24/09/2021
MAGNET MENARIK REZEKI
Sederhana untuk dilakukan/amalkan sehari-hari, semoga akan membantu membuka pintu rezeki.
Aamiin...๐น
1. Letakkan sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2. Asingkanlah sedikit dari hasil gaji untuk di sumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3. Sentiasa sediakan duit kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di bilikmu sebuah bekas. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan duit kecil ke dalamnya. Genap sebulan, buka bekas itu dan sedekahkan duit di dalamnya itu.
5. Jika hadir ke satu majlis (keluarga, saudara atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga itu ingin mengembalikan duit baki, berikanlah duit baki itu kepadanya (disedekahkan atau dihadiahkan).
7. Belilah Mushaf (Al-Qur'an), letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat dari setiap huruf dari mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu maafkan setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu.
11. Setting pada handphone kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang di hadiahkan kepada kedua orangtua kamu, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
12. Silalah kirimkan tipsยฒ ini kepada semua kawan atau keluarga. Mungkin ada yang akan mengamalkannya. Semoga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkah dari ALLAH SWT..
Aamiin...
Semoga bermanfaat..