16/07/2023
*Apakah Khasiat Kunyit Hitam pada Manusia*
Dalam masakan masyarakat di Malaysia, kunyit adalah sejenis rempah yang tidak asing lagi digunakan bagi memberi rasa, pewarna dan juga menjadi agen pengawet. Berbeza p**a dengan kunyit hitam, yang mana penggunaannya mungkin jarang-jarang didengari, kerana harga yang lebih tinggi dan dipasarkan sebagai produk pembangunan dan penyelidikan (R&D).
Dengan nama saintifik Curcuma caesia, ia berasal daripada spesies kunyit dan mempunyai daun berjalur ungu kehitaman di bahagian tengah. Segelintir masyarakat juga memanggil halia hitam sebagai ‘temu hitam’.
_Kebaikkan Kunyit Hitam_
📌1. Kesan Antioksida
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain, antara khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai kesan antioksida yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.
Radikal bebas yang berlebihan akan mencetuskan keadaan tekanan oksidatif. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, kerosakan DNA dan molekul penting dalam badan berisiko untuk terjadi. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor:
-Asap rokok
-Pencemaran udara
-Paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis.
📌2. Kesan Anti-Radang
Selain mampu menghalang proses oksidasi sel, kunyit hitam juga mempunyai kesan anti-radang yang ketara. Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.
📌3. Mencegah Masalah Asma
Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran (relaksan) otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.