Impian Balqiz Collections Enterprise

Impian Balqiz Collections Enterprise Kami menjual pelbagai jenis tudung chiffon 3 layer, selendang, shria dan pelbagai lagi. Kami menawarkan harga yang berpatutan.

Jaminan kualiti kami pasti menambat hati anda.

07/10/2022

Yeni Rossa523's short video with ♬ suara asli - ᴍᴜꜱɪᴋʙᴘᴇʀ

3 layer plain material daripada chiffon gred AAAPanjang labuhTersedia dengan 5 warna yang berlainanPadanan warna yang ca...
12/12/2013

3 layer plain material daripada chiffon gred AAA
Panjang labuh
Tersedia dengan 5 warna yang berlainan
Padanan warna yang cantik sesuai digayakan dengan pelbagai jenis warna pakaian
Sangat murah harga promosi

Stok terhad.. Jangan tunggu lagi sis..Segera pm kami untuk mendapatkan harga istimewa daripada kami untuk pelanggan yang terawal

Penghantaran percuma seluruh Malaysia

Assalam mualaikum kepada muslimin dan muslimat,Hari ini saya ingin berkongsi sejarah saudara kita di Palestin. Mungkin r...
12/12/2013

Assalam mualaikum kepada muslimin dan muslimat,
Hari ini saya ingin berkongsi sejarah saudara kita di Palestin. Mungkin ramai di antara kita tidak mengenali secara dekat dengan Palestin. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Maka untuk memupuk kecintaan tersebut, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi sejarah Palestin. Kita selalu mendengar masyarakat di Palestin ditindas saban hari oleh bangsa Israel. Tetapi ianya hanya dari sudut kemanusiaan semata-semata. Tetapi tanpa kita sedari, terdapat ikatan kuat sebagai penganut Islam di antara diri kita dengan Negara Palestin. Harap anda sudi meluangkan masa…

Kronologi sejarah Palestin

1904 Persidangan Zionis ke-4 telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah Negara bangsa.

1906 Persidangan Zionis memutuskan bahawa tanah air Yahudi seharusnya ditubuhkan di Palestin.

1914 Dengan tercetusnya Perang Dunia 1, Britain menjanjikan kemerdekaan tanah Arab dari kekuasaan Uthmaniyyah termasuk Palestin.

1916 British dan Perancis telah menandatangani Perjanjian Sykes-Picot, yang membahagikan wilayah Arab menjadi kawasan pengaruh mereka. Lubnan dan Syria berada di bawah penguasaan Perancis. Manakala Jordan dan Iraq di bawah Britain dan Palestin menjadi penguasaan antarabangsa.

1917 Pada 2 November, Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour melalui Arthur J. Balfour dalam bentuk surat kepada pemimpin Zionis Inggeris yang membenarkan pembentukan Negara bangsa Yahudi di Palestin.

1917 -1918 Dengan bantuan Arab, British merampas Palestin dari Khalifah Uthmaniyyah. Orang-orang Arab memberontak menentang Khalifah Uthmaniyyah kerana
British menjanjikan kemerdekaan Negara kepada mereka terutamanya kepada Syareef Husein bin Ali dari Mekah. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama British turut mengadakan perjanjian lain secara sulit yang bertentangan dengan komitmen sebelum ini. Iaitu perjanjian Sykes-Picot dengan Perancis dan Rusia (1916). British berjanji untuk membahagi dan menguasai wilayah dengan sekutu-sekutunya. Pada 1917, Britain menjanjikan Negara kebangsaan kepada bangsa Yahudi.

1918 Setelah Perang Dunia 1 berakhir, bangsa Yahudi mula berhijrah ke Palestin. Negara haram Yahudi ditubuhkan setelah mendapat mandat British dengan kelulusan daripada Liga Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1922. Pembesaran penempatan dan kawasan ekonomi Yahudi dibuat secara besar-besaran selama tempoh mandatory yang diberikan oleh British yang berlangsung sehingga 1948.

1919 Palestin dalam persidangan kebangsaan pertama menyatakan penentangan mereka terhadap Deklarasi Balfour.


1920 Dalam San Remo Conference telah memberi mandat kepada British ke atas Palestin. Sir Herbert Samuel, seorang Zionis dihantar oleh Britain sebagai Pesuruhjaya Tinggi pertama Palestin.

1922 Majlis Liga Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Mandat untuk Palestin.

21/11/2013

LUPUS AL-QURAN IKUT SYARIAH

Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kitab suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengump**an barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana p**a?

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak.

“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengump**an dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Tempat pengump**an al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.

“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu.

“Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.

“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.

'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak, langkah'

PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.

19/11/2013

Info cabaran2 umat Islam di negara-negara Barat yang ingin menunaikan tanggungjawab menutup aurat...Bertuahnya kita di Malaysia kerana tidak menghadapi ujian sebegini..Harap2nya berkekalanlah nikmat beribadah yang Engkau berikan ya Allah...

Petikan dari utusan Malaysia

Larangan bertudung cabar hak asasi manusia

Oleh RAMLI ABDUL KARIM

LANGKAH Presiden Perancis, Jacques Chirac mengharamkan pemakaian tudung kepala dan simbol agama oleh pelajar-pelajar sekolah di negara itu merupakan petanda bahawa dunia semakin tidak menghiraukan kebebasan beragama.

Tindakan itu telah menyempitkan lagi tafsiran terhadap maksud hak asasi manusia. Dengan hak asasi manusia, setiap orang dibenarkan memilih agama dan kepercayaan masing-masing.

Hak individu itu telah lama difahami oleh setiap kerajaan atau pemerintah di seluruh dunia. Hampir setiap kerajaan tidak mempersoalkan tentang hak dan kebebasan memilih agama oleh rakyat masing-masing. Tetapi dengan perkembangan terbaru di Perancis dan beberapa negara lain, hak dan kebenaran memilih serta kebebasan beragama itu hanya diberi secara bersyarat.

Selain Perancis, antara negara lain yang mempunyai undang-undang melarang pemakaian tudung kepala ialah Jerman dan Turki serta Singapura. Empat negara termasuk Perancis ini bertindak demikian atas nama negara sekular. Sekular ialah fahaman atau ideologi yang memisahkan tuntutan agama daripada pentadbiran negara.

Di Perancis larangan dikenakan terhadap pemakaian tudung kepala oleh pelajar wanita Islam, tanda salib oleh pelajar Kristian dan ketayap oleh pelajar lelaki Yahudi. Di negara itu, kakitangan kerajaan wanita juga dilarang memakai tudung tetapi penguatkuasaannya tidak tegas kerana ia bukan suatu undang-undang.

Pun begitu, baru-baru ini, terdapat kes yang mana wanita Islam yang bekerja di bandar raya Paris digantung kerja kerana tidak mahu menanggalkan tudung kepala dan bersalaman dengan lelaki.

Sebaliknya, di Jerman, larangan pemakaian tudung kepala tidak melibatkan pelajar sekolah di dalam kelas tetapi meliputi semua kakitangan kerajaan termasuk guru-guru. Larangan itu diumumkan oleh Canselor Jerman, Gerhard Schroeder pada 21 Disember lalu, kurang seminggu selepas pengumuman oleh Chirac.

Berbanding dengan Perancis yang mengenakan larangan pemakaian simbol keagamaan meliputi semua agama, Jerman jelas melakukan diskriminasi apabila hanya mengenakan larangan terhadap pemakaian tudung kepala - larangan ditujukan kepada wanita Islam semata-mata.

Ia bertentangan dengan arahan Mahkamah Persekutuan negara itu sendiri pada 24 September lalu yang memutuskan supaya semua undang-undang baru mestilah memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua agama.

Dalam pada itu, kes di Jerman juga tidak boleh dianggap sebagai memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini kerana pelepasan hanya disebabkan perbezaan peruntukan undang-undang persekutuan dan negeri.

Pelajar sekolah tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan, wanita dibenarkan bertudung kecuali jika undang-undang negeri menyekatnya. Dalam hal ini, semua negeri hanya melarang guru dan kakitangan awam sedangkan pelajar sekolah terkecuali daripada larangan itu.

Lebih parah, larangan yang sama berlaku di Turki, negara yang sedang menyaksikan kebangkitan perjuangan Islam malah pemerintahnya kini dikuasai oleh parti yang memperjuangkan Islam. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), sebuah pergerakan Islam menguasai Parlimen termasuk mempunyai perdana menteri dari parti itu.

Namun parti itu gagal menarik balik larangan pemakaian tudung kepala walaupun ia mendapat sokongan rakyat jelata. Sejak parti itu mengambil alih kerajaan, semakin ramai rakyat yang kembali memakai tudung kepala termasuk isteri-isteri menteri.

Krisis tudung di Turki gagal menemui penyelesaian kerana Presiden Ahmed Necdet Sezer yang memperjuangkan sekularisme enggan berkompromi lebih-lebih lagi mendapat sokongan pihak tentera yang mahu status itu dipertahankan.

Dalam undang-undang Turki, pemakaian tudung kepala dilarang di universiti dan pejabat kerajaan. Sejak Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyah pada 1923 dan membentuk republik sekular, pengaruh Islam daripada sistem pentadbiran dan pendidikan di Turki dihentikan. Fahaman anti-Islam itu menjadikan ideologi utama negara umat Islam itu sangat disayangi oleh Barat.

Larangan pemakaian tudung kepala di sekolah-sekolah kerajaan di Singapura juga beberapa kali mencetuskan kontroversi kerana dianggap menghalang kebebasan beragama di negara itu. Malah pada September tahun lalu, republik itu menghalang peguam Karpal Singh dari Malaysia daripada mewakili empat keluarga kanak-kanak yang digantung sekolah kerana enggan membuka tudung kepala. Keluarga berkenaan mencabar larangan oleh pemerintah Singapura itu.

Berbeza p**a keadaannya dengan Rusia, sebuah lagi negara sekular, wanita Islam negara itu lebih bernasib baik kerana masih dibenarkan memakai tudung kepala. Malah baru-baru ini, Mahkamah Agung membenarkan permohonan sekump**an wanita supaya dibenarkan bertudung untuk gambar pasport.

Membincangkan tentang isu tudung kepala ini akan menimbulkan beberapa persoalan. Apakah masih ada ruang untuk rakyat di negara terbabit mempertahankan hak mereka untuk bertudung kepala? Sampai bilakah Barat dan Eropah akan terus prejudis terhadap Islam? Dan, apakah tafsiran hak asasi manusia yang boleh dijadikan pegangan pada masa ini?

Bagi persoalan pertama, wanita Islam di Perancis dan Jerman mungkin masih mempunyai peluang untuk mengembalikan hak mereka. Ini kerana perlembagaan Perancis sendiri menjamin dan melindungi kebebasan pendidikan dan amalan beragama.

Apa yang Perancis tidak faham tentang tudung kepala ialah ia tidak sama seperti amalan memakai simbol keagamaan oleh penganut agama lain. Wanita Islam tidak memakainya semata-mata menunjukkan identiti Islam atau menjadi simbol agama. Sebaliknya ia adalah suruhan Tuhan yang termaktub dalam kitab suci al-Quran.

Tentunya wanita dan pelajar perempuan Islam di Perancis akan berdepan dengan konflik - sama ada mengingkari suruhan Tuhan dan kewajiban kepada agama untuk berkompromi terhadap keperluan pendidikan atau terus bertudung dan melupakan sekolah. Kenyataan itu mungkin dianggap keterlaluan oleh pemberi tafsiran baru hak asasi manusia seperti Perancis. Tetapi itulah hakikatnya apabila ia dan juga Turki, Jerman mahupun Singapura meletakkan prejudis di hadapan berbanding toleransi.

Tanggapan bahawa negara-negara berkenaan prejudis terhadap Islam adalah tepat kerana kemunculan undang-undang melarang tudung kepala dilakukan ketika perlembagaan masing-masing memberi perlindungan dan kebebasan beragama.

Memanglah selain mencabar undang-undang berkaitan, wanita Islam di negara-negara terlibat sebenarnya masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula hak bertudung.

Jika di Perancis, Jerman dan Turki ini termasuklah membawa kes ini ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Perkara 9 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah menekankan kebebasan mengamalkan ajaran agama atau sesuatu kepercayaan.

Namun, sama ada tindakan mencabar itu berjaya atau tidak, ia tidaklah semudah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh negara-negara berkenaan iaitu menilai semula larangan itu.

Sebagai negara-negara yang mendakwa dan memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia, negara terlibat sepatutnya lebih rasional ketika memberi alasan dalam setiap tindakan mereka.

Larangan memakai tudung kepala atau apa-apa simbol agama dibuat kerana ia dikatakan memberi kesan sehingga menafikan hak asasi orang lain. Dakwaan ini juga gagal dibuktikan oleh Perancis dan beberapa negara lagi yang mengenakan larangan itu. Ini adalah alasan longgar jika diambil dalam kes tudung kepala.

Selain daripada menjadi kewajipan kepada wanita Islam, bertudung kepala sebenarnya bukanlah satu elemen dakwah untuk menyebarkan agama Islam. Pemakaian tudung oleh wanita Islam tidak ada kena-mengena dengan politik melainkan semata-mata sebagai tanda ketaatan kepada perintah Tuhan.

Malah pemakaian tudung kepala tidak pernah menyinggung perasaan penganut agama di negara-negara yang membenarkannya. Di Britain yang bukan negara Islam misalnya, kebenaran pemakaian tudung kepala oleh wanita Islam tidak pernah memberi kesan terhadap hak asasi penganut agama utama di negara itu.

Sebaliknya, kerajaan Perancis, Jerman dan lain-lainnya lupa tentang hakikat seperti yang berlaku di Britain. Kebenaran pemakaian tudung kepala dan simbol agama memberi ruang untuk merapatkan jurang dan hubungan di antara penduduk pelbagai agama di negara berkenaan.

Dalam kes Perancis, larangan itu tidak akan membantu sama sekali dalam integrasi lima juta rakyat beragama Islam yang mewakili lapan peratus penduduk ke dalam masyarakat Perancis.

Ia meliputi persoalan tentang integrasi masyarakat Islam selaku penduduk minoriti ke dalam bidang sosial, politik dan ekonomi arus perdana. Inilah yang sepatutnya kerajaan terlibat ambil kira.

Ia hanya merenggangkan hubungan umat Islam dengan penduduk lain di negara itu dan sekali gus meningkatkan lagi kemarahan mereka terhadap kerajaan. Ini akan dianggap langkah ke belakang yang sekadar melebarkan lagi jurang antara golongan minoriti dan majoriti di Perancis.

Media-media antarabangsa termasuk di Perancis sendiri mengecam larangan itu. ``Toleransi sudah berakhir dan larangan sudah bermula?'' tanya akhbar Le Monde. Akhbar harian Al-Quds Al-Arabi berpangkalan di London p**a secara sinis tetapi serius menegaskan:

``Ia tidak logik apabila undang-undang Perancis membenarkan wanita memakai skirt pendek, menunjukkan buah dada dan melakukan kemungkaran tetapi pada masa yang sama melarang mereka menutup kepala. Menutup satu kepala adalah salah tetapi menunjukkan buah dada dan pangkal paha tidak melanggar undang-undang.''

Dalam menguruskan sebuah negara pelbagai bangsa dan agama, Perancis dan Jerman misalnya masih gagal menyediakan keadilan, kesaksamaan dan jaminan hak asasi yang jitu untuk rakyatnya.

Di sinilah kelebihan Malaysia. Sejak hampir 50 tahun memerintah sendiri, rakyatnya sentiasa saling memahami tentang sensitiviti beragama. Mereka tidak memerlukan larangan melakukan itu dan ini dalam mencapai persefahaman.

Dengan perkembangan terbaru di Perancis dan Jerman serta isu yang sama di Singapura dan Turki, dunia kini sedang dihadapkan dengan dua sistem pelaksanaan hak asasi manusia.

Bagi negara-negara yang kurang maju terutama di Asia dan Afrika, mereka menghadapi tekanan supaya memberi layanan sama rata dan melaksanakan hak asasi manusia secara total. Jika pelaksanaannya tidak memenuhi kehendak Barat, penilaian berat sebelah dan kecaman akan dibuat.

Inilah yang berlaku apabila Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menuduh Malaysia tidak mengamalkan kebebasan beragama. Sedangkan ia tidak pernah menjadi isu di kalangan rakyat negara ini yang sentiasa mengakui bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Sedangkan di Barat dan Eropah p**a, seseorang kini hanya bebas memilih agamanya. Tetapi mereka tidak bebas mengamalkan ajaran dan perintah agama yang dipilih. Itulah kebebasan agama bersyarat yang diperkenalkan oleh negara terlibat - suatu pelanggaran yang jelas ke atas hak asasi manusia. Ia juga suatu definisi baru Barat dan Eropah terhadap hak asasi manusia.

19/11/2013

Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.

Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.

Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.

Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.

Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah.

Harga RM50 pc. Material chiffon and cotton high quality.Beli 5pc diskaun 20%. Beli 10pc diskaun. Inginkan diskaun lagi b...
28/09/2013

Harga RM50 pc. Material chiffon and cotton high quality.
Beli 5pc diskaun 20%. Beli 10pc diskaun. Inginkan diskaun lagi beli 10pc diskaun 30%. Free delivery KL and Selangor. Hari ini order esok anda terima. Penghantaran terjamin.

28/09/2013
Ini p**a customer kat jb yg sentiasa setia membeli tudung keluaran kami...terima kasih abg kafi..
28/09/2013

Ini p**a customer kat jb yg sentiasa setia membeli tudung keluaran kami...terima kasih abg kafi..

03/07/2013

Address

Jalan MAGGIS
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Impian Balqiz Collections Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Impian Balqiz Collections Enterprise:

Share