Jelajah Sirah Nabawi

Jelajah Sirah Nabawi Jelajah Sirah Perjalanan Nabi Muhammad SAW

06/03/2025

Mari kita bertadabbur dengan ayat ini hari ini :

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

English -
And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.'"

Malay -
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Benarkah solat Tarawih yang kurang daripada 20 rakaat bukan solat Tarawih tetapi Qiyam Ramadan?Jumhur ulama iaitu mazhab...
06/03/2025

Benarkah solat Tarawih yang kurang daripada 20 rakaat bukan solat Tarawih tetapi Qiyam Ramadan?

Jumhur ulama iaitu mazhab Syafi'i, Hanafi, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Maliki berpandangan bahawa solat tarawih yang sempurna rakaatnya ialah 20 rakaat dan ini bilangan yang paling afdal. Ini bermakna sah kalau buat kurang daripada 20 rakaat seperti 8 rakaat yang biasa diamalkan pada zaman ini.

Menurut kitab Hasyiah al-Syarawani, sesiapa yang berniat untuk mendirikan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat, dia tetap akan diganjari dengan pahala solat Tarawih. Manakala kitab Taqirat Sadidah p**a menjelaskan, jumlah rakaat Tarawih yang paling minimum ialah 2 rakaat. Ini bermakna sesiapa yang mendirikan solat Tarawih sebanyak dua rakaat sekalipun tetap juga diganjari dengan pahala Tarawih. Namun banyak atau sedikit pahala bergantung kadar rakaat dan tempoh qiyam yang dilaksanakan.

Kesimp**annya, sesiapa yang berniat melaksanakan solat Tarawih kurang daripada 20 rakaat, tetap juga dinamakan sebagai solat sunat Tarawih. Namun 20 rakaat jauh lebih besar pahalanya berbanding 8 rakaat.

Wallahu A'lam
Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

1 Days left in Ramadan 📿 🕌🌙
01/03/2025

1 Days left in Ramadan 📿 🕌🌙

"ANTARA BUKU SIRAH YANG TERBAIK UNTUK DIBACA"Alhamdulillah. Dah ada dalamkoleksi. Antara buku sirah yangterbaik untuk di...
07/12/2024

"ANTARA BUKU SIRAH YANG TERBAIK UNTUK DIBACA"
Alhamdulillah. Dah ada dalam
koleksi. Antara buku sirah yang
terbaik untuk dibaca.
~Myo Myo



"RASULULLAH DIBERI SALAM OLEH BATU DAN POKOK"Sebelum dan selepas menjadi Rasul , Nabi diberi salam oleh batu dan pohon."...
07/12/2024

"RASULULLAH DIBERI SALAM OLEH BATU DAN POKOK"
Sebelum dan selepas menjadi Rasul , Nabi diberi salam oleh batu dan pohon.
"Salam untukmu Ya Rasulullah SAW'
Apabila mendengar salam itu baginda melihat sekelilingnya , namun yang ada hanya batu dan pokok.
~~Hadith Riwayah Bukhari~~

06/12/2024

Suatu ketika, Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang dalam perjalanan menuju satu tempat. Dalam perjalanan tersebut, mereka melalui sebuah kawasan di mana terdapat seekor anjing betina yang sedang menyus**an anak-anaknya. Anjing itu kelihatan lemah, lapar, dan ketakutan melihat orang ramai yang melintasi tempatnya.

Rasulullah SAW segera memerintahkan para sahabat supaya tidak mengganggu atau menakutkan anjing tersebut. Baginda meminta mereka mengambil jalan lain supaya tidak mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Rasulullah SAW memahami bahawa anjing itu sedang menjaga anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan perlindungan.

Baginda kemudian memerintahkan salah seorang sahabat untuk mengambil makanan dan air bagi anjing tersebut. Anjing itu diberi makan dan dibiarkan dengan aman bersama anak-anaknya.

"MEMANG BAGUS BUKUNYA.."Dah dapat, mmg bagus bukunyasebab siap bergambar yangmembaca senang nk process~Maverick Mitchell...
06/12/2024

"MEMANG BAGUS BUKUNYA.."
Dah dapat, mmg bagus bukunya
sebab siap bergambar yang
membaca senang nk process
~Maverick Mitchell




“PUISI UNTUK ABDULLAH”Dari Aminah (Ibunda Nabi Muhammad SAW ) buat suaminya yang dicintai.Aminah kemudian membuat puisi ...
06/12/2024

“PUISI UNTUK ABDULLAH”
Dari Aminah (Ibunda Nabi Muhammad SAW ) buat suaminya yang dicintai.
Aminah kemudian membuat puisi mengiringi pemergian Si Suami dengan untaian ar-Ritsa (Bait syair yang berisi ungkapan kepedihan hati diatas kematian seseorang dengan menyebut kebaikan-kebaikannya) yang sangat menyentuh perasaan :

“Seorang Putera Hashim tiba (dengan kebaikan) ditanah lapang berkerikikil.
Keluar menghampiri liang lahad tanpa meninggalkan kata yang jelas
Kematian mengundangnya
Dan dia menyebutnya
Maut tidak pernah mendapatkan orang seperti Putera Hashim
Ketika memikul keranda kematiannya
Kerabat-kerabatnya saling bersesakan untuk menghantarnya
Bila permandangan berlebihan itu
Diperlakukan maut untuknya
Pantaslah , kerana dia si Dermawan yang penuh kasih.”
~~Warkah Puisi Dari Aminah Buat ‘Abdullah

Akhirnya ‘Abdullah meninggalkan lima ekor unta , sekump**an kambing dan seorang hamba perempuan dari Habsyah bernama Barakah yang diberi gelaran Ummu Aiman.
Dia merupakan perempuan yang menjadi pengasuh Rasulullah SAW.

P/S : Berminat nak baca Sirah Lengkap Kisah Rasulullah dari sebelum baginda lahir sehingga baginda wafat boleh klik link dekat ruangan komen.

"SENANG NAK FAHAM"Alhamdulillah ok kakMmg detailSy s**a gambar2 diaSenang nk faham
05/12/2024

"SENANG NAK FAHAM"
Alhamdulillah ok kak
Mmg detail
Sy s**a gambar2 dia
Senang nk faham




Address

No 66, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jelajah Sirah Nabawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share