07/12/2025
Ada orang rasa rendah diri bila mereka "ulang pattern yang sama" saja buat manik.
“Sis, saya ni pandai satu jahitan saja… itu juga saya buat balik-balik.”😔
Jawapan saya: Bagus!🤩
Sebab bila kau ulang pattern yang sama, sebenarnya banyak kebaikan yang kau dapat, walaupun kau tidak sedar.
1. Semakin banyak kau buat, semakin kreatif kau jadi.
Kau mula nampak idea baru, kombinasi warna baru, dan cara susun manik yang lain.🥳
2. Semakin banyak kali kau buat, kau tidak akan lupa sudah step dia.
Tangan jalan sendiri tanpa perlu fikir.🥳
3. Semakin banyak kau buat, semakin banyak teknik kecil kau belajar.
Kadang-kadang teknik ni orang mahir saja biasa nampak.🥳
4. Semakin banyak kau ulang, semakin stabil kualiti kerja kau.
Bentuk sama, ukuran sama, kemas — sangat bagus kalau kau menjual.🥳
5. Semakin banyak kau buat, semakin cepat kau siapkan satu.
Tidak perlu buka tutorial sana sini. Muscle memory kuat.🥳
6. Kau boleh nampak error dengan lebih cepat.
Sebab kau sudah biasa dengan pattern tu, terus tahu mana salah, mana betul.🥳
7. Kau jimat tenaga mental.
Tidak perlu pening kepala cari pattern baru setiap kali.🥳
8. Senang buat variasi baru.
Asas sama, cuma tukar warna atau tambah elemen — terus jadi design baru.🥳
9. Lama-lama kau bina ‘signature style’.
Orang mula kenal, “Oh, ini design si Juwi!”
Itu penting untuk branding.🥳
10. Kau semakin confident.
Bila satu pattern sudah jadi ‘home base’ kau, lebih mudah mau cuba pattern baru nanti.🥳
11. Dan yang paling penting…
Bila kau ulang, kau improve tanpa sedar.
Setiap kali kau buat, kau sebenarnya naik level sedikit demi sedikit.🥳
Jadi jangan rasa rendah diri kalau buat pattern sama balik-balik.
Itulah cara semua orang mahir bermula — repeat, refine, improve.
Gitueeeeee...🤩..terus semangat wahai kawan² ku.