TDC MORIB

TDC MORIB Berkongsi tips untuk hidup dengan sihat dengan semua sahabat-sahabat di luar sana... Samada fizikal dan emosi... InsyaAllah

Alhamdulillah selesai sudah acara Jelajah Selangor Penyayang anjuran kerajaan Negeri Selangor.... Demi memperkasakan Eko...
29/06/2022

Alhamdulillah selesai sudah acara Jelajah Selangor Penyayang anjuran kerajaan Negeri Selangor.... Demi memperkasakan Ekonomi Manusiawi pada 25jun2022....

Perasmian oleh Dato Seri Mb Selangor.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan minggu ni akan di ada kan di daerah Kuala Selangor p**a....

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat fb saya semua... Moga semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu.....
24/03/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat fb saya semua... Moga semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu... Ameennn

Sharing kali ini mungkin agak panjang sedikit... Kalau boleh baca habis... Terbaik!, dan boleh komen kat bawah type Alithera terbaik!! Mana-mana komen yang terpilih nanti saya akan bagi hadiah susu C2joy percuma!!...

Kalau ada yang belum mengenali saya.. Nama penuh Aminnudin bin Marjani lahir di Kg Banting Sabak Bernam Selangor. Hidup dalam suasana kampung yang ada orang Jawa dan Banjar ni unik. Arwah atok&nenek orang banjar.. Jiran sebelah parit umah atok arwah Hj Sambrin p**a org jawa...kita belajar mengenali perbezaan untuk menghormati satu sama lain.

Arwah abah kerja kat jabatan hutan di Kepong dan kami tinggal di flat jalan Kuching. Bila balik kampung Sabak Bernam kami akan sewa taksi kaler hitam kuning. Selalunya saya akan muntah dalam perjalanan sebab taksi tu guna minyak diesel.Masa tu kereta aircond belum ada ya... Hanya kipas angin yang di pasang di dash board kereta. Tu pun kalau masih hidup. 😅Sebelum bergerak biasanya mak akan sediakan plastik untuk bekas muntah😂. Kalau nak kurang kan rasa loya biasanya arwah abah akan beli limau dan sediakan minyak angin.

Kampung arwah abah p**a terletak di Kg Olak Lempit Banting. Kat sini majoriti adalah orang jawa. Orang jawa ni biasanya kerja kuat untuk mengubah nasib. Siapa yang rajin buka tanah/meneroka masa zaman tu.. InsyaAllah akan ada banyak tanah. Tapi arwah abah belajar pandai sikit... Tu yang dapat kerja gomen. Tanah ada arwah atok bagi... Alhamdulillah (tak banyak tapi ada)

Saya biasa kalau waktu kecik-kecik ikut wak atau paman pergi kebun untuk kutip buah sawit. Upah tak dapat tapi dapat peluang cari ikan laga dalam parit lepas penat kutip buah sawit yang lerai tu.. Dulu buah sawit ni pun kami makan... Bila malam kadang-kadang ikut wak pergi menjerat burung wak-wak. Seronok sebab masuk kebun malam-malam. Sejuk dan perlukan sedikit keberanian... Tak macam budak-budak sekarang penakut. 🤣

Bila lepas spm saya menanam pisang tanduk di kebun orang secara pajakan. Itu ialah projek pertama saya lepas sekolah. Waktu kawan lain kerja kilang di Bangi dan Teluk Panglima Garang saya habis kan masa menjaga tanaman saya. Sambil tu juga menjaga ternakan ayam daging milik arwah abah. Masa mengawal selia kandang ayam tu.. Saya banyak belajar cara pengurusan ladang ternakan ayam sebanyak 25000 ekor. Belajar menjaga dan berkomunilasi dengan pekerja dari Indonesia seramai 5 orang.
Tapi kandang ni tak bertahan lama... Kerana serangan penyakit dan keadaan reban yang semakin uzur yang memerlukan kos yang tinggi untuk di baik pulih.Arwah abah tak bagi saya izin untuk sambung bisnes ternakan ayam ni... Hu2

Saya ambil keputusan untuk sambung belajar ke IBU(institute Bina Usahawan) ambil jurusan Public admin. Masa tu saya dah menunggang motosikal sendiri untuk belajar di Ibu yang terletak di Taman Malawati Hulu Klang. Bila hujung bulan sahaja saya akan balik dan meminta duit dari arwah abah untuk selesai kan bayaran yuran asrama dan yuran pelajaran. Bila perkara ini berlaku selama lebih kurang 6 bulan.. Setiap kali balik Banting akan minta duit. Saya jadi malu sendiri pada arwah abah.... Kerana saya ada 6 orang lagi adik beradik yang masih sekolah waktu tu.Waktu tu saya mula buat kerja sambilan di KFC Taman Malawati. Penat weh.. Belajar sebelah pagi..petang kena kerja lagi... Waktu tu tahun 1995 kalau tak silap. Satu jam baru rm2. 50 tapi makan ayam free🤣(lepas ada satu kejadian di KFC tu yang menyebabkan saya tak makan ayam lagi) 😅 Pernah juga kerja di Pos Malaysia di bangunan Dayabumi... Masa tu surat terlalu banyak ya ampun...

(Lupa nak cerita lepas tinggal di flat Jalan Kuching kami pindah ke Teluk Datok dapat kuaters JKR dekat dengan stadium Jugra kerana arwah abah dapat tukar kerja dari Jabatan Hutan ke JKR Kuala Langat menjawat jawatan juruteknik. Lepas beberapa tahun di JKR arwah abah dapat p**a kerja sebagai juruteknik awam di Lembaga Pelabuhan Klang.
Kami pindah lagi ke Kampung Rantau Panjang p**ak😂. Lepas Rantau Panjang kami pindah ke Taman Changgang Jaya p**a kerana arwah abah dah beli rumah sendiri.)

Pendek cerita saya belajar tak habis!! Kepenatan kerja part time dan hilang fokus untuk belajar. Lepas tu balik Banting dan mula bisnes kecik-kecik. Antara benda yang saya pernah jual ialah kasut keselamatan(safety shoe) Customer saya mula-mula adalah bengkel yang staff mereka pakai selipar. Dari bengkel ke industry kecik. Kemudian dah ada pengalaman saya melangkah ke kilang p**a. Alhamdulillah pernah close deal rm50k. Waktu tu usia awal 20an tak ada pengalaman dan modal dapat oder sebesar tu kira pencapaian terbaik lah. Masalah berlaku bila nak beli stok kasut modal tak cukup. Macam-macam cara saya buat. Cuba pinjam kawan/saudara/Jiran dan pernah nak try pinjam dengan along!! 😓😞😩

Akhir sekali saya jumpa satu cara setelah PO(purchase oder) tu hampir expired. Pengurus pembelian telepon saya katanya nak buat bisnes atau main-main ni? 😓Bantuan seorang rakan cina saya dapat selesai kan kontrak ni... Alhamdulillah. Kat situ saya belajar banyak perkara. Syukur ya Allah.

Selain bisnes kasut datang peluang baru membekal p**a topi keselamatan. Saya ke Sirim Shah Alam untuk beli buku direktori kilang-kilang yang mengeluarkan topi keselamatan yang ada kelulusan. (Sirim approved)

Kita tunggu sambungan kisah diri saya... Kalau dapat like lebih 100 saya sambung...😂😅 Kalau tak cukup nanti kita sembang di Pantai Morib ya... 😄






INULIN | INULIN | INULIN 🔥🔥🔥🔥🔥Ramai kawan-kawan kami duduk wasap kami tanya apa itu inulin.Kenapa model² s**a supplement...
19/03/2022

INULIN | INULIN | INULIN 🔥🔥🔥🔥🔥

Ramai kawan-kawan kami duduk wasap kami tanya apa itu inulin.Kenapa model² s**a supplement yang ada INULIN❓

Kenapa orang yang nak kurus s**a ambil supplement ada INULIN ni❓❓❓

Apa yang baiknya inulin ni❓❓❓

Meh kami story sikit.Kami tak adalah pandai pasal inulin,kami bertanya dengan pakar pemakanan dan buat research juga🥰

Kalau cakap INULIN uols mesti jarang dengar kan,kalau cakap SERAT biasa dengarkan.Macam org cakap,kalau sembelit carilah makanan yang tinggi serat baru mudah nak "membuang".Gituw lah contohnya.

Inulin ni serat di kalangan karbohidrat yang tidak dicerna oleh badan.Inulin sangat bagus untuk sistem percernaan dan membantu meyerap nutrisi untuk keperluan badan kita.Kira macam ni,kita makan aje,inulin tolong serap nutrisi dari makanan yang kita makan tu.Faham ke idak sahabat sahabatku .😘

Inulin juga bagus sebagai prebiotik terbaik untuk usus. Usus kita ni kilang yang menyimpan macam2 juga.Usus kena sihat baru kita pun sihat .

Model² atau mereka yang plan nak slim memang s**a mengambil supplement yang ada inulin kerana inulin ni dapat control rasa lapar, kira asyik terasa kenyang sokmo.So tak adalah nak makan macam "SAKA"🤣🤣🤣.

Bila dah asyik rasa kenyang,confirm makan sikit sikit aje kan.Jadi auto slim lah uols.Tak caya,cuba try Alithera ni.

Part paling kami s**a tentang inulin adalah part menstabilkan bacaan gula dalam darah. Dalam pemilihan supplement kesihatan,kami sangat mengutamakan part ni sebab ramaikan pesakit diabetes.Jadi kena hati² dalam pemilihan produk kesihatan.

Inulin ni bagus juga untuk kesihatan jantung,menyerap mineral terutama kalsium jadi bagus untuk tulang kita.

Rasa teruja p**a nak try sebab dalam alithera ada di samping khasiat cendawan susu harimau, tongkat ali dan kurma merah.

https://my.tdchb.com/dealerpg/?m=AMIN9769

P/S:Alithera ni produk keempat selepas .

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankr...
29/12/2020

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

IBU BAPA WAJIB BACA. ILMU MENDIDIK ANAK2.Mak Ayah mana yang tak sayang anak.Kalau boleh, segala apa yang anak nak, semua...
26/12/2020

IBU BAPA WAJIB BACA. ILMU MENDIDIK ANAK2.

Mak Ayah mana yang tak sayang anak.
Kalau boleh, segala apa yang anak nak, semua Mak Ayah nak bagi.
Segala hajat, kalau boleh nak ditunaikan.

Samalah dengan saya.
Masa kecil, anak-anak saya 'picky eater'.
Makan sangat memilih.
Bila dah masuk sekolah rendah, baru anak-anak belajar makan semua jenis makanan kerana makanan yang disediakan di kantin sekolah tiada pilihan (ia sudah termasuk dalam yuran bulanan).

Akan tetapi, saya ni, Abid, walaupun pandai makan semua jenis makanan, dia amat gemar kepada roti, roti canai dan mee (kuning, segera).
Dulu, sebagai seorang Mak yang tiada ilmu pemakanan, saya turutkan saja kemahuan anak bujang sorang saya ni.

Sehinggalah tahun lepas, semasa Abid menghadiri temuduga kemas**an sekolah menengah tingkatan 1, hampir setiap penemuduga akan bertanyakan kepada Abid, "Awak ni merokok ke?".

Terkejut kami apabila Abid menceritakan semula kepada kami apa yang ditanya oleh penemuduga.
Kami mula memerhatikan bibir Abid.
(Selama ini, kami ingatkan disebabkan tabiat dia yang s**a menggigit bibir yang menyebabkan ia bertukar menjadi warna hitam.)
Kami turut menanyakan soalan yang sama kepada Abid, memandangkan dia di umur meningkat remaja, sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba benda baru mula muncul.
Abid hanya menyatakan bahawa dia tak pernah cuba merokok dan kami pun tahu bahawa dia berkata benar.

Setelah dia diterima masuk ke sekolah berasrama pada awal tahun 2020, dia sering ditanya soalan yang sama oleh rakan sebaya dan senior serta guru-guru.
Abid menjadi semakin tertekan dan merasa rendah diri dengan soalan-soalan yang diterima.
Kami juga buntu.
Kami membawa Abid untuk mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor kata ia hanya disebabkan oleh pigmentation atau pewarnaan kulit.

Kami tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor.
Suami saya tergerak hati untuk meminta pendapat DrLinda Mat Hassin di Skyhill Clinic.
Suami saya membawa Abid untuk bertemu dengan Dr Linda.
Selain dari kesan penghitaman di bibir, Abid turut mengalami kulit gatal di bahagian siku.
Habis digarunya sampai berdarah-darah sehingga ada doktor yang mendiagnosis sebagai kudis buta dan sering diberi ubat krim steroid yang hanya memberikan kelegaan sementara.

Setelah diperiksa, Dr Linda menyatakan Abid mengalami
'inflamation seluruh badan,
disebabkan oleh makan bergluten (dari tepung gandum),
makanan manis bergula &
'junk food'.

Selepas berbulan-bulan di bawah pengawasan Dr Linda dan diberi pelbagai preskripsi suplemen untuk membetulkan fungsi ususnya yang rosak teruk akibat tabiat pemakanan 'high-gluten', 'high-sugar' dan 'high-dairy',
Abid menunjukkan hasil positif.
Tiada lagi kesan hitam-hitam di bibir dan kulit di sikunya kembali sihat.

Melihatkan kejayaan rawatan oleh Dr Linda dan regimen diet untuk Abid, maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengamalkan regimen diet ini di rumah kami.
Ini kerana saya juga sangat mudah untuk mendapatkan serangan gegata (hives) tanpa sebab.
Gigitan serangga (semut, nyamuk) juga akan menyebabkan pembengkakkan luar biasa pada kulit saya.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana asbab Abid, saya mempelajari ilmu kesihatan.
Dari situ, saya sering mencari ilmu supaya kesihatan saya dan keluarga dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sihat itu sememangnya jihad.
Bukan mudah nak berubah dari tabiat makan 'nak yang mudah dan cepat' kepada 'yang sihat, berkhasiat dan bermanfaat'.

Roti canai sangat mudah nak diorder dan murah berbanding dengan makan 'whole food' seperti buah-buahan di waktu pagi.

Mee segera dan mee kuning yang diperbuat dari tepung gandum sangat mudah, sedap dan murah serta senang disediakan berbanding dengan bihun yang diperbuat dari tepung beras yang agak renyah untuk dimasak.

Namun, menurut Dr Linda, kesemua makanan yang 'mudah, murah, cepat' ini hampir kosong nilai nutrisinya.
Its just empty calories.
Sedap tetapi tiada nilai khasiat kepada tubuh badan.
Bagi yang tidak tahan, ia boleh menyebabkan kerosakan usus setelah bertahun-tahun makan makanan yang zero nutrisi ini.
Ada kanak-kanak yang terbantut tumbesarannya kerana kerap dihidangkan roti, fries, nugget, minuman / susu manis, mee segera kerana ia mudah, murah dan cepat.
Ada yang mendapat ekzema.
Apabila dewasa p**a, akan mendapat komplikasi obesiti, kencing manis, sakit jantung dan banyak lagi.
Tidak ada zat besi, tiada protein, tiada mineral, tiada serat langsung dalam makanan 'mudah, murah, cepat' ini.
Kosong.
Kasihan anak-anak saya ketika saya tiada ilmu pemakanan sihat ini dulu.
Sebab nak cepat, nak senang, nak murah punya pasal.

Ya, memang kami berjihad.
Berjihad melawan nafsu malas, nafsu nak cepat, nafsu nak mudah, nak sedap di tekak.

Jihad nak berhenti makan roti, kek, pastri, biskut yang sedap, tetapi mengandungi gluten dan akan membawa mudarat kepada kesihatan kami.

Jihad nak berhenti dari makan makanan manis-manis yang sedap, yang diperbuat dari gula putih, demi kesihatan kami.

Setakat ni kami masih berusaha.
Ada masa kuat lawan nafsu.
Ada masa lemah dan tewas dek nafsu makan.
Tapi, kami tetap berusaha.
Dengan berniatkan untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah ini supaya dapat kami jadi manusia bermanfaat dan konsisten beribadat kepada Yang Maha Esa sehingga ke akhir hayat nanti.
In shaa Allah.







Kredit : Nurul Aini Mohd Noor

Kembali kepada kelapa untuk kesihatan optima...Ajaib sekali bagaimana krisis politik boleh menyebabkan kita hilang pedom...
11/12/2020

Kembali kepada kelapa untuk kesihatan optima...

Ajaib sekali bagaimana krisis politik boleh menyebabkan kita hilang pedoman tentang masa yang berlalu....begitulah keadaan saya dan ramai lagi kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat...macam mana pun, hari ini saya harap kita akhirnya dapat memperkatakan satu topik yang boleh memberikan manfaat pada semua....kesihatan.

Khususnya kaitan makanan dengan kesihatan; bidang yang paling dekat di hati saya.

10 tahun lepas saya mula terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam nasihat-nasihat tentang pemakanan yang saya berikan sebagai seorang doktor.
Saya, seperti juga kebanyakan doktor-doktor lain, kerap menasihatkan pesakit dan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan lemak dan minyak, terutamanya lemak tepu.
Kepada pesakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan strok terutamanya, minyak dan lemak tepu adalah No, No, No.
Kalau minyak kelapa dan santan lagilah besar NO,NO, NO nya.
Namun sesuatu berlaku 10 tahun lalu....saya dapat rasakan kesihatan saya sendiri semakin berubah dan stamina menurun serta saya mula naik berat badan meskipun menjaga diet dan bejoging.Ujian darah menunjukkan saya mula menghidapi Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome).
Memanglah 10 tahun lepas saya di awal 40an namun adakah setiap orang yang mencapai usia 40an harus berasa begitu ?
Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Saya telah membaca artikel-artikel dan buku-buku perubatan sejak remaja lagi, terutamanya apabila bonda saya terkena serangan strok ketika saya masih di sekolah rendah.Saya juga makan mengikut panduan apa yang disebut....Piramid Makanan.
Lalu, berdasarkan gerak hati itu, saya mula membuat penyelidikan saya sendiri untuk memahami apa yang berlaku pada diri saya dan untuk memahami mengapa aruah bonda saya dan ramai adik-beradiknya terkena diabetes, serangan sakit jantung dan strok.
Penjelasan yang biasa diberikan para doktor yang dihubungi, kerapnya ialah faktor pemakanan sebagai faktor penyebab terbesar.
Namun, tidak jelas apa yang tidak kena tentang pemakanan dalam masyarakat kita.
Seterusnya ramai doktor, mengambil pandangan doktor-doktor Barat yang bertaklid buta dengan Hipotesis Lipid (Lipids Hypothesis) saintis Amerika;Ancel Keys, kerap menyatakan bahawa makanan orang Melayu yang terdiri dari lemak tepu seperti santan dan minyak kelapalah punca sakit jantung, obesiti, strok, diabetes dsb.
Masalah dengan andaian sebegini ialah orang Melayu dan lain-lain bangsa yang ada budaya kelapa telah ribuan tahun menggunakan lemak tepu dari kelapa tanpa terkena apa-apa masalah kesihatan yang disebut penyakit-penyakit moden seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok dsb.
Di akhir-akhir ini baru penyakit-penyakit tersebut banyak menyerang, ketika penggunaan minyak kelapa dan santan telah berkurangan dengan banyak sekali.
Begitu juga pada keluarga aruah bonda saya, penggunaan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan misalnya, jauh lebih banyak di masa dulu, pada generasi ibubapa mereka...namun ibubapa mereka tidak p**a habis terkena diabetes, strok, sakit jantung dsb.
Jelas ada andaian-andaian yang bertentangan dengan logik dan pemerhatian yang wajar dalam mengatakan lemak tepu bertanggung jawab atas ledakan penyakit-penyakit moden ini.
Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelidik, memerhati dan berbincang, saya mula faham dengan lebih jelas hubungan makanan dengan kesihatan.
Barulah saya fahami bahawa yang membawa kepada sakit jantung, strok dan kanser misalnya, adalah inflammatory diet (iaitu pemakanan yang membawa kepada proses keradangan) dan pemakanan yang sihat ialah non - inflammatory diet (iaitu pemakanan yang mencegah proses keradangan).
Inflammatory diet termasuklah makanan yang tinggi zat Omega 6, tinggi gula dan refined carbohydrates.
Non - inflammatory diet p**a ialah pemakanan yang seimbang lemak Omega 3 dan lemak Omega 6, kaya dengan lemak tepu alamiah yang juga bersifat anti-keradangan seperti lemak kelapa, lemak haiwan yang makan makanan seperti yang difitrahkan Allah kepada haiwan itu dsb.
Maka akhirnya saya bertemu dengan rahsia kehebatan ciptaan Allah dan rahmat pengurniaan Allah yang cukup besar, iaitu kelapa.
Rupa - rupanya meskipun ada berbagai lemak alamiah namun yang paling istimewa ialah lemak tepu kelapa.
Ia paling istimewa kerana ia paling baik untuk kesihatan.
Minyak kelapa dan santan adalah terdiri, antaranya dari zat Medium Chain Fatty Acids (MCFA) seperti Asid Laurik.
MCFA hanya ada dalam jumlah yang banyak secara alamiah pada susu ibu dan minyak kelapa sahaja.Salah satu kehebatan susu ibu ialah kandungan MCFA nya.MCFA memang penuh kebaikan kesihatan ...maka itu juga salah satu kehebatan minyak kelapa.
Minyak kelapa juga merupakan minyak makan yang paling stabil di dunia.Tidak ada minyak yang lebih stabil darinya.Maka kerana itu ia tidak menghasilkan radikal bebas (free radicals) bila dipanaskan dan oleh itu ia bersifat anti-penuaan, anti tumor.
Ia juga membantu zat Omega 3 masuk berhimpun di dalam tisu badan manusia.
Omega 3 seperti DHA, sangat s**ar didapati dalam diet kita dan s**ar p**a untuk masuk ke dalam tisu kita apabila dimakan.
Minyak kelapa membantu dan mempermudahkan proses masuknya zat Omega 3 ini kedalam tisu, lantas menyebabkan kebaikan Omega 3 itu dapat digunakan oleh badan untuk kesihatan yang optima seperti berat badan yang unggul, tekanan darah yang normal, kelikatan darah yang normal dan fungsi organ yang baik.
Selain dari itu semua, minyak kelapa juga bersifat anti-alergi, anti-parasit, anti-virus, anti-bakteria, memudahkan penyerapan vitamin dan galian, baik untuk kesihatan jantung, paru-paru, otak dan saraf dan banyak lagi kebaikannya.
Maka saya sekarang berpendapat, salah satu cara yang paling mudah, kos efektif, ekonomikal dan mesra alam untuk kita mengatasi ledakan penyakit-penyakit moden seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya ialah dengan kita menggunakan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan dalam makanan harian kita sebanyak yang boleh. Malangnya industri kelapa kita di Malaysia, telah lama nyawa-nyawa ikan.
Minyak kelapa tidak lagi boleh didapati dengan mudah pada harga yang munasabah.
Untuk itu, kita perlu sama-sama menghidupkan kembali industri kelapa di negara kita secara besar-besaran.
InsyaAllah kita di kawasan Parlimen Kuala Kedah akan sama-sama memulakannya.

(Penutup: sejak mengamalkan pengambilan lemak tepu dari kelapa ini, kesihatan saya juga jauh bertambah baik, Alhamdulillah).

Daulat Tuanku...
11/12/2020

Daulat Tuanku...

07/12/2020

Mengandungi serbuk koko berkualiti tinggi dan kurma untuk minuman yang berkhasiat untuk bekalan vitamin dan mineral yang badan anak2 kita perlukan... - Buy MINUMANKOKOPASTI&KURMA

RAMAI ORANG MINAT MENANAM TAPI TAK RAMAI ORANG TAU KEPENTINGAN MEDIUM TANAMAN..Tersilap memilih medium akan membuatkan.....
30/11/2020

RAMAI ORANG MINAT MENANAM TAPI TAK RAMAI ORANG TAU KEPENTINGAN MEDIUM TANAMAN..
Tersilap memilih medium akan membuatkan..
✘ Pokok tak dapat menyerap nutrien yang mencukupi
✘ Akar pokok jadi reput
✘ Silap cara, pokok tak dapat nak survive

Pemilihan medium yang baik membantu akar pokok membesar dan mampu membekalkan nutrien yang seimbang kepada tumbuhan. Ia juga penting untuk saliran dan pengudaraan yang baik untuk tanaman.

p/s : Baja Milagro juga boleh menjadi salah satu komposisi dalam campuran medium tanaman anda. Baja Milagro bukan saja dapat membekalkan nutrisi pada tanaman, malah baja Milagro juga dapat membaikpulih semula tanah yang keras dan masam.

Dapat sesuatu?


FAEDAH SUSU C2JOYMenentang Selsema dan AlahanBagi mereka yang kerap mengambil kolostrum, didapati antibodi badan mereka ...
22/08/2020

FAEDAH SUSU C2JOY

Menentang Selsema dan Alahan
Bagi mereka yang kerap mengambil kolostrum, didapati antibodi badan mereka adalah lebih kuat terhadap penyakit. Badan mereka akan mempunyai komposisi anti-kuman dan anti-toksik, amat berkesan untuk meneutralisasi racun atau toksik yang dikeluarkan oleh kurnan atau virus yang menjangkiti pada dinding sistem pemafasan.

Menghalang Tulang Rapuh
Osteoclasts merupakan sel yang mengakibatkan tulang rapuh dan lemah. Osteoblasts p**a sebaliknya secara langsung membantu penghasilan tulang kuat, menghasilkan IgF. Semakin kurang osteoblasts maka semakin tambahnya jumlah osteoclasts, yang dinamakan osteoporosis atau tulang rapuh.

Keseimbangan Kandungan Gula
Seperti yang dinyatakan dalam Journal Diabetis. Kolostrum dapat membantu menukarkan glukosa kepada darah daging manusia, ini justeru merendahkan kandungan gula dalam diabetis secara langsung. Tahap Nitrogen menjadi seimbang membantu mengurangkan berat badan, membantu pesakit diabetis untuk menjaga berat badan yang seimbang.

Menentang Kuman Bakteria Yang Menjangkiti Melalui Makanan dan Air Minuman
Kajian menunjukkan Immunoglobullins dalam kolostrum dapat mencegah dan mengubati penyakit. Komposisi dalam kolostrum seperti laktoferrins dapat membunuh kuman E-Coli. lgF yang terkandung dalam kolostrum dapat melindungi usus daripada jangkitan kuman bakteria dan meneutralkan racun toksin. Kajian juga menunjukkan terhadap respon tindak balas kolostrum terhadap kuman dan penyakit cirit-birit.

Mengurangkan Kesakitan Sakit Otot dan Keadaan Sistem Imunisasi Automatik
Kolostrum susu lembu mengandungi sejenis protein yang kaya dengan PRE dapat menenangkan sistern imunisasi yang terlampau aktif, dan merangsangkan sistem imunisasi yang kurang aktif. Dengan erti kata lain. lanya dapat membantu mengawal sistem imunisasi badan, dan menghalang serta membunuh kuman yang menyerang pada badan manusia.

Mengurangkan Berat dan Lemak Badan
Kolostrum membantu penyerapan glukosa pada otot. menguatkan otot-otot badan dan tenaga. Ini justeru membakarkan lernak badan, mengurangkan lemak badan. Menurut kajian kertas daripada Persidangan Sains dam Perubatan yang diadakan di Australia pada 1998, ahli-alili s**an yang mengambil kolostrum dapat menunjukkan pretasi yang lebih baik, dan dapat memulihkan tenaga mereka dalam masa yang lebih singkat selepas setiap latihan.





#0193584100

Address

Bangunan DETC Pantai Morib
Banting
42700

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 18:51
Sunday 10:00 - 18:55

Telephone

+60193584100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TDC MORIB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TDC MORIB:

Share