat Ikhlas dan menghadirkan diri dalam amalan ini.

Amalan ini juga terkenal dalam hadith Sahih Imam Muslim yang diceritakan dari Juwairiyah iaitu Isteri Rasulullah SAW disampaikan oleh Baginda sendiri kepadanya.

Semoga dzikir ini dapat membantu kalian memperoleh pahala yang banyak kerana memuji kebesaran Allah SWT.

InshaAllah segalanya dengan Izin Allah SWT

[Nurisha]

Siapa yang tertunggu-tunggu warna baru Qayla Series ni..cuba teka apa nama dia…❤️
26/10/2021

Siapa yang tertunggu-tunggu warna baru Qayla Series ni..cuba teka apa nama dia…❤️



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Telekung Hiqmah - Aish.co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Telekung Hiqmah - Aish.co:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Shop?

Share