Gintell Selayang Mall

Gintell Selayang Mall We are official advisor from Gintell (M) Sdn Bhd. We are here to share more on health product & heal

05/07/2024

Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

(Putrajaya – 22 Jun 2024) – GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL di LG West Court, IOI City Mall, Putrajaya. Majlis pelancaran tersebut turut ada penampilan istimewa oleh duta GINTELL iaitu, Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan.

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira
“Marvel” iaitu, “Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut “Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah pihak pengurusan GINTELL, duta GINTELL, Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan, pihak pengurusan IOI City Mall, dan ahli media. Majlis dimulakan dengan persembahan Kompang Tradisional Melayu diikuti dengan pengenalan ringkas kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL kepada semua tetamu yang hadir.

Antara soroton yang utama adalah perkongsian testimoni oleh Amber Chia & Dato’ Jalaluddin Hassan, dan pelancaran rasmi kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL oleh Amber Chia &
Dato’ Jalaluddin Hassan bersama Pengarah Pengurusan Kump**an GINTELL, Dato’ Goh Cheh Yak. Untuk mengakhiri majlis tersebut, beberapa peminat dan pengunjung dijemput naik ke atas pentas untuk sesi “mini game” iaitu “catwalk” dan menunjukkan pose tandatangan watak wira Marvel “Spider-Man”. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya dan media & tetamu dijemput ke tempat jamuan.

Kungjungilah “roadshow” GINTELL di LG West Court, IOI City Mall, Putrajaya yang berlangsung dari 12 Jun 2024 – 23 Jun 2024, 10 pagi – 10 malam. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat hanya pada 22 Jun & 23 Jun 2024 iaitu seni lukisan pasir, penyesuaian rantai kunci dan lain-lain. Antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Promosi kerusi urut sah untuk masa terhad sahaja bermula serendah RM2,988.

Latar Belakang GINTELL

GINTELL merupakan satu jenama antarabangsa yang diasaskan oleh usahawan Malaysia sejak tahun 1996. GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD mempunyai lebih 100 cawangan bilik pameran yang dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka yang selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” serta misi iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.

Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL dikuasai dengan Teknologi Roda Urut HD
(Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional) dimana urutannya seolah meniru aksi sentuhan manusia. Roda Urut HD ini mempunyai 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu. Ia membolehkan urutan tisu secara mendalam yang membantu pengguna mengurangkan tekanan badan seolah pengguna berada di pusat urutan profesional meski mereka berada di rumah.

Fungsi Terapi Haba Lutut yang ada pada kerusi urut “Spider-Man” GINTELL meliputi tambahan 30% liputan di mana ia boleh mengurut kedua-dua betis dan lutut pada masa yang sama. Terapi haba dan refleksologi kaki secara keseluruhannya mampu membantu meregangkan kekejangan sendi, melancarkan pengedaran darah dalam badan serta menghilangkan sakit otot. Program ini amat berfaedah kepada warga emas kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit kaki mereka.

Untuk memulakan program urutan, pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon atau gajet pintar mereka iaitu dengan penggunaan sambungan “Bluetooth” terus ke aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari “Google Play Store” dan “App Store”.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara melalui fungsi Kawalan Suara AI untuk mengawal kerusi urut. Dengan program AI Vi Memori p**a, pengguna hanya perlu memilih program urutan kegemaran mereka dan menyimpannya ke slot AI Vi Memori untuk akses mudah pada bila-bila masa. Fungsi ini amat berfaedah untuk pengguna yang kurang pengetahuan tentang penggunaan teknikal terutamanya warga emas.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada kerusi urut Spider-Man GINTELL adalah 12 program automatik, 10 teknik urutan, mod “Zero Gravity”, trek SV, urutan boleh laras (kelebaran untuk belakang), sambungan urutan kaki boleh laras, dan pembesar suara “Bluetooth.”

Untuk meraikan pelancaran kerusi urut baharu, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk kerusi urut bermula serendah RM2,988. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut! Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60167500998 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat untuk rasai sendiri kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL.

05/07/2024

Rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia, GINTELL telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad Spider-Man GINTEL

05/07/2024

GINTELL Spider-Man Limited Edition Massage Chair

05/07/2024
05/07/2024

我国最大的医疗保健零售连锁店GINTELL日前在万达广场为GITNTELL限量版蜘蛛侠英雄椅揭幕,GINTELL健康品牌大使拿督斯里梁润江更亲临现场与民众欢庆父亲节。

05/07/2024

🔥𝐆𝐑𝐀𝐁 𝐘𝐎𝐔𝐑𝐒 𝐓𝐎𝐃𝐀𝐘 | 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝟑𝟎𝟎 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐒 𝐋𝐄𝐅𝐓 🔥

🔊 𝐀𝐭𝐭𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞𝐝 𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬,

⚠️ Our 𝗚𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗟 𝗦𝗽𝗶𝗱𝗲𝗿-𝗠𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗘𝗱𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘀𝗮𝗴𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗶𝗿 is selling off quick‼️ Due to its pop**arity, there's only 𝟑𝟎𝟎 units left ‼️

If you're a huge fan of 𝗦𝗽𝗶𝗱𝗲𝗿-𝗠𝗮𝗻 and don't wanna miss out to own this limited edition massage chair, 𝐏𝐌 us now to secure your unit 🤩 𝗙𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗰𝗼𝗺𝗲, 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝘀𝗲𝗿𝘃𝗲𝗱 😱

Thank you to all our customers for your ongoing support. We sincerely appreciate your patience and understanding. We're working on processing and shipping your orders as swiftly as possible. 🙏🏼

×Shopee

05/07/2024
05/07/2024

GINTELL 最新蜘蛛侠英雄椅【南洋商报】报道!🕷️🕸️首款高密度滚轮技术,为你带来前所未有的按摩体验!快来体验超级英雄般的舒适感受吧!💪

#蜘蛛侠英雄椅 #按摩椅 #科技新突破

05/07/2024
05/07/2024

GINTELL, Malaysia’s largest healthcare retail chain, launched its newest SuperHeroes-themed massage chair, ‘GINTELL Spider-Man Limited…

Address

Gintell Selayang Mall , Lot G51 & G52 Selayang Mall
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 11:00 - 22:00
Tuesday 11:00 - 22:00
Wednesday 11:00 - 22:00
Thursday 11:00 - 22:00
Friday 11:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60367311232

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gintell Selayang Mall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share