02/07/2022
7 Sebab MENGAPA - saya “menyeru” anak-anak murid founder, tonton filem epic ni bersama team
1. Membangkitkan semangat juang yang mungkin “tersorok” selama ini, kita sebagai usahawan. Kita adalah PEJUANG, kita adalah PAHLAWAN untuk bangkit ekonomi, bangkit kehidupan. Boleh lihat bagaimana Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Gajah menyeru rakyat Pahang bangkit memperjuangkan Agama & bangsa.
2. Filem ini akan buatkan kita kembalikan visi bisnes kita ke landasan yang betul, iaitu memajukan ummah, jihad Islam. Dalam banyak ungkapan dari Mat Kilau, banyak mengingatkan sahabat2nya - berjuang kerana Allah, dan berjuang dengan keyakinan yang kuat demi Agama.
3. Filem ini mengajar kita - Bagaimana menjadi pemimpin yang miliki sifat-sifat sebagai sorang pemimpin yang berkualiti. Boleh lihat Mat Kilau, dengan sifat sabarnya, berani ya, keyakinan nya..
4. Mat Kilau mengajar, di mana setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, Dan, pengorbanan memerlukan kesanggupan. Mat Kilau terpaksa tinggalkan kampung, tinggalkan keluarga, kesenangan untuk berjuang, yang tak ramai orang sanggup.
5. Mat Kilau, mengajar bahawa kepimpinan seorang pemimpin mampu mengubah segalanya..Kepimpinan yang sebenar, adalah untuk mereka yang layak. Layak nya dia, dibuktikan oleh kemampuan, kebijaksanaan, keberaniannya.
Penekanan VISI, LEADERSHIP & TEAMWORK you all boleh belajar dari filem ni tau…