11/08/2026
𝐏𝐌𝐗 𝐓𝐚𝐤 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐜𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐬 - 𝐃𝐫𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧
Pagi tadi, saya bersama pimpinan dan rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hadir ke Parlimen untuk Sidang Khas isu RCI Tabung Haji. Kami sudah bersedia dengan teks dan hujah-hujah untuk berbahas.
Ini isu besar. Isu wang simpanan jutaan umat Islam dan maruah institusi terkait agama yang sebelum ini menjadi model untuk dunia.
Tetapi semasa pilihanraya Negeri Sembilan, PMX menuduh ada "billion ringgit sakau". Maka kami juga mahu tahu apa sebenarnya berlaku dalam TH.
Tetapi apa yang berlaku di dewan hari ini tersangat memalukan. Mesyuarat dipanggil oleh PMX sendiri atas kuasa yang dimiliki oleh hanya Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3). Malangnya PMX sendiri tidak hadir ke dewan dan difahamkan mengambil MC atas masalah kesihatan.
Sepatutnya, apabila pihak utama yang memanggil persidangan khas ini tidak hadir berdepan dewan, mesyuarat ini perlu ditangguhkan. Tambahan lagi PMX sendiri yang menjadikan isu TH ini sebagai isu politik semasa PRN Negeri Sembilan. Maka dia sendiri wajib ada dalam Dewan Rakyat.
Lebih melucukan, status Laporan RCI ini di-downgrade menjadi sekadar "Penerangan Menteri" sahaja, tanpa ada sebarang usul, undian, mahupun keputusan rasmi yang boleh dibuat selepas perbahasan.
Tugasan di dewan p**a diserahkan kepada Menteri Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan untuk hanya sekadar baca teks penerangan.
Kalau setakat minta Menteri baca kenyataan bertulis tanpa ada keputusan dan tanpa kelibat PMX, baik tak payah panggil Sidang Khas Parlimen yang membazir masa. Keluar press release sahaja sudah cukup!
Nampak sangat ini adalah drama politik Madani dan bukan untuk menjaga kepentingan umat yang menabung di TH.
Laporan RCI dah siap dari Julai 2022 dan masuk Kabinet Disember 2022. Tapi kenapa ia disorok selama 3 tahun 7 bulan hanya untuk diakhiri dengan drama membaca teks di dewan?
Inilah satu lagi drama politik terdesak dan sangat memalukan sejak kerajaan Madani ini mentadbir.
Atas dasar itu, seluruh Ahli Parlimen PN mengambil keputusan untuk keluar dari dewan. Kami tidak mahu menjadi sebahagian daripada drama politik Madani yang langsung tidak memberi nilai mahupun jawapan tuntas kepada rakyat dan pendeposit Tabung Haji.
Prinsip kita jelas: kita mahukan ketelusan dan kebenaran.
𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧,
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐬𝐞𝐤 𝐆𝐞𝐥𝐮𝐠𝐨𝐫
𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔