Al Qurra

Al Qurra " Never give up today.Today is hard,tomorrow will be worse,but the day after tomorrow will be sunshine."

11/09/2023

Muhasabahlah diri sebelum tidur bagi menghisab salah dan silap sepanjang hari.
Seperti Saidina Umar bin Al-Khattab r.a menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkaitan dosa-dosanya pada siang hari

-Imam Syafi'i-

ZAID BIN THABITMENGUASAI BAHASARasulullah sedar akan keupayaan dan kebolehan para sahabat yang lebih kecil. Malah bagind...
06/09/2023

ZAID BIN THABIT

MENGUASAI BAHASA

Rasulullah sedar akan keupayaan dan kebolehan para sahabat yang lebih kecil. Malah baginda menghargai setiap sumbangan yang telah diberikan oleh mereka untuk agama Islam.

Diceritakan apabila Rasulullah memerlukan seorang penterjemah, Baginda telah mendatangi Zaid bin Thabit yang ketika itu masih berumur 11 tahun.

Sabda Rasulullah SAW ‘Wahai Zaid pelajarilah bahasa Yahudi. Sesungguhnya, demi Allah aku tidak berasa aman dengan tipu daya mereka’.

Zaid berkata, lalu aku mempelajari bahasa Yahudi. Tidak berlalu setengah bulan aku sudah menguasai bahasa ini.

Hal ini menunjukkan Zaid telah menguasai bahasa Yahudi dalam setengah bulan sahaja. Beliau menjadi penterjemah dan penulis surat Rasulullah kepada kaum Yahudi.

(al-Hafiz adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala)

05/09/2023

Sebahagian Ulama mengatakan: 'Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan Roh pada sedikitnya dosa dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat keatas baginda Muhammad SAW.

YAHYA BIN YAHYABUKAN DATANG SEBAB GAJAHTelah diceritakan Syeikh Zakaria al-Ansari, Yahya bin Yahya adalah merupakan seor...
04/09/2023

YAHYA BIN YAHYA

BUKAN DATANG SEBAB GAJAH

Telah diceritakan Syeikh Zakaria al-Ansari, Yahya bin Yahya adalah merupakan seorang ulama dari negeri Andalus. Perjalanan yang ditempuh beliau cukup jauh untuk sampai ke Madinah untuk menuntut ilmu daripada Imam Malik bin Anas. Setiap hari, beliau sangat tekun dan gigih apabila duduk di Majlis Imam Malik bagi mempelajari ilmu hadis, fiqah dan akhlak daripada beliau.

Pada suatu hari, ketika Imam Malik dan murid-muridnya sedang duduk dalam majlis ilmu, tiba-tiba seekor gajah melintas di hadapan majlis mereka. Semua murid Imam Malik bergegas keluar untuk melihat gajah tersebut. Ini kerana, haiwan ini susah dijumpai di negeri Arab.

Ketika hal tersebut terjadi Yahya bin Yahya tidak berganjak atau meninggalkan tempat duduknya. Malah terus mendengar pengajian daripada gurunya.

Imam Malik berkata, ‘Mengapa engkau tidak keluar untuk melihat gajah? Bukankah haiwan ini tiada di negerimu?’

Yahya berkata, ‘Aku keluar dari Andalus untuk bertemu anda, juga mempelajari ilmu serta adab. Aku tidak datang untuk melihat gajah’.

Imam Malik sangat kagum dengan jawapan yang diberikan. Lalu beliau memberinya gelaran ‘Tokoh cerdas dari Andalus’.

📚SYARAH SAFINATUN NAJA📚Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadra...
16/11/2017

📚SYARAH SAFINATUN NAJA📚
Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab.
Cara Tempahan :

1. Whatsapp +60123136177

Atau

2. Comment "SAYA NAK SAFINATUN NAJA" di ruangan comment nanti saya DM 😊






BISMILLAH YANG HILANG 🍃🍃BISMILLAH YANG HILANG. Cuba tengok solat kita. Bila kita baca al-Fatihah, kita akan sebut bismil...
18/07/2017

BISMILLAH YANG HILANG 🍃🍃
BISMILLAH YANG HILANG. Cuba tengok solat kita. Bila kita baca al-Fatihah, kita akan sebut bismillah. Tidak sah solat kita kalau tertinggal bismillah. Tapi lepas kita bagi salam, bismillah mula hilang dari kehidupan kita. Kenapa dalam solat tadi, bismillah selalu dibaca? Tapi lepas habis solat, bismillah pun lesap. Ke mana hilangnya bismillah yang kita baca dalam solat tadi?
Cara Tempahan :

1. Whatsapp +60123136177

Atau

2. Comment "SAYA NAK (tajuk buku)" di ruangan comment nanti saya PM 😊





IZINKAN AKU MENCARI TUHAN 😇😇“Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan aku sekiranya aku sema...
18/07/2017

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN 😇😇
“Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan aku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu, sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu.”
Pernah Malik ungkapkan kata-kata sebegini suatu ketika dahulu, sebelum dia mula terjebak dengan jahiliah, sedikit demi sedikit.
Malik sudah jarang menunaikan solat fardhu, walaupun dia sedar ia suatu kewajipan. Dia mula mengabaikan Al-Quran, apatah lagi membacanya. Amalan-amalan sunat yang lain juga dilupakan begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud.
Disebabkan dia sendiri tidak menjaga hubungannya dengan Allah, kemudian menyalahkan takdir p**a atas apa yang berlaku kepada keluarganya, akhirnya tanpa dia sedar, syaitan dan hawa nafsu menjadi guru dan pendampingnya. Bisikan-bisikan jahat terasa begitu dekat sekali mendorongnya untuk melakukan dosa.
Hasilnya?
Dia sendiri sudah mula berkawan dengan Syamsul, dia sudah mula merokok dan ketagih video lucah, dia sudah mula couple dengan Ika, dan banyak lagi kekhilafan yang lain. .
Sedangkan Faizal yang begitu bersungguh-sungguh ingin membantunya, ditinggalkan begitu sahaja.
Sedarkah Malik bahawa tidak mustahil dirinya akan melakukan lebih banyak lagi jahiliah selepas ini?
Dia tidak boleh menyalahkan yang Maha Esa, sedangkan dia sendiri yang memilih untuk mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. .
Namun, tidak dinafikan.
Allah Maha Penyayang kepada hambaNya. Sedikit demi sedikit petunjuk hadir dalam hidup Malik.
Bermula dengan buku Masih Ada Syurga Buat Kita yang muncul entah dari mana, perkenalan dengan Asyraf, perbualan mengenai Islam dengan Kalai yang juga seorang non-Muslim, dan perubahan positif sikap ayah yang dulunya panas baran, secara perlahan-lahan mula mengetuk pintu hati Malik tanpa dia sedar.
Persoalannya, mampukah Malik berubah untuk mencari sinar hidayahNya kembali, setelah segala jahiliah seolah-olah sudah sebati dalam dirinya? Mampukah Malik mencari hakikat penciptaannya di atas muka bumi ini?
Segalanya akan terjawab dalam novel IZINKAN AKU MENCARI TUHAN!
Cara Tempahan :

1. Whatsapp +60123136177

Atau

2. Comment "SAYA NAK (tajuk buku)" di ruangan comment nanti saya PM







04/03/2017

🔮 *Tazkirah* 🔮

💕🌿🌸 Jangan pernah merasa penat untuk mengajak manusia kearah kebaikan

Kerana 🍃🍂

Syaitan tidak pernah penat untuk mengajak kita kearah
kejahatan 🌸🌿💕

Manakala 🍂🍃

Malaikat p**a tidak pernah cuti dan jemu untuk mencatat segala kebaikan dan kejahatan kita 🌸🌿💕

✨۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞✨

18/02/2017

🌹"Dimana sahaja kamu berada, berharaplah kepada Allah"🌹

✨Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al-Jahaf Hafizhahullah✨

16/02/2017

☘Manusia memandang kedudukan seseorg itu dari harta.

☘Sedangkan Allah memandang kedudukan seseorg itu dari amal.

☘Miskin tidak semistinya hina, kaya tidak semistinya mulia...



💕

15/02/2017

selamat malam...

Address

Kota Bharu City Point, Jalan Hilir Pasar
Muara Kelantan
15000

Telephone

0123136177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Qurra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category