09/04/2022
Assalamualaikum…
Berikut merupakan perbezaan bagi dua(2) jenis warna isi harumanis. Harumanis yang baru masak isinya berwarna kuning. Manakala, harumanis yang sudah masak ranum isinya berwarna oren. Jika kulit harumanis masih tidak berapa lembut maknanya buah masih tidak masak betul dan isinya akan berwarna kekuningan dan isinya kurang manis. Semakin gelap oren isinya maka ia akan semakin manis.
Bagi yang beli melalui pengeposan pihak kami akan inform bila buahnya boleh di makan. Walaupun buahnya masih tidak boleh dimakan lagi namun kotak mestilah dibuka terus ketika sampai, dan buahnya di keluarkan dari kotak seeloknya elakan buah bertindan. Sebab harumanis tidak tahan duduk di tempat yang bertutup didalam jangka masa yang lama, apabila ia berpeluh ia akan menjadi salah satu faktor mengapa buah rosak.
Anda tidak semestinya perlu mengupas buah mengikut dateline yang kami berikan (ianya adalah anggaran masa sahaja bila buahnya boleh dikupas dan di makan). Harumanis semakin lama di simpan ia akan semakin manis, harum dan isinya akan berubah ke warna oren kerana itu ia dipanggil harumanis. Buah ini sangat sensitive dan penjagaanya juga sangat renyah.
Buahnya perlu di balut ketika masih di pokok, dan mempunyai nombor sirinya dan itu akan menjadi rujukan bila buahnya mula boleh dipetik di pokok nanti.