Ruhaidah Zakaria

Ruhaidah Zakaria Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ruhaidah Zakaria, Shopping & retail, Kampung Dusun Durian, Bekelam, Bachok.

14/11/2022

Minum petang
BUAT KEK PANDAN GUNA BLENDER DAN KUKUS SAJA.

Akak share cara akak buat kek paling mudah, cepat, InsyaAllah sedap dan confirm menjadi. Asalkan jgn derhaka resepi 😄

Sebelum ni kak buat versi kek oren sunquick.
Today kak buat versi pandan.

Bahan utk di ayak dan ketepikan dlm satu bekas :
1 cawan tepung gandum
1 camca kecik Baking Powder
Stgh camca kecik Soda Bikarbonat

Bahan untuk di blend halus dan kembang :
4 biji telur (gred c), jika telur greb B guna 3 biji shj. Telur membantu lembutkan tekstur kek.
Stgh cawan gula castor (gula halus).
2 sudu susu pekat manis.
Stgh cawan minyak masak.
Perasa pandan (boleh beli ada jual, akak buat sendiri ja dari daun pandan kat rumah, blend daun pandan dan ambik sikit airnya - utk bagi bau wangi).
Pewarna hijau 1-2 titis.

Kukus 30-40 minit. Makan panas2 berebut dgn anak tak sedaq sat ja habis sebiji 😄✌️.

Kredit: Sally Aqua MAHN

14/11/2022

RESEPI AIR ASAM KETAGIH

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

- 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

cikgu afy

29/08/2022

AYAM KICAP VIRAL

1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng
2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi
3) Kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan jintan manis) - mak ajar klu nak masak kicap sedap dan beraroma kena masukkan jintan manis)
4) Tumis sampai naik bau dan baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
5) Masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan kering sedikit. Perasakan secukupnya.
6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula sebab ayam masak kicap yg sedap kenalah masak sehingga melekit dan likat.

Kredit : nurul hawa

Address

Kampung Dusun Durian, Bekelam
Bachok
16070

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruhaidah Zakaria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share