15/08/2026
Makan Modal Mat❗
Semalam baru upload videonya, hari ni dah kena tangkap...
MARSHALL KONVOI SUPERCAR TAHAN KENDERAAN AWAM, AKHIRNYA DITAHAN POLIS!
ISKANDAR PUTERI, 15 Ogos 2026
Dua pemandu ditahan polis selepas dipercayai bertindak sebagai pengiring/“marshall” tidak sah dengan memberhentikan dan menghalang kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sebuah konvoi supercar di Bulatan Lebuh Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Aksi tersebut mula mendapat perhatian selepas video mereka menahan trafik tular di Threads pada 14 Ogos.
Bertindak atas aduan awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri menjalankan risikan sebelum berjaya mengesan kedua-dua individu terbabit.
Kronologi ringkas:
➡️ Konvoi bergerak dari Puteri Harbour menuju pusat bandar Johor Bahru.
➡️ Tiba di Bulatan Lebuh Kota Iskandar, dua pemandu dipercayai keluar bertindak sebagai “marshall”.
➡️ Kenderaan awam ditahan bagi memberi laluan kepada konvoi supercar.
➡️ Video kejadian tular di media sosial.
➡️ Polis menjalankan siasatan dan mengesan kedua-dua individu.
➡️ 15 Ogos — kedua-duanya ditahan bersama kenderaan yang digunakan.
➡️ 4 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan spesifikasi kenderaan.
➡️ Kenderaan terlibat turut disita untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 110 Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan halangan dan gangguan lalu lintas. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.
Nak konvoi, nak bawa supercar, nak buat event silakan ikut peraturan.
Tapi jangan anggap lampu hazard, vest atau sticker Marshal / Safety Car bagi kuasa untuk tahan kereta orang lain.
Jalan raya adalah untuk semua pengguna. Bila seseorang yang tiada kuasa mula memberhentikan trafik sesuka hati, bukan sekadar menyusahkan orang lain — ia boleh mencetuskan risiko kemalangan dan membahayakan nyawa.