Borong Murah

Borong Murah *Utk pembelian / pertanyaan sila INBOX. Tq

page ini bertujuan untuk berkongsi pelbagai tutorial teknik dan fesyen yang menarik dalam menggayakan tudung dan shawl. Penafian:
Kebanyakan tutorial yang dikongsi melalui page ini bukanlah dihasilkan oleh pihak kami dan pemilik asal tutorial mempunyai kredit penuh terhadap penghasilan tutorial tersebut.

12/01/2018

Storan tanpa almari seperti ini lebih mudah dicapai dan menjimatkan ruang.

13/10/2017

Doa sepanjang kehamilan. Semoga bermanfaat :)

Tag kenalan yang sedang hamil

12/10/2017
09/10/2017

Ibu mana yang tak susah hati kalau anak demam. Asyik merengek, nak berdukung dan makan pun tak mahu. Malah kita nak buat kerja pun dah jadi tak keruan.

09/10/2017
07/10/2017

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
Cara: Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.
Teknik pernafasan: Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, InsyaAllah.
**********************************************
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".
share kan info ini..semoga bermanafaat ea :)

04/10/2017

Anak yang sihat bermakna dia ada sistem ketahanan badan yang bagus barulah otaknya boleh berfungsi dengan baik untuk belajar banyak benda. Semua ibu mahu anak sihat dan bijak.

24/09/2017

Bawang merah dan bawang putih, berada dalam famili Allium. Ia mengandungi sebatian sulfur semulajadi seperti allicin, alliin dan ajoene. Ia sebahagian dari phytonutrien yg sbg bermanfaat kepada kita.

Sebatian sulfur ini yg menyebabkan bawang-bawang ini mempunyai bau yg sangat unik dan menyebabkan mata kita berair ketika memotong bawang.

Pada masa ini sebatian phytonutrien digunakan sbg ramuan untuk merendah tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Banyak kajian yg membuktikan hal ini.

23/09/2017

Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Tropicana, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero va**nal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama va**na atau f***j turun dari kedudukan yang sepatutnya. Masalah rahim...

23/09/2017

Saya setuju dgn rakan saya Dr Norman Norawi.

Fahamilah sebenarnya makanan berkolesterol tinggi (telur, daging, kambing etc) bukan penyebab kolesterol kita tinggi. Punca sebenar masalah kolesterol tinggi adalah kerana pengambilan karbohidrat proses (refine carbs) yang berlebihan seperti GULA pasir, tepung gandum, nasi putih, biskut, kek, pastri, kuih muih etc.
Pengambilan karbohidrat seperti ini juga meningkatkan keradangan (chronic inflammation) dalam tubuh kita.

Kombinasi kolesterol tinggi dan keradangan tinggi ini menjadi punca kepada masalah pengerasan dan penyumbatan saluran darah iaitu atherosklerosis. Mengawal keradangan adalah kaedah yang lebih tepat untuk menurunkan risiko penyakit jantung dan bukannya semata-mata mengawal paras kolesterol.

Hakikatnya dengan hanya fokus kepada mengawal kolesterol sahaja telah dibuktikan tidak berjaya menurunkan kadar penyakit kardiovaskular yang semakin meningkat dari hari ke sehari dan menjadi semakin teruk kadarnya .
Kita perlu memahami konsep yang lebih luas dalam mengubah gaya hidup yang lebih sihat secara yang lebih holistik dan tidak semata-mata menyalahkan kolesterol dalam makanan sebagai punca penyakit kardiovaskular.

Pada tahun 2015, USDA Dietary Guidelines Advisory Committee telah menarik balik saranan mengawal pengambilan kolesterol dalam pemakanan kerana berdasarkan bukti saintifik terkini tiada bukti yang menunjukkan bahawa makanan berkolesterol meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan juga tiada bukti saintifik bahawa makanan berkolesterol meningkatkan risiko penyakit jantung dan kardiovakular.

Mengawal keradangan adalah dengan makan makanan bersifat anti keradangan adalah konsep pemakanan sihat yang sebenarnya . Contoh makanan yang bersifat anti keradangan adalah seperti
-sayur-sayuran
-buah-buahan
-minyak sihat (minyak zaitun, minyak kelapa (santan) minyak ikan etc),
-karbohidrat berserat tinggi (beras perang, oat, keledek, ubi kayu, quinoa etc)
-protin sihat (ikan, makanan laut, telur, daging kambing, kekacang etc)

Keradangan (chronic inflammation) juga berpunca daripada banyak sebab-sebab selain daripada makanan seperti..
-stress melampau
-merokok
-minum arak
-kurang aktiviti fizikal (sedentary lifestyle)
-pendedahan kepada pencemaran (toksin, logam berat etc)

Oleh kerana itu mengawal stres, bersenam, berhenti merokok dan detoksifikasi boleh membantu mengawal keradangan dalam tubuh dan secara lansung mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Ubahlah persepsi kita tentang makanan berkolesterol kerana ia bukanlah punca sebenar masalah penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular yang lainnya. Insyaallah

Address

Kota Bharu
Muara Kelantan
15100

Telephone

0194561429

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borong Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share