11/08/2022
Adakah memungkiri janji akan menjadikan kita seorang yang munafik?
آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda orang munafik itu ada tiga, (1) jika berbicara berdusta; (2) jika berjanji maka tidak menepati; dan (3) jika diberi amanah, dia berkhianat.” (HR. Bukhari no. 33 dan Muslim no. 59)
Antara ciri-ciri orang munafik ialah memungkiri janji dan tidak menepati apa yang diucap. Sebilangan orang sangat mudah membuat janji, namun tidak mahu berusaha untuk menepati janjinya.
Ciri-ciri seorang mukmin adalah sentiasa berusaha menepati janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda orang yang mempunyai ciri kemunafikan.
Oleh itu, kita seharusnya melaksanakan janji yang telah kita telah ucapkan. Jika kita selalu memungkiri janji, kita akan s**ar mendapat kepercayaan daripada orang lain dan Allah SWT memuliakan orang yang dalam dirinya memiliki sifat menepati janji dengan memberinya ganjaran pahala.