20/08/2026
DAH BUAT CERMIN MATA BARU, TAPI KENAPA MASIH KABUR? π
Makcik ni regular customer kami. Kali terakhir buat pemeriksaan mata di J&J adalah pada tahun 2021.
Hari ni makcik datang semula sebab katanya sejak 2β3 minggu kebelakangan ni, penglihatan semakin kabur.
Sebelum datang ke J&J, makcik sebenarnya baru sahaja buat cermin mata di kedai lain yang lebih dekat dengan rumah. Tapi peliknyaβ¦
Dah tukar cermin mata, masih tak nampak jelas.
Bila kami periksa semula, power cermin mata tersebut lebih kurang mengikut power lama beliau pada tahun 2021.
Tapi bila kami periksa mata dengan lebih menyeluruh dan ambil gambar bahagian belakang mata (fundus), kami nampak sesuatu yang lebih membimbangkan.
Ada perubahan yang sangat ketara pada bahagian retina/chorioretina, dengan kawasan yang kelihatan seperti perubahan lama atau parut. Makcik juga mempunyai Marfan Syndrome dan sebelah mata memang sudah mempunyai masalah penglihatan sebelum ini.
Jadi untuk kes macam ni, kami tak fokus nak βnaikkan powerβ semata-mata.
Kami terus nasihatkan makcik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan pakar mata di hospital bagi mengenal pasti punca sebenar perubahan tersebut.
Sebab itulah bila seseorang mengadu:
βDah tukar spek baru, tapi masih kaburβ¦β
Jawapannya tak semestinya:
βPower tak ngam.β
Kadang-kadang masalah sebenar bukan pada cermin mata. Ia mungkin datang daripada mata itu sendiri.
Sebab itu pemeriksaan mata yang menyeluruh penting, terutamanya apabila penglihatan berubah secara tiba-tiba atau semakin merosot.
Cermin mata boleh betulkan rabun.
Tapi cermin mata tak boleh betulkan semua punca mata kabur. ποΈ
π J&J Optometri, Batu Pahat