20/07/2026
Cerai yang TIDAK BOLEH RUJUK.
1. Fasakh
Selepas fasakh, suami tidak boleh merujuk isteri semasa tempoh idah kerana perkahwinan telah terbubar melalui keputusan mahkamah, bukan melalui lafaz talak yang boleh dirujuk.
2. Cerai Talak Tiga
Selepas talak tiga, suami tidak boleh merujuk bekas isterinya, walaupun masih dalam tempoh idah.
3. Cerai Hakam
Cerai hakam ialah perceraian yang diputuskan oleh Hakam yang dilantik oleh Mahkamah Syariah. Selepas cerai hakam, suami tidak boleh rujuk isteri.
4. Cerai Tebuk Talak
Cerai tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya dengan membayar sejumlah pampasan kepada suami sebagai balasan untuk bercerai.
Selepas cerai tebus talak, suami tidak boleh rujuk isteri.
5. Cerai Taklik (Sijil Nikah)
Cerai taklik berlaku apabila suami melanggar syarat taklik yang dilafazkan selepas akad nikah, dan Mahkamah Syariah mengesahkan perceraian tersebut. Selepas cerai taklik, suami tidak boleh rujuk isteri.
6. Cerai Li'an
Selepas li’an, suami tidak boleh rujuk atau berkahwin semula dengan bekas isterinya kerana hukum syarak mengharamkan mereka berkahwin semula buat selama-lamanya.
Anda Ada persoalan?
https://wasap.my/60176876284/NakTanyaSikitFB