21/09/2019
Taco test ni bermaksud cara nak tahu terbalik atau pun tidak. Sesetengah lens yang colourless atau warna yang susah nak bezakan depan atau belakang boleh gunakan cara taco test. Taco test ni cara dia mudah je. Pegang lens dengan hujung jari. Macam gambar di atas. Hati hati jangan sampai terkena kuku ya. Tajam nanti koyak pula😅Bila dah tekan lens sikit.
Macam dalam gambar☝🏻Yang bertanda ✅tu lens melengkung ke dalam. Betul?Okay itu maknanya TIDAK TERBALIK dalam kedudukan yang betul. Boleh pakai selepas dicucikan.
Dalam gambar yang bertanda❌. Itu bermaksud TERBALIK. Lengkungan jadi rata. Perasan tak? Beza nya ketara kan? Bila kita pakai terbalik . Tak jadi apa. Cuma boleh jadi tidak selesa, pedih, bila kelip mata lens boleh jadi terkeluar dari mata (tertanggal dengan sendiri)
⚠️Ingat ya! Masa pegang lens tangan kena sentiasa bersih sebelum masuk lens dalam mata. Titis dan gosok perlahan dengan water solution . Jangan pakai lens dalam keadaan lens kering (tiada air lebihan atau terlampau lama terdedah dengan udara) nanti mata pedih. Pakai lens masa lens masih basah dengan water solution