11/09/2026
KEK MARBLE MOIST :
Loyang: 8 inci bulat / 8Γ8 inci
Suhu: 170Β°C, api atas bawah
Masa: Β±40β50 minit
π§ Bahan-bahan :
Bahan A :
250g butter suhu bilik
170g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
4 biji telur gred A suhu bilik
100g susu pekat manis
Bahan C: ayak bersama
220g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
ΒΌ sudu kecil garam
Bahan D:
20g serbuk koko
1Β½ sudu besar air panas
π©βπ³ Cara membuat :
1. Sediakan bahan
Pastikan butter dan telur berada pada suhu bilik. Alas dasar loyang dengan baking paper dan sapukan sedikit butter pada loyang.
2. Pukul butter + gula
Pukul butter, gula dan vanila menggunakan mixer pada kelajuan sederhana-tinggi selama 5β7 minit sehingga warna menjadi pucat, gebu dan ringan.
3. Masukkan telur
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati setiap kali memasukkan telur.
Masukkan susu pekat dan pukul sekejap sehingga sebati.
4. Masukkan tepung
Masukkan bahan C secara berperingkat. Gunakan kelajuan paling rendah atau kaup balik dengan spatula.
Jangan overmix. Berhenti sebaik sahaja tepung sebati.
5. Buat adunan coklat
Ambil kira-kira β
adunan kek dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
Campurkan serbuk koko dengan air panas sehingga menjadi pes licin. Masukkan ke dalam β
adunan tadi dan gaul sebati.
6. Buat corak marble & bakar
Tuang adunan vanilla dan coklat secara berselang-seli ke dalam loyang.
Gunakan lidi untuk membuat corak S atau swirl sebanyak 2β3 kali sahaja.
Bakar pada 170Β°C selama 40β50 minit, atau sehingga lidi dicucuk di tengah keluar bersih atau dengan sedikit lembap.
Sejukkan dalam loyang kira-kira 10 minit, kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai.