Kongsi Ilmu Simpan & Lindung

Kongsi Ilmu Simpan & Lindung ajen jualan ebook dan buku2 terhangat dipasaran.

RAMLY: The King of Malaysian Burger RAMLY BIN MOKNI  Anak Parit Buntar Yang Berjaya Saya pernah membuat pinjaman pada 19...
08/10/2024

RAMLY: The King of Malaysian Burger

RAMLY BIN MOKNI
Anak Parit Buntar Yang Berjaya

Saya pernah membuat pinjaman pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.

Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.
Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.

Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan p**a yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.



==================

[DISYORKAN] Tajuk Buku: Minda Ceo: Beniaga, Menambah Nilai Dan Meluaskan Rahmat

“CEO bukan seorang Superman. Dia perlu bekerja bersama-sama ahli pasukan dan mendapat sokongan pihak luar.”

Memperkenalkan buku .
MINDA CEO— Karya Dato Nik Hasyudeen mantan CEO Tabung Haji.

Naskhah yang wajib dimiliki oleh setiap insan yang bergelar, terlibat atau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dan berada di posisi pengurusan.

Buku Minda CEO ini membincangkan berkenaan konsep perniagaan, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh CEO, kemahiran yang penting serta alatan yang membantu seorang CEO untuk menjadi efektif.

Buku Minda CEO ni. Dapatkan sekarang.

https://jtbooks.onpay.my/order/form/tempahanmindaceo/Ohmyhr

https://jtbooks.onpay.my/order/form/tempahanmindaceo/Ohmyhr

"Memang mudahlah nak buat posting setiap hari lepas ni"Ya betul tu. Itulah tujuan utama kami, supaya ejen jualan di luar...
04/10/2024

"Memang mudahlah nak buat posting setiap hari lepas ni"

Ya betul tu. Itulah tujuan utama kami, supaya ejen jualan di luar sana dapat buat dan tarik engagement konsisten setiap hari.

Cuma itulah, nak buat poster tu bukan tak tahu, tapi susah betul nak konsisten. Hihi

Sebab itulah kami datangkan solusi ini:

Pakej template motivasi lengkap pertama di Malaysia!

✅ 165 Template motivasi
✅ Pelbagai jenis - Poster ayat, animasi, poster bergambar
✅ Paling unik - Poster jenis Carousel + Siap ada CTA!
✅ Mudah : Boleh tambah logo, ubah warna, letak gambar
✅ Sesuai untuk semua platform media sosial

Kami sertakan sekali:

👉 Video panduan - Penuh dengan tips dan trick premium!
👉 Group support - Ada update, kami terus bagitau dalam group
👉 Macam-macam bonus tambahan PERCUMA!

Bayar sekali - update seumur hidup!

Saya jamin ini pelaburan yang cukup berbaloi!

Dapatkan sekarang! Klik :
https://nakbelajar.onpay.my/order/form/TM2a/Essan

Tips Membaca yang Efektif➔ Conteng buku. Jangan rasa sayang nak conteng. Kenali penulis.➔ Baca dengan purpose. Keluarkan...
01/09/2024

Tips Membaca yang Efektif

➔ Conteng buku. Jangan rasa sayang nak conteng. Kenali penulis.

➔ Baca dengan purpose. Keluarkan effect daripada buku, dalam percakapan, status WhatsApp, dll. Saya share/post selalunya almost immediately. Jangan tunggu setahun. Baca dengan purpose. Set idea so kita terpimpin dan sedar bila membaca. Kita akan lebih seronok baca buku.

➔ Ada orang baca buku tanpa awareness. Purpose saya, satu buku boleh menjana 1000 idea. Saya post status, itu idea-idea daripada buku sebenarnya. Setiap buku yang saya baca, ada nota khas dalam diari khas. Inilah khazanah ilmu saya yang bantu saya menulis. Satu perkataan ini bernilai beribu ringgit bagi saya. Bila saya tulis, tak hilang pembacaan saya.

➔ Diari ni membantu saya bila saya buka semula. Ianya memberi insight daripada apa yg saya baca. Ini idea Malcolm, Ar-Razi dll. Catatan ni saya tulis secara fizikal. Saya ingat di mana saya tulis. Saya catat sebab boleh buat percambahan ilmu, ubahsuai idea dan sebagainya. Saya boleh ingat dan share dalam sharing saya dan status saya.

➔ Bila kita baca buku, jangan fikir yang kita mampu untuk ingat sampai bila-bila. Bila tulis, kita akan ingat. Contohnya, idea Malcolm, katanya, sesuatu benda kecil yang kita overlook akan membawa kepada kegagalan atau kejayaan. Kemudian, saya akan tulis contoh-contoh dan kongsi dalam sharing saya dan lain-lain.

➔ Ilmu kita akan berkembang bila gabung banyak bacaan, idea berkembang. Lama-kelamaan, kita dapat jadi macam Malcolm juga. Tanpa berfikir, kita boleh berfikir. Sampai satu tahap kemuncaknya, kita capai tahap the power of thinking without thinking. Kita boleh menjadi pemikir tanpa berfikir. Itu puncaknya. Lintasan pemikiran, itu ilmu paling hebat. Allah kata لعلكم يسمعون، لعلكم يعقلون. Kita faham, kita fikir. “For you to think yourself without thinking”, Malcolm Gladwell cakap dalam buku Blink.

➔ Beriman dengan buku. Kalau tidak, kita tidak boleh pergi jauh. Paling payah bukan baca buku, tapi kepercayaan pada buku. Tapi kepercayaan pada buku ini tidak ada dalam minda kita. Kepercayaan kepada guru, komputer, seminar, tinggi tapi kepercayaan kepada buku, agak miskin dalam masyarakat kita. Kalau boleh ada yang nak disuap. Dengar seminar memang bagus, tetapi pancaindera tidak bergerak semuanya. Perlu rajin baca buku jugak. Yang paling payah adalah kepercayaan pada buku. Kepercayaan pembacaan itu tindakan luar biasa. Bila dengar seminar, kita gunakan pancaindera, telinga dan sedikit akal. Kalau baca buku, akal kita bergelombang setiap masa. Sebab itu Iqra’ adalah ayat pertama al-Qur’an. Tiada yang lebih baik dpd Iqra’.

➔ Tip ini tip praktikal. Diari catatan buku saya, dulu saya tulis dan classify tapi bila terlalu sibuk, tulisan saya bercampur. Tak mengapa, tak kisah. Kita catat sahaja tentang fiksyen ke, humanities ke, dan sebagainya. Waktu sedang kebosanan, bukak diari ini dan baca semula. ‘Oh menarik. Fresh lagi.’ In fact, this is your book. Kadangkala, saya luangkan 2-3 jam untuk baca semula buku ini secara berfrekuensi tinggi, baca berulang-ulang kali. Sebab tu saya ingat di mana nak cari semula point bila mahu menulis. Baca berulang-ulang kali diari catatan ini.

➔ Anak muda kita hilang identiti dengan mudah sebab tak basahkan pembacaan dengan maklumat luar pemikiran kita. Orang yang tak membaca hidup umpama dalam penjara. Boleh hidup 10-20 tahun. Dalam penjara kita ada udara, selimut, makan sikit, bila sakit doktor masuk rawat, boleh hidup tapi itulah hidup orang yang tak baca buku.

➔ Kalau nak bebaskan minda agar lebih luas pandangan, bacalah buku. Ignorance adalah prison of human. Bangun pagi, aku nak melihat dunia yang luas. Ambillah setiap hari 2-10 muka surat. Jadi seorang yang merdeka, berdiri di atas kaki sendiri. Ingat, 1) Membaca. 2) Momentum membaca. 3) Menjadi seorang penulis kepada apa yg dibaca. Bila kita lakukan semua ini. Kita recycle putaran kehidupan. Membaca, momentum membaca, mencipta idea daripada membaca.

Sumber: Perkongsian Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Program: Buku-buku yang Paling Mempengaruhi Hidupku
Anjuran: 5pages1day
Ditulis oleh: Wan Zuhaira Abdullah

Siapa kat sini, kalau buat poster iklan mesti selalu habiskan masa yang sangat lama?Kadang tu tak perasan, sejam dua hab...
30/07/2024

Siapa kat sini, kalau buat poster iklan mesti selalu habiskan masa yang sangat lama?

Kadang tu tak perasan, sejam dua habis macam tu je!

Sebab tu saya rasa terpanggil nak berikan akses koleksi stock gambar saya ni. Saya hasilkan sendiri gunakan AI yang cukup berkualiti:

✅ 2,100 stock gambar - akan ditambah setiap masa
✅ Pelbagai jenis gambar yang mesra iklan
✅ Sesuai untuk pelbagai keadaan

Dalam pakej ni saya bagi sekali:

👉 Template iklan Canva
👉 Sistem Copywriting AI - Mesra bahasa melayu
👉 Channel support pembeli

Terus terang, ada gambar baru saya akan terus tambah dalam koleksi, anda nak pakai boleh terus ambil.

Terus dapatkan kat sini:
https://tinyurl.com/AksesStokFoto

[DISYORKAN] Tajuk Buku: Minda Ceo: Beniaga, Menambah Nilai Dan Meluaskan Rahmat“CEO bukan seorang Superman. Dia perlu be...
03/07/2024

[DISYORKAN] Tajuk Buku: Minda Ceo: Beniaga, Menambah Nilai Dan Meluaskan Rahmat

“CEO bukan seorang Superman. Dia perlu bekerja bersama-sama ahli pasukan dan mendapat sokongan pihak luar.”

Memperkenalkan buku .
MINDA CEO— Karya Dato Nik Hasyudeen mantan CEO Tabung Haji.

Naskhah yang wajib dimiliki oleh setiap insan yang bergelar, terlibat atau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dan berada di posisi pengurusan.

Buku Minda CEO ini membincangkan berkenaan konsep perniagaan, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh CEO, kemahiran yang penting serta alatan yang membantu seorang CEO untuk menjadi efektif.

Pemikiran yang membuncah ini dirumuskan dengan ringkas oleh penulis dengan menggariskan 5 mindset bagi seseorang CEO, supaya perniagaan yang dijalankan benar-benar menyebarkan manfaat.

Apakah yang dimaksudkan 5 minda penting?:

1. Minda pengawas (mind of a steward)
2. Minda strategik (mind of a strategist)
3. Minda pembina (mind of a builder)
4. Minda penghubung (mind of a connector)
5. Minda pemimpin (mind of a leader)

Semua ini akan dijelaskan dalam Buku Minda CEO ni. Dapatkan sekarang.

https://jtbooks.onpay.my/order/form/tempahanmindaceo/Ohmyhr

Sudah banyak buku pengurusan yang membincangkan pelbagai ilmu dan aspek perniagaan, tetapi kebanyakannya bertumpu kepada perkara-perkara seperti strategi, operasi, kewangan dan motivasi.

Minda CEO menawarkan perspektif segar dalam membincangkan perkara yang sering difikirkan oleh seorang CEO dalam membuat keputusan yang mempengaruhi prestasi perniagaan.

Klik link berikut untuk buat tempahan:

https://jtbooks.onpay.my/order/form/tempahanmindaceo/Ohmyhr

16/06/2024
Ini panduan isi nama bila beli tiket flight. Boleh digunakan untuk beli tiket flight airlines lain Tak kisah la beli tik...
26/04/2024

Ini panduan isi nama bila beli tiket flight. Boleh digunakan untuk beli tiket flight airlines lain

Tak kisah la beli tiket domestik atau tiket penerbangan antarabangsa, WAJIB IKUT NAMA YANG ADA DEKAT PASSPORT. Kalau ada “binti” dan “bin”, masukkan sekali jangan tinggal. Kalau tak ada, jangan letak

Kalau flight domestik boleh pandang sebelah mata je, tapi kalau antarabangsa, elok isi nama penuh ikut passport bagi mengelakkan sebarang perbalahan dan soal jawab bersama pegawai dekat airport nanti

Kredit: sorry x ingat pemilik asal. Semoga dilimpahi kebaikan buat beliau.

Saya nak kongsi ilmu mengenai "Tong Gas" bila pasang kepala gas untuk gas yg baru,lepas tu ada bunyi gas keluar..cara at...
18/04/2024

Saya nak kongsi ilmu mengenai "Tong Gas" bila pasang kepala gas untuk gas yg baru,lepas tu ada bunyi gas keluar..cara atasi👇👇

Step 1...getah hitam kat dlm kepala gas tu...

Step 2...keluarkan getah tu guna pisau ke apa2 saja benda yg tirus,yg boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tuu..

Step 3: bila dah keluar terbalikan getah hitam tu,lepas tu masukkan semula

Step 4...tekan terus bg rapat guna jari pon boleh...

*kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yg lain masukkan dalam tuu

*Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yg sepatutnya untk tengokkan...

Edit:
Ramai jugak yg guna cara lilit getah di kepala luar tu ye...itu pun memang membantu dan berkesan...tapi kalau ikut kata suami saya dia x galakkan sya pun x tau la kenapa...😅
*suami saya bekerja bahagian gas memasak🤭

Kredit: Arm Ika

NASI IMPIT: Potong Serong atau Potong Tegak?Jawapan : potong serong menghasilkan luas permukaan yang lebih besar. Jadi b...
15/04/2024

NASI IMPIT: Potong Serong atau Potong Tegak?

Jawapan : potong serong menghasilkan luas permukaan yang lebih besar. Jadi bila cicah rendang lagi banyak rendang per unit ketupat.

Kredit: Anwar Farid

Pernah cuba mesin ni?
19/01/2024

Pernah cuba mesin ni?

Bahagia adalah pilihan
14/01/2024

Bahagia adalah pilihan

Address

Puchong
47130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kongsi Ilmu Simpan & Lindung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category