29/01/2021
Salam sejahtera & Salam Saiyidul Ayyam, Penghulu segala hari, jangan lupa berselawat kepada Baginda Nabi Sallalahu Alaihi Wassalam.
Saya tertarik untuk komen satu tweet di Twitter yang tular ni.
Baik, kita kupas satu persatu.
Pertama: Jangan guna duit perbelanjaan dapur atau groceries expenses untuk beli emas.
Kedua: Beli emas hari ni takkan buat anda kaya pada keesokan harinya.
Ketiga: Emas bersifat simpanan jangka panjang, paling singkat adalah 2 tahun untuk nampak hasil.
Keempat: Emas dikenali sebagai penyimpan nilai yang tahun demi tahun meningkat harga,bila harga turun, itu adalah waktu bonus untuk kita beli emas pada harga murah. Boleh beli borong atau beli lebih gram dari kebiasaan yang kita biasa beli.
Kelima: Nak beli emas bukan tunggu bijak atau tidak, ianya hadir atas kesedaran kita tentang tahap kesihatan kewangan kita dan suasana ekonomi semasa.
Keenam: Beli barang dapur untuk makan setiap hari adalah penting, beli emas juga penting.
Semua perkara penting,based on your financial health. Bila kita tahu tahap kesihatan kewangan kita dimana, mudah untuk kita aturkan setiap perkara yang penting mengikut susunan dan mula bertindak, beli makanan adalah keperluan kita sebagai seorang manusia yang Allah ciptakan dengan memerlukan kita makan dan minum setiap hari.
Manakala beli dan menyimpan emas adalah satu strategi untuk kita susun atur kewangan kita supaya berada pada tahap yang terbaik pada masa akan datang.
Yang paling mustahak, kita tanya diri kita sendiri, waktu kita ada duit lebih dimana kita belanjakan? Adakah kita nampak kepentingan yang kita perlukan untuk meneruskan hidup atau sibuk melayan nafsu berbelanja kita pada perkara yang bukan keperluan?
Beli Emas tak salah, tak beli Emas tak salah. Para penasihat kewangan yang ada di muka bumi hari ni sekadar memberikan kita pendidikan pengurusan kewangan.
Nak ikut atau taknak itu berbalik pada diri sendiri. Dan hasilnya kita akan dapat bila sampai waktunya.
Pada saat kita dapat hasilnya, adakah kita akan puas, kecewa, tetap menyalahkan orang lain dan menuding jari atau pada waktu tersebut kita ambil langkah untuk berubah. Semuanya terpulang atas diri sendiri.
Beli Emas dengan Ilmu.
http://www.wasap.my/60192855774/AkaunEmas