13/03/2019
RABU YANG SERIUS.
Gambar dibawah merupakan naskah-naskah Dr Azhar Ibrahim yang anda boleh dapati di Gerakbudaya UKM.
Siapa Dr Azhar Ibrahim?
Beliau merupakan Timbalan Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Dokyor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang kesusasteraan Melayu klasik dan moden.
Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam wacana literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu-Indonesia.
Menarik bukan?
Dapatkan segera, GB UKM Aras Bawah Pusanika. Dengar kata ada potongan 10% pada buku-buku tersebut. :)