08/09/2026
🌍 KOOP SAHABAT MELANGKAH KE PENTAS GLOBAL: DITERIMA SEBAGAI AHLI PENUH INTERNATIONAL COOPERATIVE ALLIANCE (ICA)
Alhamdulillah.
Dengan penuh rasa syukur, kami berbangga mengumumkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan dan pembangunan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad.
Koop Sahabat telah secara rasmi diterima sebagai Ahli Penuh International Cooperative Alliance (ICA) berkuat kuasa pada 1 September 2026.
Pengiktirafan berprestij ini merupakan satu pencapaian signifikan yang mencerminkan komitmen Koop Sahabat dalam memperkukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa. Keahlian ini membuka peluang kepada Koop Sahabat untuk mengakses rangkaian koperasi global yang luas, memperkukuh kerjasama strategik, berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik, serta meneroka inovasi dan peluang pertumbuhan yang mampan.
Sebagai salah sebuah koperasi Premier di Malaysia, kami berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan Koop Sahabat di samping mempelajari amalan terbaik daripada gerakan koperasi di seluruh dunia. Platform global ini juga akan memperkukuhkan usaha kami dalam memacu keterangkuman kewangan, pemerkasaan komuniti dan kewangan Islam yang bertanggungjawab.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Anggota Lembaga Koperasi, Pasukan Pengurusan, ANGKASA, IKMa, rakan-rakan strategik serta semua pihak berkepentingan yang telah memberikan sokongan dan komitmen berterusan sepanjang perjalanan ini.
Penghargaan yang paling istimewa buat lebih 470,000 anggota Koop Sahabat atas kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Anda adalah tunjang kejayaan dan inspirasi di sebalik setiap langkah yang kami ambil.
Hari ini, kami melangkah setapak lagi dari Malaysia ke pentas dunia, membawa semangat kerjasama, keterangkuman dan kemakmuran bersama.
Dari Malaysia untuk gerakan koperasi global. 🇲🇾🌏
🌍 KOOP SAHABAT GOES GLOBAL: OFFICIALLY ADMITTED AS A FULL MEMBER OF THE INTERNATIONAL COOPERATIVE ALLIANCE (ICA)
Alhamdulillah.
We are proud to announce a significant milestone in Koop Sahabat's growth journey and contribution to the cooperative movement.
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad has been officially admitted as a Full Member of the International Cooperative Alliance (ICA) effective 1 September 2026.
This prestigious recognition marks an important achievement for Koop Sahabat as we strengthen our presence on the global cooperative stage. Through ICA membership, Koop Sahabat gains access to an extensive international network of cooperatives, opening new opportunities for strategic collaboration, knowledge exchange, innovation and sustainable growth.
As one of Malaysia's Premier cooperatives, we look forward to sharing our experiences and best practices while learning from cooperative leaders across the world. This global platform will further enhance our efforts in advancing financial inclusion, community empowerment and responsible Islamic finance.
We extend our sincere appreciation to our Board of Directors, Management Team, ANGKASA, IKMa, strategic partners and stakeholders whose unwavering support has made this achievement possible.
Most importantly, we thank our more than 470,000 members for your continued trust and confidence in Koop Sahabat. Your support remains the foundation of our success and the driving force behind our aspirations.
Today, we proudly take another step forward from Malaysia to the world, carrying the spirit of cooperation, inclusivity and shared prosperity.
From Malaysia, for the global cooperative movement. 🇲🇾🌏