07/30/2026
30 Julai 2026 | Kota Samarahan
Peladang Pemegangan (Sarawak) Sdn. Bhd. telah menerima kunjungan hormat daripada wakil AEON Malaysia bersama Puan Awaeang, pengasas Nang Ori Academy, di Peladang eShop, Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Kota Samarahan.
Kunjungan ini diadakan bagi mengadakan sesi perbincangan, lawatan ke fasiliti serta meneroka potensi kerjasama strategik susulan penganjuran Program Business Matching untuk Usahawan Sarawak bersama AEON Malaysia, yang telah berlangsung selama dua hari di Hotel Merdeka Palace, Kuching dan dianjurkan oleh Nang Ori Academy.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk membincangkan peluang memperkukuh akses pasaran bagi produk tempatan serta memperluaskan jaringan kerjasama yang mampu memberi nilai tambah kepada usahawan Sarawak.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara semua pihak, sekali gus membuka lebih banyak peluang pembangunan perniagaan dan pemasaran demi manfaat usahawan serta industri agromakanan Sarawak.