Hafiz Ikhlas - Malaysia Birding Guide

Hafiz Ikhlas - Malaysia Birding Guide šŸ‡²šŸ‡¾ Professional Bird Guide | Malaysia
Birdwatching Trips Around Malaysia
šŸ“© Available for private tours. https://hafizikhlas.com

28/08/2026

Masa tengah birding kat Fraser’s Hill, terserempak p**ak dengan mamat ni tengah jalan santai.

Impressed Tortoise (Manouria impressa)
Nama tempatan dia Baning Bukit atau Kura Kura Baning L***r

Selalu mata sibuk cari burung atas pokok, kali ni kena tengok bawah p**ak.

Spesies ni memang s**a kawasan hutan pergunungan. Bukan Malaysia je ada, tapi boleh dijumpai juga di beberapa negara Asia Tenggara sampai ke selatan China. Saiz dia pun tak besar sangat, karapas boleh membesar sekitar 35cm.

Tapi yang buat encounter ni lagi special, status Impressed Tortoise sekarang Endangered mengikut IUCN Red List. Jadi bukanlah benda yang setiap kali masuk Fraser’s Hill kita boleh expect akan terserempak.

Kadang-kadang masuk hutan ni macam tu lah. Keluar cari burung, burung tak tahu kat mana, kura-kura p**ak yang datang bagi salam. šŸ˜‚

Bonus untuk hari tu.

BURUNG MULUT KATAK, BURUNG SEGAN ATAU BURUNG MALAS?Ramai orang nampak burung macam ni terus panggil burung malas. Memang...
27/08/2026

BURUNG MULUT KATAK, BURUNG SEGAN ATAU BURUNG MALAS?

Ramai orang nampak burung macam ni terus panggil burung malas. Memang mudah tertukar sebab rupa dan warna camouflage dia lebih kurang.

Yang dalam gambar ni ialah Frogmouth, atau kita biasa panggil Burung Segan / Burung Mulut Katak. Mulut dia sangat lebar, sebab tu dapat nama ā€œmulut katakā€.

Burung Malas p**a ialah Nightjar. Nama ā€œmalasā€ tu mungkin datang daripada tabiatnya yang nampak macam tak rajin nak buat sarang sebab spesis ni bertelur di atas tanah, biasanya di kawasan yang terlindung dan warna badan dia sendiri jadi camouflage.

Dua-dua aktif waktu malam.
Dua-dua pandai menyamar.

Tapi Burung Segan bukan Burung Malas.

Pernah tengok burung malas?

Ikan piranha
27/08/2026

Ikan piranha

Ada yang bertanya pada saya, adakah di Empangan Klau, Pahang ada ikan piranha, atau ia adalah ikan pacu? Sebelum itu perlu saya ingatkan, bahawa kedua-dua ikan ini adalah pendatang invasif dari Amerika Selatan, tiada spesies tempatan.

Berdasarkan rekod, di Empangan Klau memang ada rekod ikan pacu, iaitu spesies Piaractus brachypomus (gambar kiri), yang dikenali sebagai Red-bellied Pacu. Namun, ada spesies piranha yang sangat mirip sepertinya, iaitu Pygocentrus nattereri (gambar kanan), yang dikenali sebagai Red-bellied Piranha.

Untuk makluman, ikan Red-bellied Piranha kini masih banyak dijual di dalam pasaran ikan hiasan secara terbuka walaupun ia telah diletakan dalam kategori ikan larangan di Malaysia. Jadi, tidak mustahil jika ada pembeli atau pemilik yang mungkin akan melepaskannya ke perairan terbuka apabila sudah tidak mampu atau tidak berminat untuk pelihara.

Bagaimana cara untuk membezakan kedua-duanya? Kedua-dua ikan ini dari keluarga yang sama iaitu Serrasalmidae dan memang sangat mirip diantara satu sama lain. Dikatakan penampilan ikan Red-bellied Pacu adalah mimikan kepada Red-bellied Piranha supaya ia disalah anggap sebagai ikan piranha jika kedua-dua spesies bertembung. Jadi, antara cara paling mudah untuk mengenal pasti identiti kedua-duanya adalah melalui gigi, di mana gigi Red-bellied Pacu seperti gigi depan manusia, rata dan tersusun rapat, manakala gigi Red-bellied Piranha p**a semuanya bertaring tajam, bentuk gigi kedua-duanya memang berbeza.

Setakat ini, kebanyakan yang direkodkan adalah Red-bellied Pacu, namun kita masih perlu memerhatian dan sentiasa kenal pasti ikan yang kita perolehi.

Ikan Red-bellied Pacu adalah spesies invasif di Malaysia, kemunculannya adalah melalui akuakultur, pasaran ikan hiasan, dan juga kolam pancing. Namun, kemungkinan besar ia tidak berjaya membiak di negara ini, setakat ini belum ada penemuan anaknya di perairan Malaysia, kemungkinan akibat faktor kesesuaian air dan habitat. Namun, ia dikategori invasif kerana impak sementara yang hebat kepada kebanyakan spesies tempatan dan juga ekosistem.

Kebanyakan orang sangkakan gigi ikan pacu terbentuk khusus hanya untuk memakan buah atau kekacang, tapi sebenarnya ia bersifat omnivor dan turut memakan anak ikan, udang, cacing, serangga, dan pelbagai lagi. Sebab itu, ikan pacu boleh dipujuk menggunakan teknik mengilat.

Jadi, sementara ia hidup bebas di perairan tempatan, berlaku persaingan sumber makanan dan habitat dengan ikan tempatan, khususnya yang sama sifat dan diet sepertinya, selain meningkatkan jumlah ikan pemangsa di sesuatu habitat.

Itu baru kesan dari Red-bellied Pacu, bagaimana p**a jika ikan Red-bellied Piranha terlepas banyak ke perairan tempatan? Dan bagaimana jika ia berjaya berkembang biak? Ini yang perlu kita cegah dari awal. Lebih mengejutkan saya, didapati ada segelintir pemancing membeli dan menyimpan ikan Red-bellied Piranha, dan mereka ada rancangan untuk melepaskannya ke perairan berdekatan tempat mereka untuk dijadikan ikan s**an, tanpa mengambil kira sistem perairan di situ atau jika ada risiko banjir.

SULONG 🐘Ramai tengah follow cerita Sulong sekarang. Gajah jantan dari Chalil, Gua Musang ni sebelum ni dipindahkan ke Ge...
27/08/2026

SULONG 🐘

Ramai tengah follow cerita Sulong sekarang. Gajah jantan dari Chalil, Gua Musang ni sebelum ni dipindahkan ke Gerik, tapi kebelakangan ni dia dikesan berjalan di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat menuju semula ke arah Kelantan.

Ramai kata Sulong nak balik rumah. Kita tak tahu betul ke tidak dia memang menuju ke tempat asal dia, tapi gajah memang bergerak jauh dan perlukan kawasan hutan yang luas. Bila hutan dah terputus-putus dengan jalan dan pembangunan, perjalanan macam ni akhirnya akan bawa mereka dekat dengan manusia.

Kaki depan Sulong pun tengah cedera. Nasib baik PERHILITAN maklumkan luka tu semakin kering dan dia masih boleh bergerak dan makan macam biasa. Sekarang Sulong dah masuk semula ke kawasan hutan dan masih dipantau.

Kalau terserempak gajah liar macam Sulong, tengok dari jauh je. Jangan turun kereta, jangan kejar untuk ambil gambar dan jangan bagi makan.

Aku harap Sulong selamat. Kadang-kadang kita rasa hutan ni besar. Tapi untuk seekor gajah, mungkin tak sebesar yang kita sangka. 🐘

Murai Batu atau White-rumped Shama (Copsychus malabaricus) memang terkenal dengan suara yang merdu dan pelbagai variasi ...
26/08/2026

Murai Batu atau White-rumped Shama (Copsychus malabaricus) memang terkenal dengan suara yang merdu dan pelbagai variasi bunyi. Sebab itulah burung ini sejak sekian lama menjadi antara spesies yang mendapat permintaan tinggi sebagai ā€œsongbirdā€ atau burung peliharaan untuk suara.

Malangnya, kelebihan itulah juga yang menyebabkan Murai Batu sering menjadi sasaran tangkapan dari habitat liar. Bila terlalu banyak burung diambil dari hutan, pop**asi semula jadi boleh terjejas. Dalam dunia birding, bagi saya burung paling cantik tetap burung yang kita dapat lihat dan dengar menyanyi bebas di habitat asalnya.

Di Semenanjung Malaysia, Murai Batu merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Aktiviti seperti memburu, menangkap atau menyimpan spesies hidupan liar yang dilindungi memerlukan lesen daripada PERHILITAN. Murai Batu juga bukan spesies yang boleh sewenang-wenangnya dibeli dan dijual seperti burung peliharaan biasa.

Memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen merupakan satu kesalahan. Di bawah Seksyen 60 Akta 716, pesalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jadi kalau kita s**akan suara Murai Batu, biarlah suara itu terus kedengaran dari dalam hutan.

Helmeted HornbillKalau tengok dari segi rupa, Helmeted Hornbill sebenarnya senang nak kenal. Cuma berbanding Oriental Pi...
25/08/2026

Helmeted Hornbill

Kalau tengok dari segi rupa, Helmeted Hornbill sebenarnya senang nak kenal. Cuma berbanding Oriental Pied, Great Hornbill atau Rhinoceros Hornbill, spesies ni bukanlah burung yang orang selalu berpeluang nampak. Helmeted Hornbill memang agak pemalu dan banyak masa dihabiskan jauh di dalam hutan dan atas kanopi. Kadang-kadang kita dengar bunyi dia dulu sebelum sempat nampak burungnya. Sebab tu bila dapat jumpa dan tengok dia dengan jelas, memang satu kepuasan bagi seorang birder.

Salah satu benda yang paling menarik tentang Helmeted Hornbill sudah tentu casque dia. Casque ni nampak macam sambungan kepada paruh dan berbeza dengan kebanyakan hornbill lain sebab ia sangat padat dan keras. Malangnya, casque inilah yang pernah menyebabkan spesies ni diburu untuk diambil dan dijadikan ukiran. Ia juga dikenali sebagai ā€œhornbill ivoryā€. Agak menyedihkan bila sesuatu yang menjadi salah satu ciri paling unik pada burung ni akhirnya menjadi sebab ia diburu.

Helmeted Hornbill juga merupakan spesies yang monogamous. Pasangan akan bekerjasama untuk membesarkan anak. Bila betina masuk ke dalam lubang pokok untuk bertelur, dia akan menutup hampir keseluruhan lubang dan hanya tinggalkan ruang kecil. Lepas tu jantanlah yang akan keluar mencari makanan dan hantar kepada betina dan anak di dalam sarang. Jadi sepanjang tempoh tu, jantan memang memainkan peranan yang sangat penting untuk keluarga dia.

Satu lagi perkara yang menarik, Helmeted Hornbill ni boleh dianggap sebagai ā€œFarmer of the Forestā€. Makanan dia banyak terdiri daripada buah-buahan, termasuk buah ara atau figs. Bila dia makan dan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain, biji buah akan tersebar ke tempat lain melalui najisnya. Secara tak langsung, dia membantu menyebarkan biji benih dan membantu hutan menghasilkan pokok-pokok baru. Jadi Helmeted Hornbill bukan sekadar burung yang kita cari untuk masuk dalam bird list atau ambil gambar. Dia sebenarnya ada peranan yang sangat penting dalam memastikan hutan terus hidup.

Yang pandai je tahu mana satu jantan, mana satu betina. Cuba komen
25/08/2026

Yang pandai je tahu mana satu jantan, mana satu betina. Cuba komen

Banded WoodpeckerOne of the beautiful woodpeckers you can find in the montane forest of Fraser’s Hill.Always a pleasure ...
23/08/2026

Banded Woodpecker

One of the beautiful woodpeckers you can find in the montane forest of Fraser’s Hill.

Always a pleasure to watch this bird working its way up the tree, especially when the light is good and it stays around long enough for a few shots.

If you’re planning a birding trip to Fraser’s Hill or elsewhere in Malaysia, feel free to drop me a message. I offer private birding trips for birdwatchers and bird photographers.

A great day birding in Fraser’s Hill with a birder from Canada šŸ‡ØšŸ‡¦We had a really good day out in the field, chasing some...
22/08/2026

A great day birding in Fraser’s Hill with a birder from Canada šŸ‡ØšŸ‡¦

We had a really good day out in the field, chasing some of the highland birds here. Some birds showed up easily, some made us work for them šŸ˜…

That’s birding… you can never really guarantee what we’ll find. Really enjoyed the day, and hopefully this won’t be your last trip to Malaysia! šŸ¦šŸ‡²šŸ‡¾

If you’re planning a birding trip to Malaysia, feel free to drop me a message.

One of the most iconic birds of Fraser’s Hill, the Red-headed TrogonFor first time birders visiting Fraser’s Hill, seein...
21/08/2026

One of the most iconic birds of Fraser’s Hill, the Red-headed Trogon

For first time birders visiting Fraser’s Hill, seeing this beautiful species can be an unforgettable experience. It’s also one of the most sought after target birds for birders and photographers from around the world.

Getting that perfect shot with a beautiful pose takes patience, timing, and a little bit of luck.

If the Red-headed Trogon is on your target list, feel free to join me for a birding trip in Fraser’s Hill. I’ll take you to the best spots and do my best to help you get the encounter and photos you’re hoping for.

DM me to plan your Fraser’s Hill birding trip.





Address

Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
Peretak
49000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafiz Ikhlas - Malaysia Birding Guide posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share