23/08/2019
ADAKAH GOJEK RELEVAN?
Pada aku, Perkhidmatan Gojek adalah satu inisiatif yang sangat membantu masalah kewangan masyarakat terutama golongan bujang dan miskin bandar. Sama halnya juga dengan Grab.
Tetapi bila bicara soal alam sekitar, maka inisiatif Gojek ini jelas menentang kelestarian alam. Mungkin bila bincang pasal alam sekitar, orang kita akan fiki benda ini remeh dan tidak secara panjang. Tidak arif menilai antara kebaikan jangka pendek (masuk duit poket) dengan kebaikan jangka panjang (persekitaran sihat untuk anak2 pada masa hadapan).
Malaysia bukanlah antara Negara yang baharu saja masuk industri E-Hailing. Banyak Negara yang sudah mendahuluinya dan kalau di asia, Negara China adalah yang paling terbesar. Negara inilah juga top 1 paling tercemar udaranya di kebanyakan tempat (Zon Merah skala 150 dn keatas).
Analisis kualiti udara berdasarkan The World Air Quality Project tahun 2019 (terkini) meletakkan beberapa tempat terutama di semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan bandar di Sarawak menunjukkan skala pencemaran kualiti udara tahap moderate (sederhana) kalau dari segi ukuran skala berwarna, kesemua kawasan yang dimaksudkan adalah zon kuning. Guess what?, kesemua zon berkenaan adalah kawasan pesat perbandaran. The next stage selepas zon kuning ini adalah zon oren atau zon merah yang menandakan kawasan itu bakal menghadapi pencemaran udara yang lebih teruk. Maka kesimp**an yang aku ble buat, Grab n Gojek ini hanya berevolusi di kawasan pesat pembandaran. Jadi fenomena ini bakal mewujudkan pencemaran udara (Pulau Haba bandar) akibat pelepasan bahan bakar. Tambahan lagi, bandar adalah kawasan pesat industri yang mengeluarkan pelbagai sisa perosak ke udara.
Mungkin dakwaan aku boleh disangkal bahawasanya Gojek dan perkara yg seumpama dgnnya bukanlah punca utama pencemaran udara dan boleh dikaitkan dengan faktor lain seperti faktor pembinaan, industri perkilangan dan macam2. Tetapi pada aku, pengenalan sistem Gojek akan akan menambah bilangan kenderaan bermotor yang akhirnya mencemarkan udara. Yala mcm pepatah budak2 Geo kat spm tu, semakin banyak kenderaan bermotor maka semakin banyak asap (karbon Dioksida dn gas lain dibebaskan) akhirnya, gas2 ini menjadi Green House Gasses yang mencemarkan kualiti udara.
Mungkin ada yg kata, apa mahu risau, kenderaan awam seperti bas n so on kan ada. Yaa..aku tidak nafikan smua itu wujud di Malaysia dan dapat membantu pengurangan pencemaran udara. Tapi, sebenarnya norma masyarakat kita lebih gemar kepada penggunaan perkhidmatan seperti E-Hailing kerana faktor selesa dan cepat sampai ke destinasi. Maka pertambahan pelanggan akhirnya mendesak orang ramai membeli sebanyak mungkin kenderaan bermotor. Tidak cukup dgn grab, maka ditambah p**a dengan Gojek.
Bukanlah niat aku nak halang orang dan sekat periuk nasi. Cumanya bolekah kita berfikir sejenak, kita mencari wang sambil menyakiti bumi. Itu adalah satu kezaliman pada diri kita juga. Ya. Kesannya bukan pada kita. Tetapi pada masa akan datang. Bukan pada kita tetapi pada kehidupan anak-anak dan cucu cicit kita.
Lagi teruk, mereka akan bercerita bahawa fenomena yang berlaku semasa zaman mereka adalah angkara datuk nenek, bapa dan mama mereka pada tahun 2019.