08/07/2026
ASSALAMUALAIKUM, PRE ORDER DIBUKA SEKARANG!
๐ EBOOK A POISONED VOW
๐ 07-13HB JUN 2026
๐ RM14 (SEPANJANG TEMPOH PROMOSI)
๐ 300++ MS
๐ BLURB THE POISONED VOW๐
"Saya cintakan Nia, tapi cinta Nia dah jadi racun. Semakin saya teguk, semakin parah luka dalam hati ni."
Bagi Sufian, kesetiaan adalah segalanya dalam perhubungan. Dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa bertarung dengan gelombang samudera di lautan berbulan-bulan lamanya. Namun, kep**angannya ke daratan kali ini membawa badai yang menghancurkan seluruh jiwa lelaki itu.
Sekeping gambar sudah cukup untuk meruntuhkan tembok kepercayaan yang dibina Sufian selama bertahun-tahun. Di mata Sufian, Hanania bukan lagi bidadari yang menanti di pesisir, melainkan seorang isteri yang telah memberikan luka paling dalam di hatinya.
โSaya bebaskan awak, Nia. Pergilah mana awak nak pergi. Terbanglah mana pun awak nak terbang lepas ni. Awak bukan lagi di bawah tanggungjawab saya. Selama tempoh iddah awak, saya beri awak rumah ni untuk awak duduk. Saya juga akan beri awak nafkah iddah. Cuma, satu saja yang saya minta dari awak. Lepas ni, janji dengan saya... pergi jauh dari saya dan keluarga saya. Jangan munculkan diri depan mata kami lagi!โ
Dalam satu lafaz, hubungan mereka terputus. Sayangnya, pada Hanania, sejak awal lagi dia tahu bahawa kesilapan yang pernah dilakukan Aina, kembarnya akan menjadi duri pada satu saat dan ketika Sufian menceraikannya, tahulah dia bahawa hari itu telah pun tiba.
โKau kahwin dengan Sufian sebab aku Nia. Aku yang bercinta dengan dia sebelum ni dan kau sekadar jadi pengganti aku buat sementara. Kau mesti tahu kan sikap Sufian? Dia paling benci orang yang berbohong. Jadi, bersyukurlah sebab kau pernah merasa jadi isteri lelaki sebaik Sufian. Ikutkan kau dengan dia tak sepadan pun. Macam langit dengan bumi!"โ Aina
Sehinggalah pada saat kebenaran mula tersingkap, segalanya sudah terlambat. Sumpah perkahwinan telah pun bertukar menjadi racun yang membunuh tetapi yang tidak disangka Hanania, Sufian tiba-tiba kembali menagih cintanya.
โSayang boleh hukum abang dengan apa cara sekalipun tapi tolong maafkan abang. Kali ni saja.โ - Sufian
Mampukah sebuah kemaafan menghidupkan kembali hati yang sudah lama mati dan trauma? Ataukah perpisahan ini adalah satu-satunya reda yang tersisa?