12/12/2018
Part 1 : Pengalaman disahkan Kanser Diusia 35 tahun
-------------------------------------------------------------------------
Mengeletar lutut menahan sejuk aircond bilik klinik pakar O&G Shah Alam, berdegup laju jantung menahan debar menunggu kedatangn Doctor Pakar untuk procedure Calposcopy kali ke 2 pada Julai lepas, π₯
Mulutku tak berhenti beristigfar, nak nagis pun ada dah terbayang rasa sakit procedure Calposcopy yang 1st pada awal tahun 2018π°.
Walaupun dah telan 2 biji ubat tahan sakit yang diberikan staff nurse 20minit lepas tapi ku tahu tak membantu pun dari menahan kesakitanπ«
Masuk 3 orang doctor pakar dan 2 orang staff nurse sebagai pembantu.
Doctor Pakar : "Assalamualaikum Puan Siti Hanisah, Puan tahukan hari ni procedure calposcopy untuk kali ke 2 bertujuan untuk pantau jangkitan pada pangkal rahim puan" sambil tersenyum manis.
Along : Waalaikumussalam, Ye saya Maklum doctor. Sambil tersenyum pahit π
(tak*ttt)
Kaki diikat pada katil, barang-barang disiapkan di atas troli dan ditarik dekat dengan katil, lampu dan camera pun ditarik dan dipasang disi katil ( Ya Allah, kurasa macam tak*t nak beranak dah π)
Doctor Pakar 1: Ok, Puan lembutkan ye jangan kemutkan rahim( sambil ditanganye ada mulut itik diperbuat besi, tengok itu je Along dah nak meraung π©)
Memang senak rasanya, sambil tu terdengar bunyi besi diketatkan grekk grekk itu tandanya mulut itik telah siap di buka dan diketatkan.. π£
Doctor Pakar 1 : Bantu saya halakan lampu dan hulurkan camera. ( Seorang Doktor bantu halakan lampu dan seorang lagi hulurkan camera.
Doctor Pakar 1 : Ok berikan saya kapas (kapas ni dah dicelup dengan pewarna yang mana pewarna ini akan memberikan effect pada tempat yang dijangkiti, rasa sedikit pedih bila kapas ditekap)
Doctor Pakar 1 : Cantiknya rahim Puan, nampak sihat sangat, saya tak nampak pun kawasan infection, cuba Doctor tengok ( Doctor kedua ambik part untuk memeriksa pulak)
Doctor Pakar 2 : Aa la nampak sangat sihat la, tak nampak pun macam kena infection, ke kita silap patient ni? bagi saya file dia nurse. ( terkocoh-kocoh nurse bagi file Along)
Doctor Pakar 3 : Iye betullah, sebelum ni saya yang periksa Puan Siti Hanisah dan ambik sample pada procedure calpo lepas. (sambil tangan memengang file Along dan baca) .
Mari saya periksa pulak. ( camera dan kerusi bertukar orang lagi sekali)
" aa iyela puan, cantik betul rahim puan dah tak ada infection ( Alhamdulillah, Along rasa beban berat dikepala Along hilang, rasa nak nagis kesyukuran)
" Puan, dah lalui 7 kelahiran normal dan 1 keguguran dan rahim puan nampak sihat begini, tak sama macam appointment lepas"
( Along, tak rasa apa dah depa puji, sebab duk pikiaq lega la depa tak yah ketip lagi isi untuk sample kali ni) π
sekali Doctor Pakar yang 1st bersuara lepas diaorang berbincang bertiga,
Doctor Pakar 1st : Puan, kami nak ambik sikit sample boleh? just untuk double confirm je yang infection betul-betul dah hilang. ( waaaa ku ingat dah terlepas π£, takkan la nak kata tak boleh k*t kan.. boleh kan ajela)
Doctor Pakar ke 3 : Puan tahan nafas, saya ketip sikit je ye, tak sakit pun. ( sekali Along terjerit kuat, "Allah sakit Doctor" sambil Along gigit tudung.)
Doctor Pakar ke 3 : tahan ye Puan, sikit lagi saya nak ketip( sikit dia kata πππ, dah nak nagis ku rasa ni)
" ok dah siap dah, bagi kapas)
lama juga dia masuk kapas untuk hentikan darah, kapas berganti kapas, kaki Along dah kebas dah duk tergantung begini,
Along : lama lagi doctor? dan kebas dah kaki saya ni..
Doctor Pakar ke 2 : Maaf Puan, kali ni kami ketip sample sell rahim puan sihat, so darah memang susah nak stop sebab sell sihat, jika sebelum ni sell tu rosak mudah nak hentikan darah. ( Along membebel dalam hati :awat la hampa p ketip jugak,dah tau sell tu sell sihat π© dekat 15 minit jugak la depa dok proses nak stopkan darah je..)
Ok sat g pulak Along sambung part 2 na..
Nak layan anak-anak buka akaun muamalat gold, nak belajar saving guna gold pulak.