18/09/2026
BAYARAN PAKEJ PJH 1448H ; APA YANG BAKAL HAJI PERLU TAHU?
Untuk Bakal Haji 1448H yang bakal memilih pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH), jumlah bayaran keseluruhan terdiri daripada dua bahagian utama.
1. Bayaran Haji kepada TH : RM23,398
Bayaran ini meliputi kos asas seperti perkhidmatan di Malaysia, Tanah Suci serta penerbangan. Jumlah RM23,398 ini akan didebitkan terus daripada akaun TH.
2. Bayaran Perkhidmatan PJH
Bahagian ini p**a adalah bayaran untuk perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh PJH, bergantung kepada pakej yang dipilih.
Antaranya:
• Penginapan
• Sajian makanan
• Pengangkutan
• Perkhidmatan Masyair
• Program ziarah & umrah
• Perkhidmatan tambahan lain mengikut pakej
Bayaran bagi perkhidmatan PJH ini akan dibuat secara terus oleh Bakal Haji kepada PJH. Jadi, sebelum memilih pakej, pastikan semak dengan teliti apa yang termasuk dalam pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sumber : TH
P/s : Nantikan, pakej haji dari JUARA 🫡