Alissa Bookstore

Alissa Bookstore Menjual majalah,novel,buku agama,komik, buku motivasi dan bacaan umum.

Buku The Psychology of Money, Morgan Housel telah terjual lebih 2 juta naskhah di seluruh dunia. Kini kami bawakan edisi...
26/08/2023

Buku The Psychology of Money, Morgan Housel telah terjual lebih 2 juta naskhah di seluruh dunia. Kini kami bawakan edisi terjemahan ke Bahasa Melayu untuk anda!

Penulis berkongsi 19 kisah pendek yang meneroka cara pelik manusia berfikir tentang wang serta mengajar anda cara memahami dengan lebih baik salah satu topik paling penting dalam kehidupan. Kandungan buku ini tidak terlalu berat tetapi sarat dengan saranan kewangan yang lain daripada yang lain.

Menguruskan wang dengan baik tidak semestinya tentang apa yang anda tahu. Ia mengenai tingkah laku anda. Dan tingkah laku s**ar untuk diajar, walaupun kepada orang yang benar-benar pintar.
Wang—pelaburan, kewangan peribadi dan keputusan perniagaan—kebiasaannya diajar sebagai bidang berasaskan matematik, iaitu data dan formula memberitahu kita dengan tepat perkara yang perlu dilakukan.Tetapi dalam dunia sebenar, orang tidak membuat keputusan kewangan berdasarkan hamparan kerja. Mereka membuat keputusan di meja makan, atau di dalam bilik mesyuarat, di mana sejarah peribadi, pandangan unik anda tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil dihimpunkan bersama.

ISI KANDUNGAN
Pengenalan:Pertunjukan Terhebat Di Bumi
Tiada Siapa yang Gila
Tuah & Risiko
Tidak Pernah Cukup
Pembauran Pengkompaunan
Jadi Kaya VS Kekal Kaya
Hasil Tidak Akan Mengkhianati Usaha
Kebebasan
Paradoks Lelaki dalam Kereta
Kekayaan adalah Apa yang Anda Tidak Nampak
Simpan Wang
Munasabah > Rasional
Kejutan!
Ruang untuk Kesilapan
Anda Akan Berubah
Tiada Apa yang Percuma
Anda dan Saya
Godaan Pesimisme
Apabila Anda Akan Percaya dengan Segalanya
Kesimpulan
Pengakuan
Pascaskrip

Koleksi novel terbaru 2023.1-Laga Pujangga2-MAY Terpasung di Lorong Waktu3-Lentera Kaca4-Dunia Ini Sederhana Kecil 5-Lel...
09/07/2023

Koleksi novel terbaru 2023.

1-Laga Pujangga
2-MAY Terpasung di Lorong Waktu
3-Lentera Kaca
4-Dunia Ini Sederhana Kecil
5-Leluhur
6-Penulis Jalanan
7-Senaskhah Hidup
8-Rahsia Paling Rahsia
9-Ekspress Jupiter

KOMBO 2 BUKU RM 98.00POS PERCUMA..Tajuk: F.I.R.E: Financial Independence Retire EarlyISBN: 978-629-7564-42-5Penerbit: PT...
09/07/2023

KOMBO 2 BUKU RM 98.00
POS PERCUMA..

Tajuk: F.I.R.E: Financial Independence Retire Early
ISBN: 978-629-7564-42-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Afyan Mat Rawi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 368
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.36
Dimensi (cm): 19.0 x 13.0 x 2.0

SINOPSIS

Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.

Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.

Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.

Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.

Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.

Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.

Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.

Tajuk: Bijak Merancang Wang (BMW) - Edisi Kemas Kini
ISBN: 978-967-481-673-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Afyan Mat Rawi
Tahun Terbitan: 28 May 2023
Muka Surat: 327
Berat (kg): 0.501
Dimensi (cm): 15 x 23

SINOPSIS

Membaca buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta, maka membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu merancang sebagai anologi mudah, apabila kita mahu ke suatu tempat yang belum pernah dituju dan tidak mengetahuinya, kita akan menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai panduan. Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan. Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.

KOMBO 2 BUKU HANYA RM 98.00.
POS PERCUMA..

Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London....
07/07/2023

Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.

Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.

Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.

Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.

Pelbagai ragam, s**a dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.

Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.

"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa

Dalam Quiet, Susan Cain menulis yang kita semua tidak menghargai golongan introvert dan tindakan itu sangat merugikan. C...
27/12/2022

Dalam Quiet, Susan Cain menulis yang kita semua tidak menghargai golongan introvert dan tindakan itu sangat merugikan. Cain berkongsi tentang kebangkitan Extrovert Ideal sepanjang abad kedua puluh dan meneroka sejauh mana perkara itu sudah meresap dalam budaya kita. Cain juga memperkenalkan beberapa individu introvert yang berjaya, seperti seorang penceramah awam yang cerdik, bersemangat tinggi yang akan mengecas semula diri dengan duduk bersendirian selepas sesi ceramahnya dan seorang jurujual yang memecahkan rekod jualan dengan menggunakan kuasa soalan secara senyap. Semua hujah dikongsikan dengan penuh semangat, diselidik dengan penuh teliti dan dipenuhi dengan pelbagai kisah individu sebenar. Quiet mempunyai kuasa untuk mengubah cara kita melihat introvert dan cara mereka melihat diri mereka sendiri.

Jom dapatkan buku Quiet karya Susan Cain sekarang!!!
www.wasap.my/60139524377

“𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗖𝗨𝗔𝗞, 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽"Buku ini memberi pencerahan terhadap stigma salah satu penyakit menta...
09/09/2022

“𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗖𝗨𝗔𝗞, 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽"

Buku ini memberi pencerahan terhadap stigma salah satu penyakit mental iaitu anxiety. Juga bagaimana penekanan terhadap situasi anxiety sebagai situasi normal yang dialami setiap manusia.

Tetapi, betul ke ada teknik untuk kita lebih tenang apabila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai masalah anxiety atau diri kita sendiri?

Dapatkan jawapan secara keseluruhan mengenai anxiety di dalam buku Cuak yang diulas sendiri oleh DR. Hazreen A. Rahsid iaitu seorang Doktor Pakar Psikiatri.

Berminat? Jom dapatkan sekarang
www.wasap.my/60139524377

𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝙉𝙄𝙇𝘼𝙄 𝙋𝙊𝙎𝙏𝙄𝙁 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗥𝗜Antara teknik yang ada dalam buku 𝙈𝙊𝙏𝙄𝙑𝘼𝙏𝙀 𝙇𝙄𝙆𝙀 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 ini adalah...
09/09/2022

𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝙉𝙄𝙇𝘼𝙄 𝙋𝙊𝙎𝙏𝙄𝙁 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗥𝗜
Antara teknik yang ada dalam buku 𝙈𝙊𝙏𝙄𝙑𝘼𝙏𝙀 𝙇𝙄𝙆𝙀 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 ini adalah:

✅Teknik Menyampaikan Ucapan yang Mempunyai Kuasa Pengaruh, Kuasa Motivasi dan Kuasa Inspirasi.
✅Cakap Ketua yang Berfikiran Positif Lebih Berpengaruh ke Atas Anak Buah dan Orang Bawahannya.
✅Contoh-Contoh Ayat Pujian yang Mampu Mencetuskan Motivasi dan Inspirasi kepada Orang Bawahan.
Dengan menggunakan teknik-teknik positif ini, ketua-ketua, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu orang-orang bawahan, para pelajar dan anak-anak agar mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri secara s**arela tanpa dipaksa, diugut, ataupun dikenakan hukuman.

Berminat? Jom dapatkan sekarang
www.wasap.my/60139524377

𝗦𝗧𝗢𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡!⚡️Stok baru sampai dari kilang iaitu buku terbaru dari terbitan Iman Publ...
19/08/2022

𝗦𝗧𝗢𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡!⚡️

Stok baru sampai dari kilang iaitu buku terbaru dari terbitan Iman Publication.

Antara tajuk buku terbaru ialah:

✨ Mengejar Mimpi Sempurna
✨ Biar sembuh luka semalam

Jom dapatkan sekarang!
www.wasap.my/60139524377

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝙎𝙀𝙍𝘼𝙈 𝗗𝗔𝗡 𝙈𝙄𝙎𝙏𝙀𝙍𝙄!Siri Kru Paranormal ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan bacaa...
17/08/2022

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝙎𝙀𝙍𝘼𝙈 𝗗𝗔𝗡 𝙈𝙄𝙎𝙏𝙀𝙍𝙄!

Siri Kru Paranormal ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan bacaan santai, namun sarat dengan aksi dan persoalan.

Siri Kru Paranormal ini pada mulanya mengisahkan kisah misteri yang dialami oleh kumpulan yang mengendalikan saluran Youtube bertajuk Kru Paranormal. Selepas kematian salah seorang rakan mereka, satu demi satu kejadian aneh dan misteri menimpa.

Siri ini merangkumi 4 buah buku iaitu:

1. Kru Paranormal: Baphomet
2. Kru Paranormal: Hantu Misi
3. Kru Paranormal: Imaginary Friend
4. Kru Paranormal: Shadow People

Berminat? Jom dapatkan segera siri Kru Paranormal yang sedang hangat dipasaran.
www.wasap.my/60139524377

Address

24000 Kemaman
Kemaman

Opening Hours

Monday 07:30 - 00:00
Tuesday 07:30 - 00:00
Wednesday 07:30 - 00:00
Thursday 07:30 - 00:00
Friday 07:30 - 00:00
Saturday 07:30 - 00:00
Sunday 07:30 - 00:00

Telephone

+60139524377

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alissa Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alissa Bookstore:

Shortcuts

Share

Category