19/06/2025
Asas Islam Rahmah
Penulis:
Prof Madya Dr Hamidah binti Mat
Dr Syazalie Hirman bin Ahmad Najib
Ustazah Norsaadah binti Din@Mohamad Nasirudin
Ustazah Hasliza binti Talib
Ustaz Muhamad Irfan bin Bahrin
Penerbit: IKRAM Malaysia Pertubuhan IKRAM Malaysia
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789671777046
Bil. Muka surat: 140m/s
Format: Paperback
Harga: RM33.00
Naskhah AISAR, ‘Asas Islam Rahmah,’ diterbitkan dengan satu tujuan besar iaitu menyebarkan kefahaman Islam yang wasatiyyah (sederhana), dan seimbang, sebagai solusi dan panduan untuk masyarakat Malaysia.
Islam adalah agama yang membawa Rahmah kepada sekalian alam. Prinsip-prinsipnya menitikberatkan keseimbangan antara rohani, jasmani, idealisme, realiti, individu mahupun masyarakat. Namun, untuk memahami keindahan ini, kita semua memerlukan usaha dan panduan yang sistematik.
Lembaran ini hadir sebagai jawapan kepada keperluan tersebut, menyusun dan menerangkan asas-asas utama Islam secara telus, mudah lagi praktikal. Menerusi kandungannya, pembaca akan didedahkan kepada konsep-konsep utama Islam, antaranya akidah, ibadah, akhlak juga muamalah, yang disampaikan dengan pendekatan yang inklusif dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Buku ini bukan sekadar teori, tetapi ‘di-rejuvinasikan’ agar menjadi panduan praktikal yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
📚Anda boleh dapatkan buku baru ini di kedaidrmaszlee.com & Shopee Kedai Dr Maszlee dengan diskaun 10%!
📦 Imbas QR untuk terus dapatkan sekarang!