11/12/2024
صحيح صفة صلاة النبي صلى الله عليه وسلم
*Kitab Shahih Sifat Shalat Nabi karya Habib Hasan bin Ali Assegaf cucu dari penulis kitab Bughyatul Mustarsyidin | tebal 305 hlm, hard cover, ukuran B5 17 x 24 cm, kertas hvs putih, berat 900 gram | harga: cukup bayar Rp.120.000,- jadi Rp.95.000,-informasi wa.me/089522210378
ke kami ✅*
Kalo mau lebih murah bisa kita cetakin soft cover ya 👍
Ulasannya:
Kitab Shahih Shifah al-Shalah al-Nabiy saw ini merupakan antara kitab fiqh kontemporari berdasarkan mazhab Syafi’i yang menjadi rujukan dan bacaan masyarakat Islam. Ia merupakan sebuah karya al-‘Allamah Syaikh Dr. Hasan bin Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Hasyimi, seorang ulama terkenal dari negara Jordan.
Kitab ini selaku judulnya, adalah membicarakan mengenai sifat solat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis yang dinilai sahih oleh para ulama hadis yang muktabar. Kaedah penyusunan buku ini berdasarkan gabungan dua metod, iaitu aliran ahli hadis dan aliran mazhab al-Syafi’i. Oleh itu, kandungan kitab ini menghuraikan mengenai ibadat solat berdasarkan aliran mazhab Syafi’i, yang disokong dengan hadis-hadis yang sahih.
Di dalam buku ini, penulis telah sedaya upayanya menjelaskan secara terperinci setiap bahagian dari tata-cara solat, mulai dari takbir hingga salam, dengan gaya (uslub) bahasa yang paling mudah dan ringkas. Di samping itu, dikemukakan dalil-dalil bagi setiap pemasalahan, yang disertakan bersama kupasan hadis-hadis sahih sebagai hujah pendalilannya.
Penulis juga menarik perhatian pembaca terhadap beberapa hadis dhai’if dan hadis yang mempunyai kecacatan (al-‘ilal) yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama. Dalam buku ini juga diterangkan kedudukan hadis-hadis yang sahih berserta kesesuaiannya dengan bab-bab fiqh, dan cara pengambilan hukum darinya.
Kelebihan buku ini bukan hanya kerana membahaskan pemasalahan solat semata-mata sebagai induk ibadat dalam Islam, tetapi kandungan buku ini sebenarnya sebagai medan bantahan terhadap beberapa pendapatan yang menyelisihinya dengan kaedah ilmiah, Dengan begitu berani, disanggahnya pendapat yang menyunatkan menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud, dengan hujah bahawa dalilnya lemah. Dikemukakannya p**a beragam dalil bahawa zikir berjema’ah dengan suara keras adalah dibolehkan, tidak “bid’ah”, dan masalah lain yang diterangkan oleh penulis dengan membawakan dalil penghujahannya.
Walaupun tidak disebutkan secara nyata, sebenarnya buku ini telah disusun oleh penulisnya sebagai bantahan terhadap sebuah buku yang berjudul; ( صفة صلاة النبي كأنك تراها من التكبير إلى التسليم ) . Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, seorang ulama terkenal yang menjadi rujukan kebanyakan awam dan ulama "jamaah salafi" dalam bidang ilmu hadis dan fiqih kontemporari.