Phụ Kiện Ô Tô Chính Hãng Gía Rẻ

Phụ Kiện Ô Tô Chính Hãng Gía Rẻ Kami menjual buku dan permainan kanak-kanak yang berkualiti dan menarik.

30/09/2022

𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗜𝗡𝗚𝗚𝗘𝗥𝗜𝗦
Tidak perlu diterangkan lagi apakah kelebihan jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam Bahasa ini dalam usia kecil lagi. Namun apakah cara terbaik untuk pastikan anak dapat menguasai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan semula jadi? Jom ikuti tips berikut:

𝟭. 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶
Berkomunikasi secara langsung menggunakan Bahasa Inggeris. Ikut tahap anak anda, mula dengan paling asas dan mudah dahulu. Contohnya mula berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam Bahasa Inggeris seperti

𝟮. 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵
Gunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, meminta untuk anak anda tidur kata ‘Let’s sleep’. Buatlah Gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’ misalnya menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di p**i sambil melentukkan kepala dan pejam mata.

𝟯. 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗜𝗻𝗴𝗴𝗲𝗿𝗶𝘀
Beri anak anda tonton cerita kegemaran dalam Bahasa inggeris. Lama kelamaan anak pasti akan terbiasa dengan perkataan dan kosa kata yang baru dalam Bahasa Inggeris. Anda juga boleh mengulangi perkataan yang dari televisyen misalnya memberitahu anak kucing dalam Bahasa Inggeris ‘Cat’

𝟰. 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂
Ajar satu satu perkataan sehingga anak benar-benar faham dan boleh mengucapkan perkataan dengan baik. Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak sama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali.

𝗔𝗦𝗣𝗘𝗞 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗜 Berbeza dengan keadaan anak semasa kecil, mereka akan sentiasa mahukan untuk...
29/09/2022

𝗔𝗦𝗣𝗘𝗞 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗜
Berbeza dengan keadaan anak semasa kecil, mereka akan sentiasa mahukan untuk anda ada bersama. Atau paling tidak, dijaga oleh individu yang dipercayai. Namun semakin anak meningkat usia, mereka akan lebih menginginkan untuk berdikari. Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah mengajar mereka mengenai aspek penting berkaitan keselamatan kanak kanak.

𝟭. 𝗔𝗷𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻
Adakalanya kita terlupa untuk mengajar anak mengenai aspek keselamatan yang satu ini, iaitu melintas jalan dengan selamat. Apabila anak sudah cukup besar untuk memegang tangan anda ketika melintas, ujarkan kepadanya ayat ini, “Pertama kena perhatikan isyarat lalu lintas, kalau muncul imej orang melintas, barulah kita selamat untuk melintas. Tetapi sebelum itu jangan lupa perhatikan kiri dan kanan jalan. Tengok ada kereta atau tidak? Kemudian barulah melintas,”.

𝟮. 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗶
Dalam keselamatan anak, cara terbaik untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa buli adalah dengan memastikan anak mempunyai harga diri yang tinggi. Hubungan yang kuat di rumah bersama ahli keluarga dan rakan sebaya juga penting. Jika anak dibuli, bantu mereka untuk belajar mempertahankan diri dengan kekal bertenang dan tidak perlu membalas. Anak perlu diyakinkan bahawa mereka tidak perlu berasa malu jika takut apabila dibuli, Tetapi minta anak untuk berlalu pergi tanpa membalas atau memberitahu individu dewasa lain serta mendapatkan bantuan.

𝟯. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮
Apabila anda membenarkan anak pergi ke rumah kawannya untuk bermain atau menghadiri majlis keraian seperti majlis hari jadi, pastikan anda mengenali keluarga mereka. Berikan sebarang perhatian terhadap perubahan diri anak untuk mengetahui apa yang berlaku. Dan sebagai ibu bapa, anda harus mempercayai apa yang dikatakan oleh anak.

𝟰. 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝘀𝘂𝗮𝗹
Penderaan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Oleh kerana itu, ia menjadi antara perihal keselamatan anak yang penting untuk diberikan perhatian. Tambahan p**a, kebanyakan kes yang terjadi melibatkan individu dikenali dan dipercayai anak.

𝗦𝗡𝗘𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗛𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 👦🏻👧🏻Jika snek diberikan pada waktu bersesuaian, ia dapat memainkan peranan penting dal...
28/09/2022

𝗦𝗡𝗘𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗛𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 👦🏻👧🏻
Jika snek diberikan pada waktu bersesuaian, ia dapat memainkan peranan penting dalam mengurangkan kelaparan anak-anak dan meningkatkan nutrisi. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang dapat menghilangkan kelaparan berlebihan dan memberikan tenaga tambahan atau ‘boost‘ yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak aktif diantara waktu makan utama.

𝟭. 𝗕𝘂𝗮𝗵-𝗕𝘂𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗿 🍎🍌🍉
Bunyi senang saja kalau snek tu buah-buahan kan? Senang nak sediakan, senang nak makan. Tapi kadang-kala anak-anak mungkin cepat bosan p**a kalau asyik makan buah epal terus dari peti sejuk. Mommy boleh potong dan campurkan beberapa jenis buah-buahan lain dalam mangkuk supaya nampak menarik. Untuk anak-anak kecil, Mommy boleh p**a cuba menyusunnya secara kreatif supaya dapat menjadi bentuk haiwan atau kartun kegemaran anak

𝟮. 𝗦𝗺𝗼𝗼𝘁𝗵𝗶𝗲
Jus buah-buahan selalunya hanyalah merangkumi campuran air dan buah-buahan yang dikisar atau diperah. Smoothie p**a diperbuat daripada beberapa bahan yang mengenyangkan termasuklah buah-buahan, susu, yogurt, bijian berkhasiat seperti chia seed atau flaxseed, dan apa-apa sahaja yang diminati yang boleh dikisar. Campuran smoothie yang sesuai dapat memberi kekenyangan kepada kanak-kanak, terutamanya jika hari sedang panas terik! Tentu boleh kalahkan aiskrim!

𝟯. 𝗦𝗮𝘆𝘂𝗿-𝗦𝗮𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗿 🥬🥕🥦
Banyak sayuran yang tak perlu dimasak boleh dijadikan sebagai snek yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Contohnya lobak merah, batang saderi (celery stick), timun, dan tomato cherry. Sayur-sayuran ini boleh dicampurkan dengan makanan atau snek lain seperti buah-buahan lain, mentega kacang, sos mustard, dan macam-macam lagi.

𝟰. 𝗦𝗮𝗻𝗱𝘄𝗶𝗰𝗵 𝗣𝗿𝗼𝘁𝗲𝗶𝗻 🥪
Kebanyakan kanak-kanak memang s**a makan roti, tapi kadang-kala ia selalu dimakan dengan makanan ringan tidak berkhasiat lain atau penuh dengan gula. cuba tambahkan makanan berunsur protein untuk dijadikan sandwich bersama roti, seperti keju, telur, mentega kacang yang tiada campuran gula dan garam, atau hummus.

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚Masih ada segelintir ibu bapa yang memilih untuk memarahi dan menghukum anak kerana berboho...
27/09/2022

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚
Masih ada segelintir ibu bapa yang memilih untuk memarahi dan menghukum anak kerana berbohong. Sebenarnya, ini bukan cara terbaik untuk menangani kanak-kanak yang s**a berbohong. Untuk menghilangkan tabiat anak s**a berbohong, ibu bapa mesti ada perhatian khusus, supaya mereka sedar perkara ini bukan perkara yang baik.

𝟭. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗷𝘂𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻
Selepas anak berterus terang, lebih baik teruskan menghargai kejujuran. Kerana bercakap benar tidak mudah. Oleh itu, cuba ucapkan terima kasih kerana bercakap benar, sebelum akhirnya memberikan pemahaman tentang bahaya mempunyai tabiat berbohong.

𝟮. 𝗧𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴
Salah satu punca anak berbohong adalah kerana takut ketahuan, hingga dimarahi ibu bapa. Boleh jadi, mereka berbohong untuk melindungi diri daripada kita yang mungkin sering memarahinya. Atau boleh jadi sebab berbohong kerana mencari perhatian ibu bapa untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Contohnya, mereka ingin bermain tetapi perlu membuat kerja rumah. Jadi, mereka akan berbohong untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

𝟯. 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴
Selain itu, untuk menangani anak-anak yang s**a berbohong, ibu bapa juga perlu memberikan kefahaman tentang kesan negatifnya. Sama ada ia tidak akan dipercayai oleh orang lain, sehingga ia tidak mempunyai kawan. Bukan untuk menakutkan, tetapi ini akan memberi anda idea; bahawa berbohong adalah tabiat buruk dan akan membawa mereka ke dalam masalah

𝟰. 𝗧𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸
Salah satu cara paling berkesan untuk menangani kanak-kanak yang s**a berbohong adalah dengan menunjukkan contoh sebenar yang baik. Ingat, ia boleh menjadi salah satu punca kanak-kanak s**a berbohong kerana faktor persekitaran. Tunjukkan contoh yang baik dengan sentiasa menghormati dan bercakap benar.

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗨𝗞Anak-anak kecil berusia lingkungan bawah 4 tahun ini masih rendah tatabahasa dan bilangan p...
26/09/2022

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗨𝗞
Anak-anak kecil berusia lingkungan bawah 4 tahun ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk. Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Jom ikuti tips berikut

𝟭. 𝗜𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴
Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia. Cuba buat muka relaks sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah p**ak ni”. Ini namanya "reverse psychology". Pastikan juga suasana rumah dalam keadaan tenang untuk kita sebagai ibu bapa bertindak dengan tenang.

𝟮. 𝗖𝘂𝗯𝗮 𝗽𝘂𝗷𝘂𝗸
Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi. Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak s**a bila ada orang beri perhatian

𝟯. 𝗔𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗮𝗻𝗮𝗸
Andaikan kita pergi ke pasar raya untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak p**a sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut. Jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya. Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan p**a alihkan fokus dengan menunjukkan sesuatu yang lebih menarik.

𝟰. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀
Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜Ajar anak pakai baju sendiri boleh menjadi antara teknik keibubapaan yang agak s**ar. I...
23/09/2022

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜
Ajar anak pakai baju sendiri boleh menjadi antara teknik keibubapaan yang agak s**ar. Ini kerana, kebanyakan ibu bapa tidak tahu bagaimanakah hendak bermula. Berikut adalah perkara yang boleh dilakukan

𝟭. 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶
Sewaktu hendak memakaikan baju kepada anak, sebutkan langkah pemakaian baju satu persatu dengan lengkap. Sebagai contoh, “sekarang kita nak pakai baju. Mula-mula sarungkan di kepala dahulu, kemudian barulah di tangan. Dah siap pakai baju.

𝟮. 𝗔𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸
Kebiasaannya, kanak-kanak masih mempunyai kes**aran untuk menyeimbangkan diri sewaktu berdiri. Apatah lagi jika berdiri dengan sebelah kaki. Oleh itu, jika mahu ajarkan anak memakai seluar, lakukannya secara duduk terlebih dahulu

𝟯. 𝗕𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗮𝗻𝗮𝗸
Kaedah yang sama juga perlu dilakukan ketika memakaikan pakaian pada anak. Pakaikan pakaian sambil menceritakannya seperti ketika mengajar anak pakai seluar.

𝟰. 𝗬𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸
Setiap anak mempunyai kemampuan dan tahap perkembangan yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin cepat belajar, dan ada juga yang perlu mengambil sedikit masa. Oleh itu, ibu bapa kena sentiasa percaya dan yakin dengan kemampuan anak untuk memakai baju sendiri.

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗬𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡𝟭. 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗥𝘂𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. ...
22/09/2022

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗬𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡

𝟭. 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗥𝘂𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. Ada sesetengah ibu bapa, sering merungut anak mereka s**ar untuk tidur malam. Semak semula jadual tidurnya dari kecil. Jika anda sering membiasakan bayi untuk tidur lambat sejak kecil, contohnya sering membawa mereka berjalan-jalan hingga lewat malam, jangan terkejutlah kalau anak tidak mudah untuk tidur awal.

𝟮. 𝗕𝗮𝘄𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗔𝘄𝗮𝗹
Katakanlah waktu tidur anak pukul 9 malam, lepas isyak tu dah boleh bawa anak masuk bilik untuk tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur

𝟯. 𝗛𝗶𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻/𝗚𝗮𝗷𝗲𝘁 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗧𝗶𝗱𝘂𝗿
2 jam sebelum tidur, hindari aktiviti melibatkan permainan atau gajet yang boleh membuat anak lebih teruja untuk berjaga. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.

𝟰. 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗚𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻
Untuk melatih anak tidur sendiri, elakkan menggunakan sebarang bantuan alatan seperti buaian dan puting tiruan untuk merangsang anak tidur. Kalau tidak ada alatan ini, anak akan mengamuk dan tidak dapat belajar tidur sendiri. Anak akan bergantung sepenuhnya pada alatan. Jika kita dah terbiasa gunakan alatan tersebut, ianya mungkin agar s**ar untuk dileraikan.

𝗦𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗬𝗜 🤱🏻Sudah menjadi lumrah bagi setiap ibu bapa untuk melihat bayi mereka membesar dengan sihat dan...
21/09/2022

𝗦𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗬𝗜 🤱🏻
Sudah menjadi lumrah bagi setiap ibu bapa untuk melihat bayi mereka membesar dengan sihat dan kuat. Walaupun bayi-bayi ini hanya mempunyai keupayaan mengawal pergerakan otot yang minimum, namun senaman fizikal yang betul adalah sangat penting untuk merangsang perkembangan motor anak –anak kecil ini

𝟭. 𝗧𝘂𝗺𝗺𝘆 𝘁𝗶𝗺𝗲 (𝟭-𝟰 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻)
-Baringkan bayi anda dalam keadaan meniarap.
-Tarik perhatian bayi dengan meletakkan mainan di hadapan.
-Aktiviti ini membantu menguatkan otot leher dan belakang bayi, selain merangsang bayi untuk berguling ke sisi.
-Biar sehingga 5-10minit

𝟮. 𝗚𝗿𝗶𝗽 𝗲𝘅𝗲𝗿𝗰𝗶𝘀𝗲 (𝟭-𝟰 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻)
-Baringkan bayi anda di atas tilam.
-Letakkan jari telunjuk anda di tapak tangan bayi untuk merangsang bayi anda menggenggam.
-Dengan bantuan ibu jari anda, tarik tangan bayi sehingga lurus.
-Pastikan anda tidak menarik terlalu tinggi sehingga kepala bayi terangkat.
-Senaman ini membantu merangsang pergerakan tangan dan menggenggam
-Ulang sehingga 10 kali

𝟯. 𝗖𝗵𝗲𝘀𝘁 𝗰𝗿𝗼𝘀𝘀 (𝟭-𝟰 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻)
-Pegang kedua-dua tangan bayi di telapak tangan, bukak tangan mereka seluas-luasnya ke tepi.
-Kemudian rapatkan semula tangan mereka dengan menyilangkan kedua-dua tangan di atas dada.
-Senaman ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan.
-Ulang semula pergerakan sehingga 10 kali

𝟰. 𝗣𝘂𝗹𝗹-𝘂𝗽 (𝟱-𝟲 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻)
-Baringkan bayi di atas tilam, pegang kedua-dua lengan bayi dan tarik bayi ke atas sehingga berada dalam keadaan duduk.
-Senaman ini dapat merangsangkan kekuatan leher dan abdomen bayi.
-Ulang sehingga 10 kali.

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗪𝗔𝗡Sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epile...
20/09/2022

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗪𝗔𝗡
Sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epilepsi. Ia adalah sebuah keadaan di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian. Ini perkara penting untuk anda tahu

𝟭. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗽𝗮𝗻𝗶𝗸, 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀
Jika ditanya pada sesiapa yang melihat anak diserang sawan buat pertama kali, mereka tentu akan panik. Namun, cuba kawal perasaan dan fokuskan kepada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjutan. Lazimnya tempoh sawan amat pendek iaitu beberapa minit.

𝟮. 𝗔𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁
Pastikan tiada objek keras berada di sekitar anak yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu di sebelahnya dan jangan tinggalkan anak walau seketika.

𝟯. 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗸𝗶𝗿𝗶
Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya. Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.

𝟰. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗸 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮
Mungkin anda pernah dengar orang cakap masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Tapi, perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak. Anda juga tidak sepatutnya memaksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada melalui mulut ketika serangan ini berlaku.

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞Usaha meningkatkan fokus anak merupakan satu cabaran yang tidak dapat dinafikan oleh pasangan ...
19/09/2022

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞
Usaha meningkatkan fokus anak merupakan satu cabaran yang tidak dapat dinafikan oleh pasangan ibu bapa. Kelemahan daya fokusnya memberikan kesan dari pelbagai sudut. Agak s**ar untuk menangani masalah ini tetapi ia tidaklah mustahil. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengatasinya jom ikuti tips ini

𝟭. 𝗠𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
Solusi tetapan masa bagi menyelesaikan tugasan tertentu membantu meningkatkan fokus anak. Menurut pakar, kadar tempoh keupayaan fokus kanak-kanak berbeza mengikut umur masing-masing. Sebagai contoh mereka yang berusia 6 tahun dipercayai mempunyai had fokus sekitar 12 hingga 18 minit manakala bagi kanak-kanak berusia 7 tahun p**a adalah sekitar 14 hingga 21 minit

𝟮. 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗔𝗻𝗮𝗸
penting bagi anda untuk menetapkan ruang khas yang sesuai dengan tugasan yang hendak dilakukannya. Ruang khusus di dalam rumah seperti bilik ulang kaji tanpa sebarang gadget dibenarkan di dalamnya boleh membantu untuk meningkatkan fokus anak bagi menyiapkan kerja sekolah dengan lebih berkesan dan cepat. Sumber pencahayaan yang terang dan mencukupi juga turut membantunya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.

𝟯. 𝗘𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝘁𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗴
Golongan dewasa pun belum tentu mampu melakukan kerja-kerja multitasking, apatah lagi kanak-kanak yang masih mentah. Konsep mudahnya adalah anda perlu mendidik anak untuk siapkan satu tugasan pada satu masa. Tumpuan mereka pasti akan terganggu dengan mudah jika dibebani dengan pelbagai tugasan pada waktu yang sama.

𝟰. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻-𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
Dengan memecahkan tugasan besar kepada bentuk tugasan-tugasan yang lebih kecil memberi suatu gambaran kepada anak bahawa ia adalah tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.

Address

4-1, Jalan Jasmin 3, Taman Jasmin
Selangor
43000

Telephone

+60196691630

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Phụ Kiện Ô Tô Chính Hãng Gía Rẻ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Phụ Kiện Ô Tô Chính Hãng Gía Rẻ:

Shortcuts

Share

Category