12/08/2025
🎣✨ Alhamdulillah, Majlis Perasmian Kolam Pancing Ikan Air Masin DS' Legacy berjalan lancar! ✨🎣
Syukur ke hadrat Allah SWT, majlis pelancaran perasmian Kolam Pancing D’Syifa telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 10 ogos 2025 yang lalu...
Majlis ini telah disempurnakan oleh:
👤 Yang Berbahagia Tn Haji Hamdi bin Haron Pengerusi Koperasi Darussyifa
🧑🏼💼 Ustaz Zulkifli Muda Pengasas Kolam Pancing Ikan DS' Legacy
👮♂️ PPGB Mohd Iskandar bin Ismail Ketua Balai Bomba & Penyelamat Jasin selaku tetamu kehormat
💖 Terima kasih diucapkan kepada semua jemputan VIP, ahli koperasi, komuniti setempat, dan para pemancing yang hadir memeriahkan acara ini. Kehadiran & sokongan anda semua amat kami hargai.
🐟 Dengan pembukaan rasmi ini, Kolam Pancing DS’ Legacy bersedia menjadi lokasi santai dan mesra keluarga, serta medan persaingan sihat untuk kaki pancing.
🙏 Sekali lagi, terima kasih kerana bersama-sama menjayakan majlis ini.
Kolam Pancing Ikan Air Masin DS' Legacy — Port Memancing, Port Bersilaturahim.