Aqiera Bookstore

Aqiera Bookstore Pembelian secara online novel terlaris di malaysia,Dapatkan novel kegemaran anda di Aqiera Bookstore❤ www.wasap.my/60172497420/novel

Pembelian Novel Online...
Buatlah tempahan buku anda sekarang !!!

Pernah rasa penat baca kisah cinta yang nampak cantik di atas kertas tapi kosong bila kita hayati? Semuanya terlalu semp...
01/09/2025

Pernah rasa penat baca kisah cinta yang nampak cantik di atas kertas tapi kosong bila kita hayati? Semuanya terlalu sempurna… sampai kita sendiri rasa, eh hidup aku ni cacat ke?
Sebenarnya cinta bukan begitu. Cinta ada luka, ada doa, ada salah faham, ada perjuangan.
Itu yang ada dalam Bukan Jodoh Biasa. Hero dan heroinnya bukan bidadari atau putera raja. Mereka manusia, macam kita dengan jatuh bangun sendiri.
Kalau korang pernah rasa cinta itu s**ar tapi tetap indah, mungkin korang akan jumpa diri sendiri dalam cerita ini.
💌 Sekarang tengah promo RM13
(30 Ogos – 8 Sept sahaja).
📖 470 muka surat, 45,000 patah perkataan. Cukup untuk temani malam-malam korang.
➡️ Klik link ini kalau nak baca teaser www.wasap.my/60172497420/teaserbukanjodohbiasa

Harga asal : RM27.90Harga promo: RM20Bahasa : Bahasa MelayuFormat : Kulit NipisSaiz : 21cm x 6cm x 13cmHalaman : 592 m/s...
14/05/2025

Harga asal : RM27.90
Harga promo: RM20
Bahasa : Bahasa Melayu
Format : Kulit Nipis
Saiz : 21cm x 6cm x 13cm
Halaman : 592 m/s
Jenis Kertas : Putih
Kondisi : Baharu (Hitam Putih)
*PABILA DIA TERSENYUM*

Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital.

Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.

Harga asal : RM28 Harga promo : RM20Bahasa : Bahasa MelayuFormat : Kulit NipisSaiz : 21cm x 6cm x 13cmHalaman : 480 m/sJ...
14/05/2025

Harga asal : RM28
Harga promo : RM20
Bahasa : Bahasa Melayu
Format : Kulit Nipis
Saiz : 21cm x 6cm x 13cm
Halaman : 480 m/s
Jenis Kertas : Putih
Kondisi : Baharu (Hitam Putih)
*RAHSIA HATI CINTA*

CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta juga membuatkan dia gundah, hati dan mindanya tidak sekata, mahu diikut kata hati atau minda, dia bingung kerana rahsia Cinta terlalu rapi disimpannya. Cinta memberi Ishraf rasa yang berbeza, jika dulu harinya hanya ditemani alam sepi, dia seperti hidup sendiri walau keluarga ada di sekeliling, kini dia sentiasa senyum sendiri, Cinta sentiasa ada di sisi. Tapi kerana Cinta juga dia dibohongi, terasa diri dipermainkan selama ini, kini Cinta seakan sudah mati, tiada lagi di hatinya. Khalil menerima Cinta dengan perasaan hiba dalam gembira, tidak tahu tentang kewujudan Cinta selama ini, hadirnya seperti cahaya yag menerangi hidup, kini dia miliki Cinta. Tiada apa lagi dia perlukan, hidup dan matinya hanya untuk Cinta. Cinta membuatkan dia marah, perasaan benci tidak dapat ditahan lagi, Cinta datang tidak diundang, Cinta tidak diperlukan dalam hidupnya. Sally mula mengatur langkah, Cinta perlu dihapuskan.

Celebrating my 10th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉
24/04/2025

Celebrating my 10th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

Setiap pembelian buku akan dapat 5% off, boleh inform ila jika ada buku yang anda cari.Klik link www.wasap.my/6017249742...
24/04/2025

Setiap pembelian buku akan dapat 5% off, boleh inform ila jika ada buku yang anda cari.
Klik link www.wasap.my/60172497420/buku
Admin ila

Tajuk : Thariq Ridzuwan Commando's : His TreasurePenulis : HudanajwaHarga : RM35ISBN : 9789672803386SinopsisThariq Ridzu...
24/04/2025

Tajuk : Thariq Ridzuwan Commando's : His Treasure
Penulis : Hudanajwa
Harga : RM35
ISBN : 9789672803386

Sinopsis
Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.

Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.

Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga s**a memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.

Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.

“I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am”- Husniya Radwa.

Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.

“Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone.”- Thariq Ridzuwan.

Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.

Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.

https://semuanyabuku.com/Pelbagai buku yang menarik yg ada di e-katalog ini. Anda boleh pilih buku yang anda minati. Car...
04/11/2024

https://semuanyabuku.com/
Pelbagai buku yang menarik yg ada di e-katalog ini. Anda boleh pilih buku yang anda minati. Cara pembelian boleh screenshot gambar buku dan klik link ni untuk pembelian www.wasap.my/60172497420/buku

Mudah. Jimat. Selamat. 4,000 buku bestseller dari lebih 150 penerbit sedang menanti anda di Semuanya Buku. Nikmati harga diskaun istimewa yang tidak terdapat di tempat lain.

Tajuk : Mr. HeadhunterPenulis : AriasevaHarga : RM38ISBN : 9789672803447SinopsisMark Hayden dan Darlene Fareesha, dua in...
03/11/2024

Tajuk : Mr. Headhunter
Penulis : Ariaseva
Harga : RM38
ISBN : 9789672803447

Sinopsis
Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua insan yang datang dari dunia yang berbeza. Tidak pernah saling mencintai. Takdir menyatukan mereka dengan cara yang paling tidak terduga. Tetapi Darlene terima dengan hati yang terbuka.

"I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. My bullet will never miss its target. Others have fallen prey, do you want to be next?" - Mark Hayden William

Jejaka yang sentiasa digeruni ramai kerana perwatakannya yang sentiasa dingin dan kejam. Dilahirkan tanpa rasa takut di dalam diri menjadikan dia lelaki yang tidak berhati perut.

"Saya rasa selamat bila ada dengan Sir... Terima kasih, Sir. Sebab sanggup tolong saya, sebab sanggup kahwin dengan saya hanya untuk jaga saya" - Darlene Fareesha

Seorang gadis yang telah dibuang oleh abang-abangnya atas sebab kematian bapanya. Hidupnya berubah 180 darjah selepas bergelar seorang isteri kepada salah seorang ahli kumpulan gelap.

Namun, di sebalik perkahwinan itu, terselit kebenaran yang tidak dapat diterima olehnya. Tetapi semuanya sudah terlambat.

Hidup tidak pernah tenang walau sekali. Mereka sentiasa diburu, tetapi dengan siapa? Siapakah musuh mereka yang menyorok di balik tirai selama ini?

Es hora de lo mejor contra lo mejor.
Pembelian boleh klik link www.wasap.my/60172497420/novel

  5%Tajuk : Bayang SofeaPenulis : Teme AbdullahHarga : RM34ISBN : 9786297665122Sinopsis“Do you really think you can run ...
23/08/2024

5%
Tajuk : Bayang Sofea
Penulis : Teme Abdullah
Harga : RM34
ISBN : 9786297665122

Sinopsis
“Do you really think you can run from us, Sofea?”

Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.

Namun, pertemuan dengan Danny — seorang atlet tinju tersohor — mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.

Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.

“Anda bukan siapa-siapa tanpa kita. Kita lebih dekat daripada bayang anda, Sofea.”

Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.

“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”

Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?

Address

Semenyih

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aqiera Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aqiera Bookstore:

Shortcuts

Share

Category