BOCA.my

BOCA.my (bakal) Portal Buku Terbesar di Malaysia

05/12/2022

Warga kerja Perbadanan Kota Buku ingin merakamkan ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada YB atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu.

Semoga kehadiran YB akan membawa bidang pendidikan dan industri buku Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan selamat bertugas!

02/11/2022
18/10/2022

Servis pendigitalan Perbadanan Kota Buku atau 'godigital' merupakan khidmat pendigitalan yang diberikan kepada agensi awam dan swasta yang ingin merealisasikan inisiatif hijau dalam mengurangkan bahan bercetak dan melestarikan dokumen dalam bentuk digital.

Khidmat pendigitalan ini merangkumi:

▪ Dokumen
▪ Laporan Tahunan
▪ Pekeliling
▪ Minit Mesyuarat
▪ Surat Buletin
▪ Bahan Arkib
▪ Penerbitan Lain/Buku
▪ Bahan promosi

Klien kami juga akan disediakan ekosistem digital yang merangkumi portal, salinan dokumen digital dalam bentuk ePub dan pelbagai lagi.

Agensi/syarikat yang berminat dengan khidmat ini boleh menghubungi [email protected] atau layari laman berikut:

http://bit.ly/godigitalPKB
http://bit.ly/godigitalPKB
http://bit.ly/godigitalPKB



12/10/2022

Peneman terbaik kalau anda seorang yang s**a baca buku sambil baring atas sofa!

Bantal kusyen berbentuk buku ini tertera perkataan 'Baca' dalam pelbagai bahasa. Sangat selesa!

Beli sekarang di Shopee Baca Mall:
shopee.com.my/KotaBukuMall



31/08/2022



Malaysia telah melalui pelbagai cabaran, kepayahan dan episod duka demi menikmati sebuah kemerdekaan.

Hakikatnya merdeka bukan sekadar dengan kita mencapai kemerdekaan, namun yang lebih penting ialah bagaimana kita mengisi makna sebuah kemerdekaan.

Warnailah makna sebuah kemerdekaan dengan nilai perpaduan, peradaban dan pemikiran yang tinggi demi membina tamadun bangsa yang berjaya.

Selamat Hari Kebangsaan ke-65.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama!




27/08/2022



Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Perbadanan Kota Buku menampilkan Program Wacana Buku Merdeka: ‘Buku Lambang Ketamadunan’ bagi mengupas perkaitan, peranan dan sumbangan industri buku, karya penulisan dan sastera terhadap kemerdekaan negara serta pembinaan sesebuah tamadun bangsa yang agung.

Wacana Buku Merdeka akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2022 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Auditorium Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Panel 1:
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong,
Felo Penyelidik Utama,
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Panel 2:
YBrs. Encik Mohd Khair Ngadiron,
Timbalan Pengarah,
Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Pendaftaran kehadiran:
https://bit.ly/bukumerdeka2022.








Kementerian Pendidikan Malaysia
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Address

D3-04-01, Centre Court, Tamarind Square, Cyber 10, Persiaran Multimedia
Cyberjaya

Telephone

+60182036330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BOCA.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BOCA.my:

Share

Category