16/01/2020
Perkara yang membunuh bisnes adalah bila usahawan sendiri tak mampu nak lawan sifat malas dalam diri, s**a bela ego sampai besar, sanggup kekal bodoh sebab tak nak upgrade ILMU.
Jangan rasa hairan bila majoriti usahawan susah nak berjaya, bisnes sekadar biasa-biasa. Memang hanya 20% bisnes sahaja yang betul-betul akan ambil peluang untuk kuasai pasaran yang semakin bagus dalam online.
Baki 80% bisnes fungsinya hanya sekadar nak menangkan baki 20%.
Antara sebab bisnes anda jatuh dalam 80% biasa-biasa atau ada yang gagal sebabnya:
1. Ingat boleh maintain sales untuk 2020 seperti tahun lepas
2. Rasa ILMU dah cukup, tak perlu upgrade
3. Main ikut cakap orang yang tak ada result dalam bisnes
4. Hatinya pekat hitam nak dengar nasihat dari orang yang berjaya bantu orang lain
5. Hati yang kurang berhubung dengan Allah
6. Buat bisnes untuk nafsu, bukan untuk orang tersayang & orang sekeliling
7. Sombong sebab bisnes dah bertahun tapi tak sedar diri masih belum jutawan
8. Salah faham bila banyak duit jadi jahat
9. Kedekut nak invest pada ILMU sebab kebodohan sendiri
10. Tak sedar diri tu pemalas
Rasa-rasa cukup ke dengan 10 sebab kenapa ramai bisnes tak boleh nak grow?
Sebab itu nak elak dari bisnes kita jatuh sampai terduduk adalah dengan ILMU, GUIDANCE & TINDAKAN..
Cuba cerita dengan saya, bila kali terakhir anda pergi jumpa seseorang untuk dapatkan khidmat nasihat, tunjuk ajar untuk bantu anda selesaikan sesuatu masalah?
Saya yakin mesti ketika anda sedang belajar kan? Lepas tu mana ada lagi nak bertanya sebab kita sendiri rasa pandai, dah grad atau habis belajar dah tak perlu nak belajar.
Nabi Muhammad SAW pun tuntut umatnya pergi belajar walaupun terpaksa musafir ke China pun anda tak sanggup, inikan p**a upgrade ILMU untuk bisnes.
Sebab itu kita sedia anda peluang dan ruang
untuk BERJAYA kita kena USAHA