08/06/2026
Betul, orang Melayu itu serumpun. Orang Bugis mempunyai bahasa dan tulisan mereka sendiri, begitu juga orang Jawa, Banjar dan Boyan.
Namun apabila nenek moyang kita merantau dari Nusantara dan berdagang melalui pelabuhan-pelabuhan seperti Melaka, Aceh dan Bengkalis, mereka memerlukan satu bahasa perantaraan untuk berkomunikasi. Bahasa itulah ialah bahasa Melayu.
Atas sebab itulah, penting untuk kita terus mengkaji sejarah keluarga dan menelusuri salasilah keturunan masing-masing. Dengan memahami asal-usul keluarga, kita bukan sahaja mengenali identiti diri dengan lebih mendalam, malah dapat menghargai perjalanan dan pengorbanan generasi terdahulu.
Sebab itu juga acara seperti Malay Ancestry Search Day (Hari M.A.S.) yang dianjurkan oleh Genealogy Society of Singapore setiap dua tahun amat berharga. Ia membuka ruang untuk masyarakat belajar, berkongsi dan memulakan usaha mendokumentasikan sejarah keluarga masing-masing.
Ringkasan acara tersebut dalam video II ini menceritakan tentang apa yang dikongsi di acara itu. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mula meneliti dan merakam sejarah keluarga mereka sendiri sebelum kisah-kisah itu hilang ditelan zaman.