Puteri Betta Lepak Santai

Puteri Betta Lepak Santai menjual ikan hiasan

09/08/2021

Koi Galaxy
Nemo Candy
Avatar
Red Base

Usia 5 bulan ready breed harga bermula dari rm 10, smpai rm 1xx male / female. Nak pair pun boleh...


Tekan link di WhatsApp di bawah 👇
www.wasap.my/60135025736/bettaviral

Lihatlah sekitarmu, ini adalah hari yang baru. Dan hari-hari baru adalah cara alam memberitahu kita untuk memulai dari a...
27/06/2021

Lihatlah sekitarmu, ini adalah hari yang baru. Dan hari-hari baru adalah cara alam memberitahu kita untuk memulai dari awal yang baru. Jadi bangun dan bersinarlah, hari ini adalah milikmu. Selamat pagi."

Foto: Gunung Baling, Kedah

17/06/2021

Subahanallah Walhamdulillah Wa La ilaha illallah 💖🤍

MASIH INGAT???Lans Koperal Zamri Md Sood cedera dilengan akibat tertusuk bayonet rakannya ketika Istiadat Pertukaran Pan...
16/06/2021

MASIH INGAT???

Lans Koperal Zamri Md Sood cedera dilengan akibat tertusuk bayonet rakannya ketika Istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Ke-6 RAMD di Stadium DarulAman pada 2008.

Beliau engggan diberikan rawatan dan bertahan kira-kira 2 jam sehingga majlis tamat.

Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah merangkap Kolonel Yang Dipertua RAMD terus melawat Zamri di bilik rawatan Stadium Darul Aman selepas istiadat selesai.

Baginda juga mengarahkan Zamri segera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan susulan.

Pada tahun 2009, Lans Koperal Mohd Zamri dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-6 yang berpusat di Kem Bukit Pinang di Kepala Batas menerima anugerah Bintang Keberanian Kedah.

Kredit : Rhys Barzinni

14/06/2021

Kisah ibu gila dan anak baik hati ❤️

Simpan sini buat kenangan.... Tiap2 hari amik pesakit covid-19 positive.... Tapi hari nie dpt yg paling kecik sekali hnt...
11/06/2021

Simpan sini buat kenangan.... Tiap2 hari amik pesakit covid-19 positive.... Tapi hari nie dpt yg paling kecik sekali hntr ke wad..sebak + geram sbb budak tue xsalah aper2... 1bulan 5 hari pcr positive....

Jln cerita pesakit biarlah rahsia... tpi budak tue tak berdosa.... Nie belum part budak tue kena buat swab....nasib aq xnampak... Kecik tue wei...alahai....

Tpi mintak tolong sgt2 supaya jgn dtg ziarah / merayau rumah yg ader bayi...warga emas... Dan lain2 yg boleh dtg mudarat kt diaorg.....

Jgn nk Peluk cium anak org sesuka hati sbb kite xtahu status kite... Xrase bersalah ke kalau jadi aper2 kt diaorg?

Tolong jaga SOP.... COVID-19 tue benar ...
Semoga bby tue cepat sembuh dan sentiasa dilindungi....

Kredit: Encik Anuar Kah

Assalamualaikum /// slmt mlm semua... Moga hari ini kita semua di murahkan Rezeki,,,Di permudahkan segala urusan dan di ...
03/06/2021

Assalamualaikum /// slmt mlm semua... Moga hari ini kita semua di murahkan Rezeki,,,Di permudahkan segala urusan dan di beri Kesihatan yang baik... Aaminnn...

B I L A   A N A K   T A N Y AApabila anak kita bertanya, "Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu m...
19/05/2021

B I L A A N A K T A N Y A

Apabila anak kita bertanya, "Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitulmaqdis?"

Apa jawapan kita?

Ceritakan kepada anak kita;

"Wahai anakku, sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi"

"Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin"

"Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin"

"Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya"

"Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin, kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata, 'Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.' Tempat yang disebut dengan Wadi an-Naml (Lembah Semut) itu terletak di Palestin dekat Asqalan"

"Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan Al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi"

"Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya"

Di Palestin, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita"

"Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut"

Anak kita bertanya, "Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan Palestin?"

Jawab, "Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi ‎ﷺ hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitulmaqdis ke Mekah Al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda ‎ﷺ solat dinamakan Masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)"

"Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Israk, beliau pergi ke Baitulmaqdis sebelum Mikraj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda ‎ﷺ berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan Baginda ‎ﷺ menjadi imam solat para Nabi"

Abu Dzar رضي الله عنه bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ, "Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Haram." Aku bertanya lagi, "Kemudian masjid mana?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Aqsa." Aku bertanya lagi, "Berapa jarak antara keduanya?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "40 tahun." Kemudian Baginda ‎ﷺ bersabda, "Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid."

"Wahai anakku, apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah"

"Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar Al-Faruq رضي الله عنه, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu

Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin Al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mikrajnya Nabi ‎ﷺ ke langit melalui Baitulmaqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian Al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Israk dan Mikraj"

Anak kita bertanya lagi, "Kenapa dinamakan dengan Baitulmaqdis?"

Jawab, "Nama ini telah ada sebelum turunnya Al-Quran, ketika Al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid Al-Aqsa, dan dinamakan Baitulmaqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah Palestin dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5,000 dari kalangan para sahabat رضي الله عنهم yang mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitulmaqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada dan tanah ribat"

Anak kita berkata, "Jadi, pentingnya Masjid Al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?"

Jawab, "Ya, anakku. Allah mengumpulkan keduanya dalam firmanNya, 'Demi buah Tiin dan buah Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta demi negeri (Mekah) yang aman ini'." (At-Tiin 95:1-3)

Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata, "At-Tiin adalah negeri Syam, Az-Zaitun negeri Palestin, Gunung Tursina adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan Al-Balad Al-Amin adalah Mekah Al-Mukarramah"

Allah berfirman, "Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Al-Anbiyaa' 21:105)

Anak kita berkata, "Sekarang saya faham pentingnya Palestin dan Masjid Al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?"

Jawab, "Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak Palestin dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu"

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin




Credit to Aji Yusop

Kedai ikan laga PUTERI BETTA LEPAK SANTAI dlm proses...
10/05/2021

Kedai ikan laga PUTERI BETTA LEPAK SANTAI dlm proses...

06/05/2021
Female Avatar Pasir
30/04/2021

Female Avatar Pasir

Mini farm Puteri Betta Lepak Santai
25/04/2021

Mini farm Puteri Betta Lepak Santai

Address

Lot 21, Kg Bawah Gunung Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+60135025736

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Betta Lepak Santai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share