22/01/2022
Menjadi wanita itu harusnya kita punya matlamat —-
Matlamat hidup yang bukan sahaja di dunia tetapi hidupnya diisi dengan amalan amalan rohaninya.
Wanita bermatlamat itu yang mungkin kelihatan lembut peribadinya, tetapi kuat dalam visi hidupnya.
Wanita yang sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu, bukan mencari cinta dengan terburu- buru.
Wanita yang penuh kasihnya, yang kelak akan menjadi madrasah buat anak- anaknya.
Menjadi wanita yang mahal, bukan sesuka hati boleh dipermain- mainkan.
Menjadi wanita yang bijak dalam menghargai dirinya, diangkat mahkota malu dalam kehormatannya.
Menjadi wanita itu susah ya? —- Tidak.
Selagi mana diletakkan Allah SWT sebagai matlamat hidupnya, wanita itu akan bahagia.
Semoga kita menjadi wanita yang menjadi sebaik- baik perhiasan dunia.