17/07/2025
Boleh share tak cara atasi sakit tumit dekat area peranakan selain berurut ?
✅ Sakit di tapak kaki bahagian tengah hingga tumit boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti plantar fasciitis, ketegangan otot, tekanan berlebihan, atau masalah peredaran darah.
Selain urut boleh cuba rawatan alternatif lain
⤵️1️⃣ Terapi Rendaman KakiRendaman kaki dapat membantu mengurangkan kesakitan, melancarkan peredaran darah, dan melegakan otot yang tegang.
☑️ Rendaman Air Suam & Garam
➡️ Gunakan air suam suam kuku (bukan terlalu panas) dan larutkan garam bukit atau garam Epsom.
➡️ Rendam kaki selama 15-20 minit setiap hari.
➡️ Garam Epsom membantu melegakan otot dan mengurangkan keradangan.
☑️ Rendaman Herba
➡️ Campurkan bahan seperti:
✔️ Daun pandan (anti-radang, melegakan kesakitan)
✔️ Halia (melancarkan peredaran darah)
✔️ Serai (membuang angin dan toksin dari kaki)
✔️ Bunga cengkih (mengurangkan kebas dan lenguh)
✔️ Rebus semua bahan dalam air, biarkan suam, kemudian rendam kaki 15-20 minit.
2️⃣ Latihan Regangan Tumit & KakiRegangan ini membantu mengurangkan ketegangan pada otot dan ligamen di sekitar tumit.
☑️ Regangan Plantar Fascisl
➡️ Duduk di atas kerusi, angkat kaki dan tarik ibu jari ke arah badan.
➡️ Tahan selama 15-30 saat dan ulangi 3 kali setiap kaki.
☑️ Gulingkan Bola atau Botol Sejuk di Tapak Kaki
➡️ Gunakan bola tenis atau botol air yang telah dibekukan.
➡️ Letakkan di bawah tapak kaki dan gulungkan selama 5-10 minit untuk melegakan kesakitan.
☑️ Berjalan dengan Tapak Kaki Rata & Tanpa Kasut di Permukaan Semula Jadi
➡️ Cuba berjalan di atas pasir, rumput, atau tanah lembut untuk membantu menguatkan otot kaki.
3️⃣ Penggunaan Pad Kasut & Stokin Sokongan
☑️ Penggunaan pad tumit ortopedik atau stokin tekanan (compression socks) boleh membantu mengurangkan tekanan pada tumit dan meningkatkan peredaran darah.
➡️ Pilih kasut yang mempunyai tapak lembut, melengkung, dan menyokong bentuk kaki.
4️⃣ Sapuan Minyak Herba
☑️ Sapukan minyak herba pada tumit sebelum tidur.
5️⃣ Rawatan dengan Ais atau Haba
☑️ Jika sakit berpunca daripada keradangan (bengkak), gunakan pek ais selama 15 minit.
☑️ Jika sakit berpunca daripada ketegangan otot, gunakan haba (seperti tuaman herba atau demah dengan tuala suam).
6️⃣ Pengambilan Makanan Anti-Radang & Suplemen
☑️ Makanan yang Baik untuk Tumit
➡️ Kunyit – Mengandungi curcumin yang membantu mengurangkan keradangan.
➡️ Halia – Melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kebas.
➡️ Omega-3 (minyak ikan, chia seed) – Bagus untuk sendi dan otot.
➡️ Makanan tinggi magnesium (pisang, bayam merah, badam) – Mengurangkan kekejangan otot.
☑️ Minuman Herba
➡️ Air Rebusan Kunyit & Halia – Diminum suam setiap pagi untuk mengurangkan bengkak dan sakit.
➡️ Teh Daun Pandan & Serai – Membantu mengurangkan lenguh dan membuang angin dalam badan7️⃣ Bertungku untuk Sakit Tumit
☑️ Tungku Batu yang diletak herba membantu mengurangkan sakit dan keradangan dimana ia menyimpan haba lebih lama dalam membantu melancarkan darah.
☑️ Cara Bertungku untuk Tumit :
⤵️1. Panaskan tungku – Balut dengan daun herba, bersam dengan kain tebal supaya tidak terlalu panas pada kulit.
2. Letakkan di bawah tapak kaki – Fokus pada bahagian tumit dan tengah tapak kaki
3. Urut secara perlahan-lahan – Gerakkan tungku ke depan dan belakang selama 10-15 minit.
4. Bertungku di betis & pergelangan kaki – Ini membantu melancarkan darah ke tapak kaki.
5. Lakukan sebelum tidur atau selepas rendaman kaki – Supaya kaki lebih relaks dan selesa.
☑️ Petua tambahan:
➡️ Campurkan minyak herba sebelum bertungku untuk kesan lebih baik.
➡️ Jangan gunakan tungku jika ada luka atau bengkak yang teruk (gunakan ais dahulu untuk mengurangkan bengkak).
8️⃣ Kasut Bertitik Refleksologi❓Bagaimana Kasut Refleksologi Berfungsi?
☑️ Kasut ini mempunyai titik-titik yang menekan zon refleksologi di tapak kaki, yang berkaitan dengan organ dalaman dan sistem badan.
Manfaat Kasut Refleksologi:
➡️ Melancarkan peredaran darah
➡️ Mengurangkan sakit tumit & lenguh kaki
➡️ Membuang angin dalam badan
masyaAllahtabarakallah