Nacqris Backyard Garden - Samarahan

Nacqris Backyard Garden - Samarahan Established in Tuaran, Sabah in 2019 and moved to Kota Samarahan, Sarawak in January 2026.

21/07/2026
21/07/2026
21/07/2026

Hampir saja anak pokok petola arwah..

Semalam saya pindahkan anak pokok petola segi ke batas. Selepas tu terus buat para sokongan.

Sebelum magrib saya berhenti dan plan akan sambung petang nanti selepas balik kerja.

Tapi saya lupa p**a nak pasang netting hitam untuk kurangkan cahaya matahari. Kebetulan panas betul hari ni.

Balik ke rumah rehat tengah hari tadi terus ke kebun dapur. Daun dah layu.. nasib baik awal pagi tadi ada hujan sekejap.

Tak tahulah nasib.. kalau saya terlambat.

Terus capai netting hitam dan pasang ala kadar dulu. Balik kerja nanti baru settlekan dengan baik.

Ini kali pertama tanam petola. Awal-awal lagi daun kotiledonnya dah kena serang pelombong daun.

Banyak kena belajar lagi ni.

21/07/2026
21/07/2026

Anak pokok timun dan labu akan dipindah tanam ke batas tanah minggu ini.

Percambahan biji benih 95% menggunakan media semai peatmos.

Namun, masalahnya..

Batas belum ready lagi 😅

21/07/2026
21/07/2026

Kisah membaja di Kebun Dapur.

Pokok petola dah pindah ke batas. Esok lusa mungkin timun dan labu lagi.

Baja pertama saya bagi bancuhan baja subur (dilarutkan tidak pekat) untuk pokok petola sebentar tadi. Seminggu akan datang baru saya berikan baja butiran.

Walaupun tanam guna cocopeat, ada masa saya guna baja NPK butiran juga terutama bila musim hujan. Saya letak sedikit di bawah mata pen dripper.

Saya tak guna baja AB semasa hujan kerana akan membazir.

Saya ada juga beberapa baja yang lain sebagai tambahan dan dicuba untuk review produk. Memang banyak baja yang bagus-bagus.

Namun secara asasnya saya guna baja seperti yang dalam gambar.


23/06/2026

Rekod Petik Cili

1. 07/6/2026 - 250g
2. 10/6/2026 - 402g
3. 13/6/2026 -313g
4. 17/6/2026 - 385g
5. 20/6/2026 - 414g

Varieti Cili : Cili Padi (Sakata 508)
Bil. Pokok. : 10 pokok

23/06/2026

Pokok bunga kantan rajin berbunga.

Pokok kantan ni saya ketogorikan sebagai tanaman mudah tanam. Tak perlu diperhatikan selalu.

Saya nak kongsi berdasarkan pengalaman ‘setahun jagung’ saya, pokok rajin berbunga selepas saya buat 3 langkah ini;

1. Bersihkan kawasan pokok kantan dari semak samun. Matahari kena dapat cahaya penuh. Buang bunga kantan yang sudah busuk.

2. Buang pokok yang sudah kuning, tua & ada penyakit. Kumpulkan di kawasan tanaman kantan sebagai sungkupan tanah. Rumput pun lambat tumbuh. Sulur baru mudah nak keluar.

3. Pembajaan secara berkala. Saya guna baja subur sahaja. Kalau ada baja formula untuk bunga lagi bagus.

Bonus,

Semakin menjadi-jadi bunga kantan ni selepas hujan.

Harga bunga kantan ni boleh tahan juga di pasar.

Address

Taman Samarindah
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60128848926

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nacqris Backyard Garden - Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nacqris Backyard Garden - Samarahan:

Shortcuts

Share

Category