Charity Shoppe IRM

Charity Shoppe IRM Menjual barangan/pakaian Preloved untuk tabung amal Islamic Relief Malaysia. Membeli sambil menderma Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Page ini ditubuhkan untuk membolehkan para penderma, pembeli dan sukarelawan Charity Shoppe IRM mengikuti perkembangan terkini aktiviti Charity Shoppe IRM dan IRM secara interaktif. Charity Shoppe IRM merupakan kedai kebajikan milik Islamic Relief Malaysia (IRM) yang berkonsepkan kedai menjual barangan terpakai dengan harga rendah dari harga semasa dan berpatutan untuk tujuan kebajikan. Kesemua barangan yang dijual di sini adalah sumbangan sepenuhnya dari orang ramai tidak mengira bangsa dan agama. Ini kerana ia sejajar denganhala tuju Islamic Relief (IR) dan IRM yang mahu mewujudkan dunia yang prihatin di mana insan akan membantu insan yang lain tanpa prejudis. Charity Shoppe IRM telah dirasmikan pada 21hb April 2012 oleh Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji, YBhg. Charity Shoppe diumpamakan seperti ‘pintu gerbang’ untuk orang ramai mengenali organisasi IR dan IRM serta aktiviti-aktiviti kemanusiaan, dunia kesukarelawanan dan kebajikan anjuran IRM. Turut berperanan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti seperti sebagai pusat tumpuan untuk menerima sumbangan derma dari orang ramai selain sebagai sebuah tempat untuk orang ramai membeli barangan sambil menderma. Barangan yang diderma juga akan digunakan sebagai stok barangan bantuan kecemasan yang diberi kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Antara barangan yang boleh didapati dan disumbangkan ke Charity Shoppe adalah pakaian, pelbagai jenis beg, peralatan dapur, peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, buku dan majalah, malahan aksesori wanita dan lelaki. Lain-lain tarikan Charity Shoppe adalah kafe makanan ringan sebagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin beli-belah secara santai dan sudut membaca yang disediakan untuk anak-anak kecil yang ingin menikmati bahan bacaan ringan di sini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Charity Shoppe di talian: 03-8912 6334

Alamat:
Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. Waktu beroperasi:
Isnin - Jumaat: 9.00am - 5:00pm
Sabtu- Ahad & Cuti Umum: TUTUP

🌿 Sertai Program Mangrove Restoration! 🌿Sukarelawan diperlukan!! Jom jadi sebahagian daripada usaha memulihara alam semu...
16/07/2025

🌿 Sertai Program Mangrove Restoration! 🌿
Sukarelawan diperlukan!! Jom jadi sebahagian daripada usaha memulihara alam semula jadi!

📍 Lokasi: Pantai Kelanang, Banting, Selangor
📅 Tarikh: 26 Julai 2025 (Sabtu)
🕤 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
🚗 Pengangkutan: Sendiri
💰 Bayaran: RM30/seorang (termasuk makanan, minuman, sijil, dan alatan menanam)

🌱 Mari bersama menanam pokok bakau dan memelihara ekosistem pantai kita.
📢 Terbuka kepada semua! Bawa kawan-kawan dan keluarga!

📲 Daftar sekarang, klik pautan di bawah:
https://forms.gle/yFv18ekLKtp6TfZp9

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi/whatsapp Br Qayyum - 0167687021

26/06/2025

Haa, dah gaji kan? Jangan sampai abang ni kejar anda depan kedai tau! 😂

Islamic Relief Malaysia bersama HWC COFFEE dan Kinohimitsu memperkenalkan 𝐂𝐮𝐩 𝐨𝐟 𝐇𝐨𝐩𝐞, satu kolaborasi istimewa yang bukan hanya jualan kombo minuman kopi dan sarang burung.

Dengan 𝐑𝐌𝟖𝟖, anda bukan sahaja dapat menikmati keenakan rasa kombo minuman ini malah dapat berkongsi rezeki dan sebarkan kebaikan.

𝟓𝟎% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 akan disalurkan kepada keluarga memerlukan.

☕ 10 sachet kopi HWC x IRM
🧋 1 kotak minuman sarang burung Kinohimitsu (4 botol)
🏷️ Baucar tunai RM20 *Tertakluk terma dan syarat*

Beli sekarang dan jadilah sebahagian daripada inisiatif kebajikan ini: https://islamicreliefmalaysia.org/order/form/cupofhope

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

25/06/2025

21 Tahun Menabur Bakti, Mencipta Harapan 🤍

“Kita mungkin tak mampu tolong semua orang, tapi kita pasti mampu memberi sinar harapan dalam hidup seseorang."

Hari ini genap 21 tahun perjalanan Islamic Relief Malaysia. Bukan sekadar angka, ini adalah lambang amanah, kasih sayang dan perjuangan yang tak pernah henti.

Dari medan bencana ke pelusuk kampung, dari titisan air mata ke senyuman bahagia.. Setiap langkah kita adalah bukti kekuatan solidariti dan keprihatinan rakyat Malaysia.

💛 Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Anda adalah sebahagian daripada kisah ini.

Teruskan melangkah bersama kami, kerana misi kemanusiaan ini belum selesai.

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

💔 Berakhirnya Derita Hidup Dalam KhemahBayangkan bertahun-tahun hidup dalam khemah usang, tanpa dinding yang kukuh, tanp...
25/06/2025

💔 Berakhirnya Derita Hidup Dalam Khemah

Bayangkan bertahun-tahun hidup dalam khemah usang, tanpa dinding yang kukuh, tanpa privasi dan tanpa perlindungan dari panas dan sejuk.

Kini, melalui projek Pembinaan Rumah buat Keluarga Pelarian di Idlib, Islamic Relief telah membina 568 unit rumah yang selamat di Idlib & Aleppo, Syria.

🏠 Setiap rumah lengkap dengan 2 bilik, bilik air dan ruang tamu.
🚿 Disambung dengan air bersih dan jalan dalaman.
🌿 Siap dengan kawasan hijau dan taman permainan.

📌 Seramai 2,654 penduduk akan dipindahkan dari khemah ke rumah yang lebih

Ini semua hasil sumbangan anda semua! Untuk meneruskan projek-projek yang dapat memanfaatkan golongan yang memerlukan, jom beri sokongan anda dengan menyumbang menerusi mySedekah: http://bit.ly/mysedekah-irmalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻Kemarau dan kesan perubahan iklim mengakibatkan ribuan komuniti di Somalia terus bergelut ...
25/06/2025

𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻

Kemarau dan kesan perubahan iklim mengakibatkan ribuan komuniti di Somalia terus bergelut untuk mendapatkan air bersih.

Alhamdulillah, dengan sokongan anda, Islamic Relief Malaysia telah melaksanakan Projek Safe Water Access for Affected People (ISWAAP) bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di Garowe dan Baladweyne.

Antara impak projek ini:
✅ 4,200 penduduk di kampung Caano-Yaskax kini menerima bekalan air dari telaga yang dibaik pulih & dijana tenaga solar
✅ Paip dipanjangkan terus ke penempatan komuniti
✅ 3 kios air dibina & 4 lampu jalan solar dipasang demi keselamatan waktu malam
✅ Jawatankuasa Pengurusan Air ditubuhkan untuk memastikan sumber air dijaga rapi

💧Di Baladweyne p**a, kerja-kerja baik pulih telaga dan pembinaan sistem air bersih sedang giat dijalankan.

✨ Bayangkan, dengan hanya satu sumbangan anda, kehidupan sebuah keluarga berubah dari menggunakan air tercemar kepada menjalani hidup yang lebih sihat.

🤲Teruskan menyumbang dan beri harapan: https://bit.ly/DWAS_IRMalaysia

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Islamic Relief Malaysia bersama HWC COFFEE dan Kinohimitsu memperkenalkan 𝐂𝐮𝐩 𝐨𝐟 𝐇𝐨𝐩𝐞, satu kolaborasi istimewa yang buk...
25/06/2025

Islamic Relief Malaysia bersama HWC COFFEE dan Kinohimitsu memperkenalkan 𝐂𝐮𝐩 𝐨𝐟 𝐇𝐨𝐩𝐞, satu kolaborasi istimewa yang bukan hanya jualan kombo minuman kopi dan sarang burung.

Dengan 𝐑𝐌𝟖𝟖, anda bukan sahaja dapat menikmati keenakan rasa kombo minuman ini malah dapat berkongsi rezeki dan sebarkan kebaikan.

𝟓𝟎% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 akan disalurkan kepada keluarga memerlukan.

☕ 10 sachet kopi HWC x IRM
🧋 1 kotak minuman sarang burung Kinohimitsu (4 botol)
🏷️ Baucar tunai RM20 *Tertakluk terma dan syarat*

https://www.wasap.my/+60145067488/CupOfHope

Beli sekarang dan jadilah sebahagian daripada inisiatif kebajikan ini: https://islamicreliefmalaysia.org/order/form/cupofhope

Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

30/05/2025

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘀𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸. 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!
“Tahun ni dah berapa kali anda makan daging?”
Rendang, dendeng, sup tulang, daging bakar…
Mesti sedapkan? Kita di sini mungkin dah tak terkira banyak kali makan daging sepanjang tahun.
Tapi tahukah anda?
Di sesetengah negara, ada keluarga yang hanya mampu makan daging setahun sekali saja.
Itupun jika ada sumbangan qurban daripada orang ramai.
Kalau tiada yang menyumbang, mereka akan terus menanti, mungkin hingga tahun hadapan.
Qurban anda bukan sekadar ibadah, tapi juga harapan buat mereka.
Tahun ini, marilah kita kongsikan nikmat yang selalu kita rasa.
Mereka mungkin jauh, tapi kasih sayang dan pengorbanan tak kenal sempadan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelaksanaan ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia dengan harga satu bahagian korban SERENDAH RM350.
Berbekalkan pengalaman lebih 40 tahun, Islamic Relief Malaysia telus menyampaikan amanah anda kepada penerima di dalam dan luar negara.
Untuk mendaftar: 👉 https://bit.ly/RezekiQurban2025_irmalaysia
Fikir KEMANUSIAAN, Fikir ISLAMIC RELIEF!

KARNIVAL KENANGAN CHARITY SHOPPE "🌸Akhir Sebuah Perjalanan, Indah Sebuah Memori"🌸Setiap helaian baju yang disusun, setia...
21/05/2025

KARNIVAL KENANGAN CHARITY SHOPPE "
🌸Akhir Sebuah Perjalanan, Indah Sebuah Memori"🌸

Setiap helaian baju yang disusun, setiap senyuman yang dikongsi, dan setiap ringgit yang anda dermakan, semuanya mencipta cerita indah yang tak ternilai di Charity Shoppe.

Kini, tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal dengan penuh rasa syukur dan kasih. 💜
Anda semua dijemput hadir ke Karnival Kenangan Charity Shoppe, di mana satu sambutan istimewa dan penuh makna sebagai penutup tirai sebuah perjalanan kedai amal Charity Shoppe.

✨ Apa yang menanti anda?

🎁 20 hadiah percuma disediakan untuk pelanggan terawal.

🎟 10 cabutan bertuah untuk semua pelanggan, berserta 5 hadiah 'Grand Prizes' untuk pembelian RM50 ke atas.

👗 Jualan pakaian preloved — 1 plastik RM10 sahaja!

🎤 Penampilan istimewa: Chef Imelda & kump**an Saujana

🥪 Sarapan PERCUMA disediakan.

👯🏻‍♀ Aktiviti kanak-kanak dengan pelbagai hadiah menarik menanti!

📅 24 Mei 2025 (Sabtu)
🕘 9 pagi – 2 petang
📍 Charity Shoppe Islamic Relief Malaysia

Sebagai tanda terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong usaha Islamic Relief Malaysia dan Charity Shoppe, mari kita cipta satu lagi kenangan terakhir untuk dikenang, dihargai dan dirindui.
Kerana anda, perjalanan ini begitu bermakna. 🌷


Address

A-05-G, PARAGON POINT Jalan MEDAN PB5, SEKSYEN 9 PUSAT BANDAR BARU BANGI
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389126334

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Charity Shoppe IRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Charity Shoppe IRM:

Shortcuts

Share